Bila strategi salah dan tidak menjadi bukan
bermakna produk yang ditawarkan tidak laku, tetapi menjadi satu iktibar dan
pengajaran paling berguna buat kita memikirkan semula, mengkaji dan bedah
siasat semula di mana kesilapan, kesalahan atau kekurangan yang telah berlaku dan terjadi. Memanglah frust
jika strategi yang digunakan tidak menjadi dan diharapkan. Berfikir positif
semula kerana semua ini mungkin ada hikmah yang tersembunyi yang pastinya berguna
buat sebagai satu pelajaran berguna buat diri kita sendiri.
Ada hikmah nya kerana semua ini adalah satu
ujian dari Allah. Kena tabah dan sabar menghadapinya. Jangan rasa kecewa dan
terus kecewa. Fikirkan semula rancang balik mana yang tidak kena dan menjadi.
Tiada jalan yang mudah untuk ditempuhi dan tiada laluan senang untuk dilakukan
demi mencapai kejayaan. Semuanya berbalik kepada diri kita sendiri. Jangan
mengeluh pula memberikan pelbagai ulasan dan alasan yang hanya memberikan
sesedap rasa dan perasaan buat seketika sahaja.
Ingatlah Firman Allah yang bermaksud “Allah
tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat
pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang
dilakukannya… “ ( Surah Al-Baqarah: 286). Apa tindakan terbaik yang
perlu dilakukan sebaik-baiknya muhasabahlah semula jangan sama sekali menyesal
tak sudah-sudah.
Ingatkan semula di mana kesilapan,
kesalahan atau kekurangan yang telah kita lakukan dalam menjual. Cuba sebaik
mungkin perbetulkan semula dan pastikan tidak diulang mana-mana kesilapan,
kesalahan dan kekurangan yang telah kita
lakukan selama ini. Selagi tidak dibetulkan lagi selagi itulah jualan kita
tidak ke mana asyik merudum dalam kegagalan. Nak berjaya nak untung kenalah
lakukan pengorbanan yang sepatutnya dan bukan sama sekali menyerahkan pada
takdir begitu sahaja.
Berfikir positif dan bersangka baik.
Pembetulan perlu ada dalam menuju kesempurnaan pada melakukan jualan. Jangan
sama sekali melukut di tepi gantang tetapi alang-alang menyeluk pekasam biar
sampai ke pangkal lengan. Kejayaan bukan sehari dua mungkin mengambil tempuh
yang lama untuk kita lalui. Sedangkan mereka yang berjaya pernah jatuh inikan
pula kita. Bergerak semula susun dan rancanglah sebaik mungkin perbaiki mana
yang patut. Selagi kita berusaha selagi itulah jalan kejayaan pasti menjadi hak
milik mutlak buat selama-lamanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan