Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Ahad, 31 Julai 2011

PUASA OH PUASA

Berpuasa… minum pun tak leh apa tah lagi nak makan di siang hari.Jualan masih perlu dilakukan jua demi mencari sesuap nasi dan karier. Jangan patah semangat pula dan memberi alasan puasa yang sukar untuk lakukan jualan demi jualan.Sebenarnya lebih banyak aktiviti jualan yang boleh anda dapati hasil dari kedatangan Ramadhan ini. Tidak kira di mana juga lokasinya, anda amat mudah melakukannya.Yakin dan percayalah. Berusaha dan berusaha dan kemudian berserah kepada Allah untuk membantu.usaha anda. Jangan kerana puasa anda jadikan sebagai satu alasan kukuh untuk tidak melakukan jualan.



 Persiapan diri untuk sepanjang bulan Ramadhan
i.                     Semasa bersahur pastikan makan walaupun sedikit (sunah Rasulullah tu…)

ii.                   Selepas solat subuh, baca Al-Quran bukan sahaja sunat tetapi perangsang kekuatan dalaman diri dan rohani

iii.                  Kurangkan bercakap pada yang tidak perlu, tetapi semakin bersemangat bercakap apabila berhadapan dengan prospek/pelanggan

iv.                 Banyakan beriktikaf di masjid mencari ketenangan jiwa dan kekuatan semangat

v.                   Amalkan pemakanan makanan yang berkhasiat dan  cari vitamin-vitamin tambahan jika perlu

vi.                 Rancang dengan teliti dan betul yang boleh menghasilkan kejayaan untuk diri sendiri

vii.                Kurangkan berjalan dengan mencari pelanggan yang betul dan tepat

viii.              Semakin mengeluh semakin badan terasa penat dan tak larat

ix.                 Mulakan dengan Bismillah dan akhiri dengan Alhamdulillah sama ada berjaya atau tidak lakukan penutupan jualan

x.                   Banyakan berdoa memohon agar Allah sentiasa mempermudah kan dan elakkan dari di sukarkan segala pekerjaan kita

xi.                 Rajin kan diri bertarawih dan menghadiri aktiviti-aktiviti terutama di rumah Allah

Selamat menjalani Ibadah berpuasa.



Read more >>

Sabtu, 30 Julai 2011

Meransang minat

lakukan kerana minat bukan paksaan
Bukan mudah untuk melakukan jualan.

Di marahi, bangkangan dan penolakan dari bakal pelanggan.

Tetapi ramai yang berjaya kerana melakukan jualan.

Ingin melakukan jualan perlu ada

i.                     Azam yang kuat dan tidak tahu mengalah
ii.                   Minat yang mendalam
iii.                  Bukan hanya melepaskan batuk di tangga sahaja
iv.                 Sanggup mempelajari cara dan skil dari orang yang berjaya
v.                   Belajar perkara asas dahulu
vi.                 Belajar untuk bersabar, tenang dan cekal sentiasa
vii.                Patuh kepada arahan
viii.              Sesuaikan diri dalam apa jua keadaan
ix.                 Pelajari dari pengalaman
x.                   Kesilapan yang di lakukan jangan di ulangi dan jadikan sebagai satu iktibar
xi.                 Jadikan sumber pendapatan komisen sesuatu yang menyeronokkan
xii.                Amalkan supaya menjadi satu hobi yang boleh menghasilkan pendapatan lumayan
xiii.              Buang perasaan malu dan takut
xiv.              Perlu ada sikap temui kejayaan
xv.               Bersahabat dengan orang yang berjaya
Read more >>

Jumaat, 29 Julai 2011

SKIL DALAM JUALAN

Latihan asas kesempurnaan
Skil yang di perlukan dalam jualan terutamanya dalam

i.                     Mencari pelanggan
ii.                   Melakukan temu janji
iii.                 Melakukan presentasi
iv.                 Penutupan jualan

Pastikan ilmu sentiasa di cari dan di kemas kini.

Latihan demi latihan perlu di amalkan.

Bukan anda seorang sahaja yang melakukan jualan.

Hadapi persaingan dengan sihat dengan perbaiki skil yang ada pada anda

Anda sendiri penentu kejayaannya


Read more >>

Khamis, 28 Julai 2011

HARGA MAHAL


Jangan mudah menyokong pendapat prospek apabila produk kita di katakan mahal.
Kita mengiakan sahaja. Kita menyokong tanpa membantah pendapat dan pandangan mereka.
Adakah tindakan ini betul dan tepat?

Sepatutnya peranan anda perlu nyatakan kepada prospek tersebut untuk menanyakan di mana terletaknya mahal tersebut. Mohon di perjelaskan sebaik-baiknya dahulu secara spesifik kerana

i.                     Anda akan lebih tahu dan faham
ii.                   Mudah bagi anda perjelaskan semula
iii.                  Bersedia untuk lakukan perbandingan dengan produk pesaing
iv.                 Cenderung kan mereka tentang segala kelebihan dan kebaikan produk dari harga
v.                   Pastikan tiada panik atau menggelabah
vi.                 Tiada istilah kecewa dan putus asa
vii.                Sekurang-kurangnya prospek tahu anda prihatin dan memahami apa yang ada di hatinya

Jangan mudah melatah dan merasa kurang senang.
Relax, sabar  dan tenang sahaja supaya anda tidak mudah melatah dan melenting.
Hanya kerana dinyatakan mahal anda langsung tidak berupaya untuk melakukan jualan.
Read more >>

Rabu, 27 Julai 2011

Menyebut Nama Seseorang

Berhati-hati bila bercakap
Nama seseorang amat penting dan merupakan maruah bagi seseorang.

Pastikan bila anda berhadapan dengan prospek/pelanggan panggil lah ia dengan betul dan tepat.

Sekali dua silap mungkin boleh di maafkan, tetapi kalau asyik berulang sahaja bagaimana?

Jangan hanya kerana nama sahaja anda hilang segala peluang jualan anda.

Itu belum termasuk lagi nama pasangannya, gelarannya dan pangkatnya.

Berhati-hati dalam setiap perkataan yang keluar dari mulut anda sendiri.

Pesan orang tua-tua - Terlajak perahu boleh di tarik balik tetapi terlajak kata buruk padahnya

Dah tahu pelupa atau panjang berjela nama prospek tersebut eloklah sangat anda catatkan dahulu di buku nota anda supaya tiada kesilapan lagi berlaku dan terjadi dengan begitu sahaja.
Read more >>

Selasa, 26 Julai 2011

Kekuatan Minda

Kuasai Minda anda sendiri
Amat di perlukan sekali dalam menghadapi
i.                     Prospek/pelanggan
ii.                   Persaingan
iii.                  Bos kita
iv.                 Suasana sekeliling
v.                   Perjuangan karier kita

Tanpa kekuatan minda sudah pasti
i.                     Kita akan cepat putus asa dan kecewa
ii.                   Tension dan tak tahu nak lakukan apa lagi
iii.                  Menggelabah dan mudah panik
iv.                 Sentiasa mengharapkan bantuan dari orang lain
v.                   Malas dan tiada pendirian
vi.                 Sasaran sampai bila pun sukar untuk diperoleh
vii.                Tekanan jiwa dan perasaan yang melampau
viii.              Prospek/pelanggan akan mudah per mainkan kita
ix.                 Mudah merasa jemu

Sampai bila kita harus longlai dan mudah di per mainkan?
Ubah cara pemikiran agar apa juga yang mendatang pasti boleh di hadapi
Read more >>

Isnin, 25 Julai 2011

KELIRU

Ish ish ish macamana nie ????
Keliru antara yang mana satu harus di pilih dan dilakukan

i.     Produk terlalu banyak, yang mana satu hendak di jual?
ii.    Penuhi kehendak pelanggan atau turuti peraturan organisasi?
iii.   Antara sasaran atau komisen/imbuhan?
iv.   Menunggu atau mencari pelanggan?
v.    Ikuti arahan atau gaya kita tersendiri?

vi.   Komisen untuk diri sendiri atau untuk di kongsi?
vii.  Antara kasihan atau karier?
viii. Nak bantu pelanggan atau menjaga sasaran

Berfikir dahulu sebelum bertindak.
Cari yang memudahkan, permudahkan dan mengikut bidang kuasa yang diberikan.
Kepentingan periuk nasi di utamakan dahulu.
Pertingkatkan skil dan kemahiran jualan menambahkan lagi kematangan menjual.
Read more >>

Jumaat, 22 Julai 2011

SASARAN

Yakin dapatkan sasaran
Penetapan sasaran amat di perlukan dalam melakukan jualan.
Semua orang pasti mahu melakukannya dengan mudah dan senang.
Tanpa usaha yang berterusan pasti kegagalan yang akan di capai
Matlamat perlu selari dengan sasaran yang di harapkan dan diberikan.
Tanpa sasaran tindakan akan cepat terbantut dan menyukarkan.

Sasaran adalah satu alat yang paling mudah untuk
i. Menentukan prestasi seseorang
ii. Boleh melakukannya atau tidak
iii. Mudah atau sukar
iv. Arahan mudah di terima dan di fahami
v. Menentukan pendapatan anda
vi. Kayu pengukur kejayaan seseorang

Tanpa adanya sasaran
i. Bagaimana anda mahu bergerak
ii. Tiada hala tuju
iii. Organisasi tidak akan mengaut keuntungan
iv. Tiada matlamat anda melakukan jualan
v. Sukar memberi/menerima arahan dari ketua

Sasaran bukanlah sesuatu yang membebankan jika ia di fahami dan di ketahui.
Semakin anda mencapainya semakin bersemangat anda melakukan jualan
Anda berjaya sasaran semakin mudah di rasakan
Read more >>

Khamis, 21 Julai 2011

LUAR BiASA

Perkataan yang selalu di gunakan oleh mereka yang aktif dalam MLM.
Lebih menarik lagi ‘Motivator-motivator’ pun ayat yang sama juga.
Pembekal-pembekal kopi segera juga menggunakan ayat ini juga.
Apa keistimewaannya? Simple tapi menusuk kalbu.

Ini adalah kerana ianya
i. Ringkas
ii. Mudah di sampaikan
iii. Mudah di fahami
iv. Menunjukkan kehebatannya
v. Ada keistimewaannya
vi. Menunjukkan lain dari yang lain
vii. Mudah mempengaruhi pendengar
viii. Ada keserasiannya

Jadi apa lagi, jangan di tunggu lama-lama.
Kalau orang lain boleh pergunakannya kenapa tidak anda?
Bertindak segera, mungkin akan membuahkan hasil yang lumayan juga kepada anda,
Tidak di cuba mana nak tahu hasilnya….
Read more >>

Rabu, 20 Julai 2011

KEYAKINAN DIRI

Bila anda yakin bermakna anda sememangnya layak untuk melakukan jualan.
Bila melakukan jualan dengan mudah anda akan mendapatkan penutupan jualan.
Keyakinan akan mengatasi segala-galanya walaupun terdapat cabaran, halangan dan dugaan.

Pentingnya ada keyakinan dalam jualan kerana
i. Sama sekali tiada perasaan gugup, takut dan gelisah
ii. Sentiasa tenang dan relax menghadapi apa juga situasi yang di hadapi
iii. Faham dan tahu apa tugasan anda sebenarnya
iv. Prospek/pelanggan juga yakin terhadap anda
v. Tiada siapa boleh permainkan anda
vi. Proses jualan boleh di lakukan dengan lebih mudah dan senang lagi
vii. Perancangan anda akan lebih tersusun dan segala tindakan anda berlandaskan perancangan anda

Anda YAKIN semua orang akan yakin terhadap anda
Read more >>

Selasa, 19 Julai 2011

SMART




S – Sentiasa
M –Mahu
A – Ada
R - Rasa
T – Tersendiri



Pengekalan dalam keadaan SMART perlu ada bagi menjamin keselesaan bukan setakat diri anda sahaja tetapi prospek/pelanggan di hadapan anda akan mengagumi dan yakin ke atas kehadiran anda di hadapannya.

SMART yang di maksudkan adalah
i. Sentiasa berpakaian kemas dan sesuai dengan karier anda
ii. Melakukan perancangan dahulu sebelum sebarang tindakan di lakukan
iii. Kenal pasti prospek/pelanggan terlebh dahulu
iv. Pengurusan masa
v. Keutamaan pada ‘Killer product’ anda
vi. Memberi kefahaman dan penjelasan kepada prospek/pelanggan
vii. Menghadapai situasi bangkangan jualan secara berhemah
viii. Ada tarikan/aura yang tersendiri
ix. Kemukakan soalan-soalan yang berkaitan secara baik dan tersusun
x. Pandai menepis dan memujuk
xi. Ada gaya dan stail pada diri anda sendiri


Macam ramai orang cakap Ward hard and work smart…..
Macam itulah yang harus ada pada diri anda juga
Read more >>

Isnin, 18 Julai 2011

KEPUASAN DALAM JUALAN

Anda akan merasa puas dan seronok bila mana anda telah
i. Berjaya mendapatkan pentutupan jualan
ii. Membantu seramai orang mendapatkan produk anda
iii. Membantu menyelesaikan masalah pelanggan anda
iv. Anda seronok apabila pelanggan anda seronok sesangat
v. Hilang segala penat lelah anda selama ini
vi. Satu motivasi secara berterusan untuk anda bergerak lagi
vii. Rasa lebih mudah untuk capai sasaran anda
viii. Berupaya menambahkan lagi pendapatan anda
ix. Anda merupakan teras dan kakitangan harapan untuk organisasi anda
x. Merasakan tindakan yang anda lakukan adalah betul dan tepat
xi. Mula memikirkan tindakan selanjutnya untuk diri anda
Sesuatu hasil yang anda usahakan pasti berjaya jika anda lakukan dengan sepenuh hati tanpa memikirkan sebarang halangan dan dugaan yang harus anda tempuh. Kecekalan dan ketabahan amat dituntut dalam melakukan jualan walau di mana juga ada berda dan di hadapan siapapun prospek anda.
Read more >>

Ahad, 17 Julai 2011

BERSABAR

Bersabar amat di tuntut dalam kehidupan kita.
Bersabar merupakan sikap yang di perlukan oleh kita semua
Bersabar tunjukkan keperibadian kita sendiri
Bersabar prospek senang di dekati
Macamana nak bersabar?
Kawal dan bukan di turuti

Mesti di lakukan dengan
i. Tenang
ii. Jangan di turutkan hati yang marah dan resah
iii. Jiwa kena tenteram sentiasa
iv. Fokus apa yang kita lakukan
v. Jangan di ikut karenah prospek
vi. Niat sentiasa untuk mebantu
vii. Jangan tunjukkan ego anda
viii. Tahu apa yang sedang anda lakukan
Read more >>

Sabtu, 16 Julai 2011

Memujuk atau menanti keputusan

Satu persoalan yang menarik untuk dapatkan penutupan jualan. Selepas lakukan presentasi pasti mengambil masa samada sekejap ataupun lama dapatkan keputusan prospek samada menerima atau tidak. Nak menanti takut lama pula masanya. Nak memujuk takut mengada-gada dan mendesak prospek. Apa tindakan sepatutnya?

Lihat tindakan prospek itu sendiri dari
i. Gaya bahasa badannya
ii. Banyak atau sedikit persoalannya kepada anda
iii. Menanyakan kepada sahabat atau kenalannya
iv. Temenung seketika

Tindakan anda
i. Jangan memaksa
ii. Tunjukkan membantu bukannya menjual
iii. Tunjukkan produk yang di tawarkan berguna buatnya
iv. Teruskan pengaruhi dengan kelebihan produk
v. Ada testimoni lebih baik
vi. Bersikap yakin, tenang dan bersahaja
vii. Jika terlalu lama, mohon no telefonnya untuk memudahkan anda menghubunginya semula secepat mungkin
Read more >>

Jumaat, 15 Julai 2011

e-mel pula

e-mel amat popular sekarang ni untuk perkembangkan jualan anda.

Sebarang makluman dan cerita boleh di sampaikan dengan amat mudah dan cepat.

Antara kemudahan yang boleh anda pergunakan emel ini adalah

i. Terlalu senang, mudah dan senang

ii. Jimat kos

iii. Hantar terus kepada si penerima

iv. Mudah untuk berkomunikasi

v. Boleh di sertakan lampiran

vi. Penerima boleh bertanya balik kepada anda

vii. Tidak terlalu memakan masa yang lama dan panjang penghantarannya

viii. Mudah tentukan design bagaimana rupa bentuknya

ix. Penghantaran secara berulang boleh di lakukan

Kemudahan yang ada adalah percuma, gunakan.

Bagi emel yang di hantar penerimanya anda kenali, sebaik-baiknya susuli dengan talian telefon.

Amat berkesan dan mudah di sampaikan.
Read more >>

Khamis, 14 Julai 2011

KENALI LATAR BELAKANGNYA

Cara mudah nak memikat prospek/pelanggan, ambil tahu tentang latar belakangnya dahulu.

Bukan nak ambil tahu semuanya tapi ambil tahu apa yang penting-penting sahaja.

Bila dah tahu latarbelakangnya tentang

i. Dirinya

ii. Keluarganya

iii. Hobinya

iv. Pekerjaannya

v. Keperluannya

vi. Pekerjaan dan jawatannya

vii. Gaya kehidupannya

Maka senang bagi anda untuk menarik minat dia untuk anda lebih berinteraksi.

Tak perlu tahu secara mendalam, cukup sekadar tahu sahaja.

Prospek/pelanggan akan merasa lebih seronok apabila mereka mengetahui yang anda juga turut tahu tentangnya.
Read more >>

Rabu, 13 Julai 2011

GUGUP?

Kenapa perlu gugup?

Anda gugup anda sebenarnya telah menyusahkan diri anda sendiri.

Itu belum orang lain melihat anda yang sedang gugup.

Atasi dengan gugup bila melakukan jualan dengan

i. Melakukan latihan dan praktis secara konsisten

ii. Persiapan awal di pastikan sentiasa

iii. Rancang dengan teliti

iv. Lihat dan berkawan dengan orang yang telah berjaya untuk anda tiru

v. Sentiasa ingat ‘kalau orang lain boleh lakukan kenapa tidak anda sendiri’

vi. Cari mentor supaya sekurang-kurangnya ada orang boleh membantu anda

vii. Ilmu perlu di cari bukannya datang bergoleh di depan mata

viii. Mulakan dengan kenalan dan sahabat handai anda dahulu

ix. Anda yakin anda dah boleh lakukannya

Gugup adalah sesuatu yang boleh di ubah dan di bentuk.

Selagi anda melayan gugupa anda ini selagi itu anda tidak kemana.

Perbetulkan segera dan jangan di biarkan sama sekali.
Read more >>

Selasa, 12 Julai 2011

UNTUK MENJADI HEBAT

Menjadi seorang yang hebat untuk menjual mestilah
i. fokus apabila melakukannya
ii. tiada siapapun di lahirkan sebagai jurujual yang hebat
iii. bukan bakat semulajadi tapi di pelajari
iv. berdampingan/berkawan dengan orang yang berjaya
v. tidak mengenal putus asa dan kecewa
vi. Perancangan yang positif pada diri, pasaran, pesaing dan sasaran
vii. Ikut perancangan awal bukannya naluri
viii. tidak sama sekali bergantung kepada nasib
Read more >>