Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Isnin, 11 Julai 2011

PENUTUPAN JUALAN / CLOSED SALE

Kenapa kejayaan jualan di kira dari penutupan jualan.

Sememangnya bagi mendapatkan hasil kerja kita yang utama adalah dari penutupan jualan dan bukan sama sekali dari taburan risalah/flyers/ pertemuan dengan prospek ataupun melalui presentasi yang kita lakukan.

Angka akhir adalah yang paling utama untuk semua orang mengenal pasti samada anda berjaya melakukannya ataupun tidak.

Bagi setiap organisasi, sasaran penutupan jualan amat di titik beratkan dan paling utama keputusan yang dikehendaki kerana

i. Menentukan samada boleh untung atau tidak

ii. Adakah produk yang di tawarkan masih laris dan di terima oleh orang ramai

iii. Adakah permintaan berada di pasaran

iv. Bolehkah produk yang di tawarkan bersaing dengan pesaing yang ada di pasaran

v. Mampu atau tidak untuk mendapatkan persetujuan seramai yang boleh dari prospek

vi. Kakitangan jualan yang di ambil adakah telah menjalankan tugasan mereka dengan betul dan bersungguh

vii. Kenal pasti kelebihan dan kekurangan produk yang ada dengan lebih baik dan jelas

viii. prestasi anda senang untuk di ketahui dan di ukur bukan setakat anda sahaja tetapi kepada pihak pengurusan juga

Selagi anda berjaya melakukan penutupan jualan selagi itulah anda boleh tersenyum untuk menerima imbuhan/ganjaran/komisen yang di tawarkan

Lakukan dahulu untuk anda kemudian baru fikirkan orang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan