Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Ahad, 31 Julai 2011

PUASA OH PUASA

Berpuasa… minum pun tak leh apa tah lagi nak makan di siang hari.Jualan masih perlu dilakukan jua demi mencari sesuap nasi dan karier. Jangan patah semangat pula dan memberi alasan puasa yang sukar untuk lakukan jualan demi jualan.Sebenarnya lebih banyak aktiviti jualan yang boleh anda dapati hasil dari kedatangan Ramadhan ini. Tidak kira di mana juga lokasinya, anda amat mudah melakukannya.Yakin dan percayalah. Berusaha dan berusaha dan kemudian berserah kepada Allah untuk membantu.usaha anda. Jangan kerana puasa anda jadikan sebagai satu alasan kukuh untuk tidak melakukan jualan.



 Persiapan diri untuk sepanjang bulan Ramadhan
i.                     Semasa bersahur pastikan makan walaupun sedikit (sunah Rasulullah tu…)

ii.                   Selepas solat subuh, baca Al-Quran bukan sahaja sunat tetapi perangsang kekuatan dalaman diri dan rohani

iii.                  Kurangkan bercakap pada yang tidak perlu, tetapi semakin bersemangat bercakap apabila berhadapan dengan prospek/pelanggan

iv.                 Banyakan beriktikaf di masjid mencari ketenangan jiwa dan kekuatan semangat

v.                   Amalkan pemakanan makanan yang berkhasiat dan  cari vitamin-vitamin tambahan jika perlu

vi.                 Rancang dengan teliti dan betul yang boleh menghasilkan kejayaan untuk diri sendiri

vii.                Kurangkan berjalan dengan mencari pelanggan yang betul dan tepat

viii.              Semakin mengeluh semakin badan terasa penat dan tak larat

ix.                 Mulakan dengan Bismillah dan akhiri dengan Alhamdulillah sama ada berjaya atau tidak lakukan penutupan jualan

x.                   Banyakan berdoa memohon agar Allah sentiasa mempermudah kan dan elakkan dari di sukarkan segala pekerjaan kita

xi.                 Rajin kan diri bertarawih dan menghadiri aktiviti-aktiviti terutama di rumah Allah

Selamat menjalani Ibadah berpuasa.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan