Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Ahad, 10 Julai 2011

ENERGETIK

Lakukan jualan kenalah energetik.
Takkanlah lembik semacam jer.
Bila anda energetik bermakna anda
i. memang bersemangat untuk melakukan jualan
ii. prospek di hadapan anda juga akan naik semangat juga
iii. anda akan lebih bersungguh-sungguh untuk mendapatkan penutupan jualan
iv. tiada istilah kegagalan akan hadir dalam diri anda
v. sentiasa dahagakan kejayaan

Nak dapatkan energetik ini anda mestilah
i. menanam semangat yang kuat
ii. berfikiran positif sentiasa
iii. tidak mudah mengaku kalah
iv. ingat sasaran dan matlamat anda
v. tidur dan rehat kena cukup
vi. lupakan sebarang masalah terutama bila berhadapan dengan prospek
vii. tahu dan faham apa yang akan anda lalui nanti
viii. tindakan anda mestilah dalam perancangan yang telah anda aturkan terlebih dahulu

Datanglah apa juga cabaran, rintangan dan halangannya, pasti anda boleh melakukannya jua tanpa merasa kecewa, tertekan dan putus asa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan