Berhati-hati bila bercakap |
Nama seseorang amat penting dan merupakan maruah bagi seseorang.
Pastikan bila anda berhadapan dengan prospek/pelanggan panggil lah ia dengan betul dan tepat.
Sekali dua silap mungkin boleh di maafkan, tetapi kalau asyik berulang sahaja bagaimana?
Jangan hanya kerana nama sahaja anda hilang segala peluang jualan anda.
Itu belum termasuk lagi nama pasangannya, gelarannya dan pangkatnya.
Berhati-hati dalam setiap perkataan yang keluar dari mulut anda sendiri.
Pesan orang tua-tua - Terlajak perahu boleh di tarik balik tetapi terlajak kata buruk padahnya
Dah tahu pelupa atau panjang berjela nama prospek tersebut eloklah sangat anda catatkan dahulu di buku nota anda supaya tiada kesilapan lagi berlaku dan terjadi dengan begitu sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan