Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Rabu, 5 Ogos 2015

ANTARA BIJAK DAN PANDAI DALAM BERKATA-KATA


Kerana desakan nak cepat, menurut hawa nafsu dan takut terlepas peluang terus menerus kita abaikan tindakan sewajarnya dalam melakukan jualan. Mulalah kita bertindak membuta tuli bercakap dan berkempen asalkan bakal pembeli kita tidak lari ke mana dan menerima tawaran yang dikemukakan oleh kita. Jangan pandai bercakap tapi kena bijak dalam bercakap. Pandai bercakap bermakna bercakap melulu-lulu tidak selari dengan apa yang difikirkan. Namun jadilah orang yang bijak bercakap kerana orang yang bijak adalah orang yang sebelum mengeluarkan kata-katanya berfikir terlebih dahulu sebelum bercakap.

Terlajak perahu boleh di undur tetapi terlajak kata terlalu nahas pula jadinya. Bukan boleh di undur semula tetapi apa yang silap dan salah dipertuturkan itu hanya memohon kemaafan sahaja yang mampu dan boleh untuk dilakukan. Kalau ini yang kita amalkan dan lakukan berbicara tanpa berfikir dahulu ini bermakna

1.    Kita adalah seorang yang gelojoh dan tidak tahu menahan kesabaran.

2.   Mudah menjadi lalai dan alpa kerana terlalu fokus mengharapkan orang menerima tawaran yang di kemukakan.

3.   Orang semakin mengenali kita bukan kerana hebat dalam menjual tetapi terlalu banyak janji yang tidak ditepati semasa proses menjual dilakukan.

4.   Mudah memohon kemaafan kepada orang tetapi parut yang berada di dalam hatinya tiada siapa boleh mengubatinya.

5.   Betapa tidak profesionalnya kita dalam melakukan jualan di mata orang lain yang mendengar dan melihatnya.

Sentiasa beringat melakukan jualan. Jangan sama sekali jadikan diri kita seorang yang mudah mengeluarkan kata-kata demi menarik perhatian dan minat bakal pembeli untuk terima tawaran yang dikemukakan. Tidak salah untuk berfikir sejenak berikan tutur kata yang sewajarnya dari merapu yang bukan-bukan. Pelanggan sekarang bukannya bodoh untuk menerima membuta tuli akan apa yang kita perkatakan begitu sahaja. Mereka juga punyai otak dan pemikiran memikirkan apa yang mahu kita jual ada kah faedah dan kebaikan pada diri mereka untuk menerimanya. Bertindaklah secara bijak dan tahu menggunakan kesesuaiannya bila berhadapan dengan seseorang yang kita temui untuk menjual. Fikir sebelum melakukannya. Ambil jalan selamat sebelum berlaku apa-apa di luar dari apa yang kita jangkakan sama sekali.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan