Biasa kedengaran biasa juga orang
menyebutnya bila menjual. Semuanya disebutkan semata-mata menarik perhatian dan
minat orang ramai untuk mendapatkan kepercayaan dan keyakinan. Biarlah apa juga
produk yang ditawarkan ayat tertentu yang memberikan satu kuasa yang hebat pada
penawaran perlu ada dan diterapkan. Barulah bakal pembeli akan merasa WOW
menambahkan keyakinan untuk terus mempercayai apa yang di perkatakan.
Tak perlu pakai tangkal atau berjumpa
bomoh. Tak perlu juga gunakan pelaris dalam berniaga. Pergunakan sebaik mungkin
agar orang yang lalu dan mendengar dari jauh terasa ingin ketahui sangat apa
yang kita jualkan. Tak guna mungkin tak tahu dah guna pasti pergunakan lagi dan
lagi.
Ayat-ayat yang selalu di perkatakan adalah
1. Mencetuskan satu fenomena
2. Cukup luar biasa
3. Satu produk bagi penyelesaian semua masalah
4. Semua pengguna jatuh hati
5. Testimoni yang ada amat teruja
6. Sesiapa sahaja boleh menggunakannya
7. Tak kenal maka tak cinta. Dah kenal pasti
cari lagi
8. Harga mampu milik
9. Kalau tak percaya takkan saya perkatakan
10. Untuk hari ini sahaja harga sebegini
ditawarkan
11. Kalau tidak di pecah ruyungnya manakan
dapat sagunya
12. Produk hebat kegilaan orang ramai
13. Ini sahaja stok yang ada, dapatkan segera
14. Yang lain bukan tak bagus tapi ini yang
terbaik
15. Jangan ikut kata hati tapi ikut permintaan
orang ramai
Tarik minat dan keyakinan bakal pembeli
dengan menggunakan ayat-ayat yang power. Bukan mudah menarik perhatian
seseorang. Semuanya perlu dilakukan dengan keyakinan yang tinggi. Pastikan apa
yang kita katakan sememangnya boleh dibuktikan dengan produk yang ditawarkan. Biar
produk yang mengesahkan apa yang kita perkatakan. Selagi tidak dipergunakan
mungkin sukar juga untuk apa yang WOW dalam produk yang ditawarkan.
Kalau nak tiru dengan ayat-ayat yang
dinyatakan dipersilakan. Bukan ada akta atau peraturan hak cipta dan menyekat
untuk apa yang kita perkatakan. Gunakan sebaik mungkin asalkan jangan menipu. Besar
pula dosanya pula sebagaimana Firman Allah yang bermaksud “Dan janganlah kamu campur adukkan yang
benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal
kamu semua mengetahuinya.” (Surah
Al-Baqarah, Ayat 42).Pergunakan sebaik mungkin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan