Berwaspada apabila memberikan kata-kata
ketika melakukan jualan. Dari bakal pembeli yang pada mulanya boleh tertarik
pada kita tapi pada akhirnya terpaksa membatalkan hasratnya menerima tawaran
jualan hanya di sebabkan ayat-ayat seperti berikut
1.
Mungkin produk ini tak berguna pada encik tapi di masa hadapan saya pasti
encik mesti gunakan.
2.
Kenapa nak takut, saya kan ada
3.
Saya ini jujur orangnya masakan ada tawaran yang lebih baik dari yang saya
tawarkan.
4.
Takkan tak faham-faham lagi....
5.
Beli sahaja Encik guna tak guna boleh fikir kemudian
6.
Harga tengah murah ini. Tawaran ini sampai mati pun encik tak akan jumpa
punya
7.
Saya jamin produk ini. Tidak akan ada jaminan seperti mana yang saya
berikan ini
8.
Ada nampak saya melawak ke? Memang saya serius dalam menjual
9.
Peluang datang sekali ini sahaja, nampak macam saya ni muka penipu ke?
10.
Masalah hadir Encik kena tanggunglah tak kan kami yang menjual pula
11. Nak beli buatlah cara nak beli ini tanya
sahaja buat buang masa saya sahaja
12.
Dalam risalah kan dah ada bacalah jangan lah banyak tanya
13.
Masih tak faham lagi tak apa, saya berikan nombor telefon ini untuk Encik
terus bertanya apa juga soalan kepada mereka. Saya jual sahaja.
14.
Pergi percaya pesaing saya buat apa. Bukannya betul tak seperti macam saya
ni.
15.
Teruk produk orang lain tu, buat apa nak guna. Harga mahal tahap
perkhidmatan teruk, janji tak serupa bikin masih nak percaya lagi?
16.
Sebenarnya produk yang saya jual ini lah yang paling betul paling hebat
dalam pasaran. Tiada siapa boleh menandinginya.
17.
Rugi yang amat sangat kalau Encik masih degil tak mahu menerimanya.
18.
Errmmm, aaahhh rasa-rasanya produk ini paling hebat.
19.
Berapa banyak lagi diskaun yang Encik mahukan lagi????
20.
Tak mahu sudah orang lain banyak lagi hendak barangan saya ini
21.
Tunggu esaya sedang melayan panggilan telefon ini dahulu
22.
Daripada Encik tercegat kat sini tak mahu beli lebih baik Encik beredar
senang orang lain yang hendak membeli saya boleh layan pula
23.
Punyalah banyak saya bagi penerangan tak kan masih tak mahu terima-terima
lagi tawaran saya.
24.
Nak tunggu apa lagi ni, penat dah saya menunggu ini
25.
Alamak saya dah salah bagi penerangan, saya terangkan sekali lagi ya.
Jangan kerana percakapan kita bakal pembeli
langsung tidak mahu berurusan lagi dengan kita untuk menerima tawaran yang
dikemukakan. Berhatilah-hatilah dan ambil sikap yang sabar, tabah dan tenang
bila berurusan dengan mereka. Berikan intonasi yang terbaik dan kawal diri kita
agar apa yang kita bicarakan kepada mereka amat menyeronokkan dan memberikan
keyakinan atas apa yang kita pertuturkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan