Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 3 Mei 2012

SITUASI NEGATIF DALAM MELAKUKAN TELE-MARKETING


Biasa kita istilahkan ia dengan ‘Tele-marketing’ bagi menghubungi prospek-prospek yang dirasakan boleh kita lakukan dalam memastikan temu janji boleh di perolehi. Tanpa adanya temu janji bagaimana jualan boleh berlaku dan terjadi? Kerana itulah disyaratkan dan disarankan agar setiap hari paling kurang pun sebanyak 10 panggilan ‘tele-marketing’ perlu kita lakukan bagi memastikan paling tidak pun lima temu janji boleh di perolehi.

‘Tele-marketing’ atau ‘Cold call’ yang dimaksudkan adalah satu proses pemasaran yang bertujuan untuk mendekati seseorang prospek, bakal pelanggan ataupun pelanggan hanya melalui satu panggilan telefon yang sama sekali tidak menjangkakan satu interaksi berlaku antara dua belah pihak. Apa yang dimaksudkan dengan ‘Cold’ pula adalah bagi orang yang menerima panggilan tersebut tidak sama sekali menjangka dan mengharapkan satu panggilan akan datang dan timbul secara khusus diminta berhubung pula oleh orang-orang yang melakukan jualan terhadap dirinya.

Tiada siapa yang mahukan kegagalan dalam masa kita menghubungi prospek/bakal pelanggan tapi ada baiknya untuk kita ketahui ada kalanya kenapa prospek/pelanggan yang dihubungi cukup sukar untuk menerima panggilan dari kita. Belajar dan pelajari terlebih dahulu tentang perasaan dan emosi seseorang apabila kita berhubung agar mudah dan senang untuk kita juga mengatasinya jika berlaku sebarang bangkangan dan halangan yang terjadi semasa menghubungi prospek/bakal pelanggan tersebut.

Antara keadaan-keadaan yang berlaku perlu diketahui adalah

i.                    Pelanggaran privasi
Setiap seorang prospek/bakal pelanggan yang mempunyai telefon bimbitnya yang sendiri merasakan telefon yang digunakannya adalah hak peribadi dirinya. Tiada siapa pun yang boleh mengganggunya melainkan orang yang dikenalinya sahaja. Sememangnya privasi adalah hak individu tetapi bukan bermakna ia nya langsung tidak boleh diganggu langsung. Nyatakan dengan baik dan berhemah tentang dari mana kita perolehi nombor telefon beliau agar perbualan telefon boleh dilakukan dengan baik dan begitu berkesan sama sekali.

ii.                  Perlukan bersendirian
Kadang-kadang melakukan panggilan sememangnya kita pasti tidak mengetahui yang prospek/bakal pelanggan yang dihubungi memerlukan masa untuk menyendiri. Sememangnya sukar kerana ia nya berlaku bukan di hadapan mata kita dan hanya mengharapkan nombor telefon yang ada. Walaupun kita mengetahui tentang serba sedikit latar belakangnya seperti umurnya, pekerjaannya atau majikannya tetapi kita masih gagal untuk mengetahui perangai dan pekertinya sama sekali. Manakala orang yang menerima panggilan tersebut sememangnya langsung tidak sama sekali mengenali kita. Lakukanlah keizinan secara berhemah untuk kita melakukan apa tujuan sebenarnya kita menghubungi prospek/bakal pelanggan tersebut dengan memohon kemaafan terlebih dahulu mengganggu masa beliau. Kalau tidak berjaya mungkin di lain kali untuk kita menghubunginya semula pada beliau.

iii.                Kurangnya ilmu dan pengalaman
Perlu dibaiki dengan segera dan dalami kaedah dan caranya untuk melakukan dengan terbaik. Jangan ditangguhkan kerana semakin hari penangguhan dilakukan selagi itu kita tidak dapat perolehi ilmu yang dikehendaki apatah lagi pengalaman yang mematangkan lagi semasa berhadapan apabila dapat berbual dengan prospek/bakal pelanggan yang dihubungi. Sebaik-baiknya sebelum mencuba pastikan memperoleh bekalan secukupnya dan sewajarnya bagaimana untuk mendapatkan skrip yang terbaik bagi berhubung dengan mereka. Pelajari dari mereka yang telah berpengalaman dan berjaya melakukannya adalah guru yang terbaik untuk kita mendalami ilmu dan menambahkan lagi pengalaman kita apabila hendak berhubung di talian telefon.

iv.                 Melakukan dalam keadaan tertekan
Jangan kita terlalu stres apabila melakukan ‘tele-marketing’ kerana ia membawa kesan yang buruk dan tidak elok kepada bakal prospek/bakal pelanggan kita nanti. Kerana itu kita dipesan apabila datang ke pejabat pastikan segala masalah kita perlu ditinggalkan sahaja di luar pintu pejabat dahulu sebelum masuk bekerja. Kalau kita tidak ceria dan bermasalah sudah pasti orang yang kita berhubung pasti akan sama juga keadaan seperti kita. Elakkan dia terlebih dahulu dan fokus apa yang kita lakukan dalam pekerjaan kita terlebih dahulu.

v.                   Masa yang tidak bersesuaian
Ketahui masa terbaik bila kita ingin lakukan panggilan. Jangan main hentam kromo sahaja ditakuti nanti hasil sukar didapati. Bertindak bijak memilih masa yang bersesuaian agar nanti kita berjaya perolehi temu janji seperti mana yang dikehendaki. Fikirkan masa mereka yang kita perlu hubungi di waktu yang terbaik dari kita memikirkan masa untuk diri kita sendiri.

Jangan mudah putus asa dan kecewa cepat sangat kerana ia nya pasti menghalang kejayaan yang diidamkan oleh kita. Pelajari dari kesilapan dan perbaiki segera untuk dielakkan supaya tidak diulangi lagi di masa hadapan. Tiada satu pun di dunia ini semua perkara yang perlu dilakukan dapat dibuat dengan mudah dan senang sama sekali. Bersabar dan tenang sentiasa agar apa yang kita mahukan dan perlukan sama sekali dapat di perolehi dan di dapati dengan berjaya sama sekali.












Tiada ulasan:

Catat Ulasan