Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Jumaat, 4 Mei 2012

HASIL SEGERA AMAT DIPERLUKAN

Dalam melakukan jualan turun naik mungkin dianggap perkara biasa tapi bagaimana pula kalau prestasi yang dilakukan asyik jatuh tak pernah naik-naik lagi. Mengharapkan pendapatan komisen sebagai satu pendapatan tambahan yang utama langsung amat sukar untuk didapati setakat hanya mencuba nasib untuk mencapai apa yang termampu sahaja. Bila ditanya sering mengatakan berusaha sehabis mungkin tapi masih belum dikurniakan lagi rezeki yang ada. Bab bagi alasan sesiapapun boleh diberikan tapi bagaimana dengan bab tentang perkara fakta tentang prestasi. Apa alasan lagi yang boleh diberikan.

Cukup memeningkan kepala bagaimana untuk melakukannya kalau tidak dibuat dengan cara dan kaedah yang betul dengan usaha yang berterusan. Perancangan yang betul pasti membuahkan hasil yang diidamkan. Tapi malangnya sehingga kini apa yang dibuat serba tidak menjadi. Penyusunan strategi yang baru perlu dilakukan agar hasil segera yang diingini dapat dilakukan.

Sememangnya hasil segera amat diperlukan agar prestasi dapat dipulihkan semula secepat yang mungkin. Jangan belajar memberikan lagi alasan sebanyak yang boleh tapi belajar bagaimana kita boleh pertingkat kan semula prestasi yang merudum selama ini. Mungkin cara dan kaedah ini boleh pertingkat kan semula prestasi kita semua bagaimana untuk mendapatkan hasil segera yang diingini iaitu dengan cara

i.                    Sasarkan prospek
Dari senarai-senarai leads yang di perolehi sama ada dari pihak pengurus anda atau dari diri anda sendiri, lakukan penyemakan sepatutnya dahulu buat pemilihan sebaik yang terbaik mungkin dan lakukan sasaran prospek yang mana perlu dipanggil untuk membuat TELE MARKETING. Jangan buang masa telefon habis-habisan semua senarai nama yang ada tapi lakukanlah sasaran yang terbaik lakukan pemilihan prospek yang mana satu perlu dihubungi.

ii.                  Dapatkan maklumat latar belakangnya terlebih dahulu
Sebaik-baiknya kenali serba sedikit tentang latar belakangnya terlebih dahulu tentang pekerjaannya, pendapatannya,jawatannya dan komitmennya. Lagi banyak yang kita ketahui lebih baik. Sekurang-kurangnya penerangan yang mudah dapat dilakukan bagi menyenangkan penawaran produk yang bersesuaian dengan diri prospek tersebut.

iii.                Perbanyakan temu janji
Mendapatkan hasil yang besar dan segera amat memerlukan temu janji sebanyak yang boleh bagi mendapatkan kemungkinan penutupan jualan yang tinggi. Kalau setakat dalam sehari hanya melakukan temu janji sebanyak dua atau tiga kali sahaja bagaimana boleh mendapatkan penutupan jualan yang besar. Berusahalah lebih sedikit agar setiap hari sentiasa dapat melakukan temu janji sekurang-kurang 8 hingga 10 temu janji bertemu dengan prospek tanpa gagal.

iv.                 Minta referral
Bermula sekarang hubungi segera pelanggan-pelanggan kita yang telah menerima tawaran produk dengan kita memohon jasa baik mereka memberikan dan membekalkan nama-nama rakan mereka, rakan sekerjanya atau sanak saudaranya bagi mendapatkan referral. Kenapa pelanggan yang sedia ada? Ini adalah kerana mereka semestinya telah mempercayai kita dan tahu tentang produk kita. Kalau tidak percaya kepada kita sudah semestinya mereka tidak akan menerima tawaran dari kita. Ambil kesempatan ini untuk dapatkan referral sebanyak yang boleh.

v.                   Pergunakan orang lain
Minta tolong kepada siapa juga yang mengenali diri kita tidak kira sahabat handai, jiran tetangga atau ahli keluarga kita sendiri. Pergunakan kekuatan hebahan mulut dari seorang ke seorang dan pergunakan NETWORKING sebaik yang mungkin bertanyakan siapa-siapa yang berminat dengan produk kita.

vi.                 Ubah tabiat yang baru
Tukar segera. Jangan dibiarkan mana-mana bahagian yang lemah dan tidak baik pada diri kita dibiarkan begitu sahaja. Ubahkan ia menjadi sesempurna yang boleh dan termampu. Berlatih dan berusaha untuk berubah. Bukan nasib sahaja kita perlu bergantung tetapi juga usaha dan latihan yang berterusan perlu dilakukan. Usahakan menjadi satu tabiat yang sentiasa konsisten dan tanggungjawab yang mesti dilaksanakan.

vii.               Bina keyakinan diri
Jangan mudah putus asa apatah lagi lemah semangat. Asyik kena balun asyik kena marah asyik kena tegur sahaja mana boleh tahan macam ini. Cekalkan hati kuatkan semangat bina keyakinan diri setinggi yang termampu tanpa perlu menoleh ke belakang lagi. Apa sahaja dugaan, cabaran dan dugaan pasti boleh ditempuhi dengan semangat waja dan kuat dan bukannya seperti lalang sekejap ke kiri dan sekejap ke kanan mengikut tiupan angin sahaja.

Bertindak pantas supaya dapat menghasilkan prestasi yang dikehendaki. Jangan bertangguh lagi kerana kejayaan bukan datang dengan sendirinya tanpa usaha yang berterusan dan konsisten. Jangan mudah terpengaruh dengan orang lain dan mengikuti cara dan kaedah mereka-mereka yang gagal. Kita penentu segala-galanya sama ada mahu mengacapi kejayaan ataupun tidak.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan