Setelah Rasulullah SAW mengakhiri perjalanan Israk Mikraj nya dan kembali
semula ke Mekah, Rasulullah SAW bertanya kepada Malaikat Jibril “Sesungguhnya
kaumku sudah pasti tidak akan mempercayainya tentang peristiwa ini apabila aku
ceritakan kepada mereka”. Lalu jibril menjawab “ Sesungguhnya sahabatmu Abu Bakar
akan mempercayai”. Rasulullah SAW selamat tiba ke Mekah sebelum waktu
Subuh. Setelah baginda turun maka terbanglah semula Buraq ke langit dan terus
ke syurga. Di waktu Subuh, Rasulullah SAW pun keluarlah dari rumahnya sambil
berfikir sendiri terhadap apa yang telah beliau lalui dan merasa amat bimbing
tentang penerimaan orang lain.
Dalam waktu itu, datanglah Abu Jahal, lantas bertanya kepada Rasulullah SAW
“Apakah
kamu ada apa-apa berita kali ini?”
“Ya”,
balas Rasulullah SAW
“Apakah
ia?” tanya Abu Jahal kembali
“Aku
telah diperjalankan ke Baitul Maqdis malam tadi” sahut Rasulullah SAW
“Apa?
Apa telah diperjalankan ke Baitul Maqdis dalam tempuh satu malam sahaja? Apakah
engkau mahu aku khabarkan berita ini kepada orang lain?” tanya Abu
Jahal
“Bahkan
akan aku maklumkan apa yang telah aku lalui semuanya” ujar baginda
Rasulullah
Tanpa berlengah lagi Abu Jahalpun menyeru dengan suara yang agak kuat “Wahai
semua, Bani Kaab dan Bani Lua’, berhimpunlah kamu semua kepadaku.”
Setalah orang ramai hadir ke situ atas panggilan Abu Jahal, Abu Jahal pun
berkata “Apa lagi, khabarkanlah kepada mereka seperti mana yang engkau khabarkan
kepadaku, wahai Muhammad”
Secara spontan, Rasulullah SAW berkata, “Bahawasanya aku telah
diperjalankan pada malam tadi”
“Ke
mana?” Bersungguhnya mereka menanyakan kepada Rasulullah SAW
“Ke
Baitul Maqdis” balas Rasulullah
“Apa,
kamu di jalankan dalam masa yang singkat itu?” tanya mereka yang hadir
“Ya”
Rasulullah memberi pengakuan.
Maka gemparlah mereka dan saling bertanya-tanya sesama sendiri sehinggakan
ada di antara mereka yang mencemuh dan mengutuk Rasulullah SAW tanpa sebarang
usul periksa dengan mengatakan Rasulullah SAW seorang yang penipu, kuat
bohongnya, tidak logik sama sekali dan mempersendakan Rasulullah SAW begitu
sahaja.
Begitulah apa yang telah di alami oleh Rasullah SAW akan apa yang di telah
terjadi ke atas baginda. Sebuah kisah benar dan jujur di perkatakan tetapi apa
yang berlaku adalah di sebaliknya. Beliau di hina, di kutuk, di keji dan
dipersendakan oleh semua penduduk Mekah yang berada ketika itu melainkan Abu
Bakar ra dan segelintir pengikut Baginda. Tingginya kesabaran Rasulullah ketika
itu hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya.
Itu baru Rasulullah SAW. Bagaimana dengan kita yang melakukan jualan? Bukan
tujuan saya untuk menyamakan profesion jualan ini sama seperti Rasulullah tapi
sebenarnya adalah untuk menunjukkan sedangkan Rasulullah SAW yang begitu maksum
dan mendapat gelaran Al-Amin lagi dari orang ramai masih lagi menerima kutukan,
kejian dan penghinaan kepada Rasulullah SAW bagaimana dengan tindakan kita
apabila melakukan jualan dan presentasi di hadapan prospek/pelanggan. Bukan
semua orang boleh menerima kehadiran kita, presentasi kita apa tah lagi
penawaran kita kepada mereka. Sudah pasti mesti ada di kalangan mereka yang tidak suka atau dapat
mempercayai apa yang telah kita perkatakan boleh diterima bulat-bulat begitu
sahaja. Sudah pasti kalau tidak ada di luahkan mungkin ada yang menyebut di
dalam hatinya begitu mencemuh, menghina dan meragui orang-orang yang sedang
melakukan jualan terhadap dirinya.
Apa yang di lakukan oleh Rasulullah SAW apabila ada orang mencemuh dan
menghina sehinggakan ada yang mengatakan baginda hanya pandai mereka-reka
sahaja cerita kepada mereka. Rasulullah SAW telah menunjukkan kesabaran yang
paling tinggi. Tidak perlu bertegang leher, memarahi semula mahupun berdendam
kepada sesiapapun. Hanya tindakan yang terbaik buat diri baginda tetap tenang
dan tabah masih berdiri teguh pendiriannya dengan apa yang telah beliau
perkatakan adalah sesuatu yang benar, betul dan bukan di palsukan. Tidak
mengenal erti berputus asa dan kecewa tapi masih sanggup lagi memberikan
penerangannya sebaik yang mungkin kepada sesiapapun yang bertanya.
Inilah yang perlu kita amalkan semasa melakukan jualan. Dalam apa keadaan
sekalipun yang berlaku dan terjadi walaupun di hina, di marahi, diejek atau
didustakan, ambil tindakan berikut dengan sewajarnya iaitu
i.
Ikhlas dalam melakukan sesuatu
ii.
Bersabar sentiasa
iii.
Jangan mudah merasa kecewa dan putus asa
iv.
Tidak meninggikan
suara
v.
Jangan ada perasaan
dendam di hati
vi.
Tidak ada di dalam dunia ini semua yang dilakukan begitu mudah dan senang sama sekali
vii.
Anggaplah ia nya sebagai satu ujian dan dugaan yang perlu ditempuhi
viii.
Tetap berusaha
berikan penerangan yang sewajarnya
Janganlah dirisaukan apatah lagi perlu ditakuti. Selagi kita menjadikan
Allah tempat kita bergantung sepenuhnya jangan ada sebarang kesulitan dan
kesusahan yang pasti tidak boleh kita lalui dengan baik dan tenang sama sekali.
Firman Allah dalam surah Al-Baqarah Ayat 45 :
Maksudnya “dan mintalah pertolongan kepada Allah dengan jalan yang sabar dan
kerjakan solat, sesungguhnya solat itu amatlah berat dilakukan kecuali kepada
orang-orang yang khusyuk”
Semoga di manfaatkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan