Melakukan dan
menghadiri mesyuarat dalam jualan amat digalakkan bagi memastikan segala
perancangan, strategi, tindakan dan keputusan dapat dicapai dan diambil
perhatian yang sewajarnya dan sepatutnya tanpa perlu teragak-agak. Segala yang
dipersetujui dengan arahan yang difahami akan lebih memudahkan lagi melakukan
jualan yang dituntut seperti mana yang dikehendaki. Tiada salah faham dan
pergolakan ke tidak puasan hati tidak mudah terjadi kerana masing-masing telah
tahu dan faham apa yang perlu dan tidak perlu untuk dilakukan. Sebaik-baik
mesyuarat yang diadakan setiap pagi biarlah seringkas yang boleh dan tempoh
masa yang terbaik adalah sekitar antara lima belas ke dua puluh minit sahaja
mengikut berapa ramai ahli mesyuarat yang menghadirinya.
Sentiasa fahami
tujuan mengadakan sesuatu mesyuarat tersebut adalah untuk
i.
Memaklumkan
Beritahu apa yang
perlu diketahui oleh semua ahli mesyuarat tentang apa yang dikehendaki oleh
pengerusi majlis seperti hala tuju, prosedur, kerenah yang sepatutnya diikuti
dan sebagainya serta serba sedikit tentang motivasi di kalangan ahli
ii.
Membincangkan
Masa terbaik
membincangkan tentang prestasi dan pencapaian ahli kumpulan yang hadir. Segala
isu-isu yang dibangkitkan cari jalan penyelesaiannya yang terbaik. Cari
aktiviti terbaik apa yang perlu dilakukan bagi menaikkan lagi jumlah jualan
yang ada dan dapatkan kaedah dan cara mencapai sasaran dengan lebih berkesan
lagi
iii.
Memutuskan
Dengan persetujuan
semua putuskan kaedah dan cara supaya semua orang mengikuti tugasan yang sama
tanpa memberikan sebarang alasan lagi. Bergerak dalam satu pasukan menjadikan
matlamat utama.
Dalam menghadiri
satu-satu mesyuarat yang diadakan, mesyuarat yang baik adalah mencari jalan
ataupun kaedah bagaimana untuk kita semua dapat memikirkan agar segala yang
diperbincangkan dapat memenuhi sasaran yang dibekalkan dan meningkatkan lagi
pendapatan di samping mengetahui perkara-perkara terbaru segala arahan, prosedur,
pasaran dan permintaan. Dalam mesyuarat juga boleh dijadikan juga sebagai satu
medan dan tempat sebagai satu dorongan dan penaik semangat untuk semua yang
hadir. Cuma dalam mesyuarat itu nanti pastikan agar tiada pembaziran dan
membuang masa begitu sahaja terjadi, manakala sebagai pengerusi mesyuarat
sebaik-baiknya elakkanlah ia nya menjadi satu tempat memarahi orang yang ada
(maruah dan aib seseorang perlu dijaga dan jika ia menimbulkan kemarahan
eloklah sahaja dipanggil secara bersemuka di bilik yang berasingan) di samping
memandang mudah yang amat sangat perjalanan mesyuarat tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan