Tiada sesiapa yang boleh
menjangka tatkala kita melakukan jualan tiba-tiba sahaja kita berhadapan dengan
prospek/pelanggan yang begitu ghairah pula untuk bercerita dan menceritakan
tentang isu-isu yang agak sensitif dan begitu jauh sekali dari topik yang kita
ingin sampaikan seperti isu-isu kontroversi dan pergolakan politik, ugama, bangsa
ataupun kepimpinan negara. Satu isu yang harus kita cuba elakkan dari
terjerumus dalam perangkap yang sepatutnya untuk kita jauhi sama sekali supaya
tiada kesan yang agak mempengaruhi kesan
negatif kepada karier kita dalam bidang jualan ini.
Belajar untuk mengelak walaupun
kita pun turut sama menggemarinya. Beri tumpuan semula dan fokus agar kita tahu
di mana kedudukan sebenar diri kita dan organisasi tempat kita bernaung. Ingat
sentiasa matlamat utama kita adalah untuk dibawa persembahan dan penawaran yang
terbaik kepada pelanggan tidak sama sekali di campur adukkan dengan isu-isu di
luar bidang kita.
Tanganinya segera dan jangan
sama-sekali menunjukkan minat kita pula apatah lagi menonjolkan idea pula
menunjukkan seperti kita lagi hebat dari prospek/pelanggan. Sebaik-baiknya di
hadapan prospek/pelanggan tersebut berikanlah pelbagai alasan kepada mereka
seperti
i.
Hargai apa yang mereka perkatakan
Jangan sama
sekali membantah apa yang diperkatakan tetapi ucapkan penghargaan kita
terhadapnya terlebih dahulu kerana memberi pendapat ataupun idea secara
spontan. Sebarang pertanyaan tentang isu-isu ini sebaik-baiknya lakukan
kemaafan kita tidak dapat memberikan jawapan balas sepertimana yang dimahukan.
Tolak dengan baik dengan memberikan alasan ianya bukanlah satu masa yang baik
untuk dibincangkan buat masa ini. Lakukan secara berhemah dan bersopan santun
agar prospek/pelanggan tersebut sama sekali tidak berkecil hati dibuatnya.
ii.
Nyatakan kegembiraan kita
Fokus kita
adalah untuk menawarkan produk kepadanya. Jangan sampai prospek/pelanggan
merasa menyampah pula atas sifat berkecualinya kita tetapi secara berhemah dan
bersopan santun nyatakan buat masa ini bukanlah masa yang bersesuaian dan
nyatakan tumpuan kita adalah untuk melakukan penawaran sepertimana yang dikehendaki.
Kita gembira melakukan jualan dan ini adalah matlamat kita melakukannya dan
biar prospek/pelanggan yang ditemui juga tahu yang kita amat bergembira untuk
melakukannya seolah-olah tiada perkara lain yang perlu diceritakan apabila
bertemu dengan kita melainkan tentang produk-produk yang ditawarkan sahaja.
iii.
Tarik tumpuan pelanggan semula
Elakkan dari
terikut dan mudah terpengaruh dengan apa yang prospek/pelanggan perkatakan.
Tunjukkan dan fahamkan prospek/pelanggan yang berada di hadapan kita tujuan utamanya
kenapa kita hadir kepada mereka adalah untuk membantu menyelesaikan
permasalahan mereka dan menunjukkan jalan penyelesaian tersebut kepada mereka.
Biasakan dengan menunjukkan perkara-perkara yang berfakta seperti pengiraan
dengan menunjukkan kerugian yang bakal mereka tanggung jika mereka masih enggan
untuk menerima tawaran kita atau cuba melambat-lambatkan proses penutupan
jualan. Banyakkan bersabar dan tenang dalam menghadapi ujian yang dihadapi.
iv.
Maklumkan kekangan kita
Berterus terang
yang kita adalah orang yang melakukan perniagaan kepada sesiapa sahaja tidak
mengira apa juga jawatan, pangkat, ugama, bangsa dan pegangan. Nyatakan kita
tidak menyebelahi sesiapapun juga dalam isu-isu yang dinyatakan. Yang penting
kita hanya menjalankan amanah dari majikan kita. Kalau kita menyebelahi
satu-satu isu ditakuti dan dikhuatiri nanti ada pihak yang akan memandang
serong dan akan menyukarkan pula tindakan kita di masa hadapan pula. Belajar
menjadi seorang yang neutral bebas dari apa-apa isu yang cuba yang ketengahkan
dan memberi sokongan ke atas mereka.
Bertindak bijak dan cerdik dalam
menangani apa-apa isu yang timbul yang cuba di manipulasikan dan diajak
berbicara oleh prospek/pelanggan kita. Jangan mudah terpengaruh walaupun kita
bersetuju apatah lagi jangan pula kuat membangkang jika kita sama sekali tidak
menyetujuinya pula. Suka atau tidak tentang sesuatu isu yang dibangkitkan
pastikan kita buat tak tahu sahaja dan berikan tumpuan kita dalam memberikan
penawaran produk yang kita kehendaki.
Biar prospek/pelanggan yang kita temui begitu jelas tentang pendirian
kita lebih mengutamakan pekerjaan dan tugasan kita dari bersembang tentang
isu-isu yang menimbulkan kontroversi dan negatif di pandangan masyarakat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan