Antara
perkara-perkara asas yang perlu ada dalam mesyuarat yang diadakan adalah
i.
Keutamaan masa amat penting
Penetapan masa
untuk hadir, perjalanan dalam mesyuarat, isi kandungan dan isi kandungan dalam
mesyuarat perlu diberi perhatian sewajarnya oleh semua pihak. Jangan ambil
mudah dan sambil lewa sahaja kerana kita tidak mahu menjadikan mesyuarat dalam
jualan seolah-olah menjadikan satu tempat untuk berehat dan menangkan perasaan
dan jiwa sahaja lari dari tanggungjawab yang sebenarnya untuk melakukan jualan.
Biarlah jelas, ringkat dan padat agar semua yang menghadirinya akan lebih
memahami dan ketahui akan apa yang dimaksudkan.
ii.
Tidak satu mesyuarat pun yang tidak efektif sama ada ia nya dapat
memberikan sama ada satu kesan positif ataupun tidak.
Sama ada mesyuarat
itu terbaik ataupun tidak semuanya bergantung pada keputusan akhir yang di
perolehi sama ada penetapan tugasan mengikut strategi yang ditetapkan berjaya
ataupun tidak. Bukan mesyuarat tersebut yang efektif ataupun tidak tetapi cara
dan kaedah dalam melakukan jualan seperti mana yang diputuskan dalam mesyuarat
itulah baru diketahui sama ada ia memberi kesan yang positif ataupun tidak.
iii.
Pastikan dalam mesyuarat tidak menyalahkan sesuatu baik dalam situasi
Sebagai pengerusi
mesyuarat ataupun ahli mesyuarat elakkan perkara-perkara berikut terjadi sama
ada
·
Menyalahkan
seseorang
·
Mempersalahkan
pasaran
·
Perkatakan apa
yang tiada kaitan dengan jualan
·
Ambil mudah dan tiada
kesungguhan
iv.
Ahli-ahli dalam mesyuarat sudah pasti tidak memaklumkan sama ada ia amat
efektif ataupun tidak kerana
·
Ahli yang hadir
pun masih samar-samar tidak ketahui sama ada ia efektif ataupun tidak
·
Suka atau tidak
walaupun membosankan masih berdiam diri kerana luahan hati yang tidak berani
diluahkan sama sekali
·
Hadiri sahaja
kerana itu adalah satu arahan yang wajib untuk hadir
Tidak dinafikan
menghadiri mesyuarat bergantung
sepenuhnya kepada mod pengerusi majlis dan keadaan interaksi antara semua orang yang menghadirinya sama ada ia
boleh menimbul minat semua orang untuk memberikan dan mengeluarkan pandangan,
membosankan atau tunduk mengikut arahan sahaja tanpa dibenarkan interaksi
antara ahli mesyuarat dengan pengerusi mesyuarat. Semuanya bergantung sama sekali dengan suasana pada mesyuarat tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan