Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Sabtu, 16 Jun 2012

TIP SUPAYA ORANG SUKA PADA KITA


Kita sering bertemu dan bersua dengan orang ramai. Masalahnya macam mana kita boleh segera untuk dapatkan prospek/pelanggan yang kita temui suka akan kehadiran diri kita? Satu persoalan yang sering menghantui kita semua bagaimana untuk mendapatkan kepercayaan dan keyakinan mereka atas kehadiran diri kita. Tiada apa yang mustahil untuk dilakukan asalkan kita mahu belajar untuk mempelajari. Semakin banyak ilmu yang kita dapati dan semakin kita praktik kan nescaya orang akan mula mesra dan mudah untuk kita bergaul rapat dengan sesiapa juga yang kita temui.

Antara tip-tip yang dirasakan mudah dilakukan oleh sesiapa sahaja asalkan matlamat utamanya adalah untuk mendapatkan orang lebih mudah suka dan merasa senang hati apabila bertemu dan bersua dengan kita adalah dengan cara

i.                    Mudahkan senyuman
Jangan lokek ataupun kedekut dengan senyuman. Bukannya suruh ketawa hanya sekuntum senyuman sahaja sudah memadai apabila bertemu dengan orang. Sesiapa juga yang kita temui, orang yang lebih menghormati diri kita yang sentiasa senyum kepada sesiapapun juga. Kalau orang tengah marah sekalipun terus tak jadi marahnya. Hebat kuasa senyuman ini

ii.                  Sentiasa merendah diri
Orang yang tinggi diri pasti tiada siapa pun yang hendak berkawan dengannya. Kalau mahu diri kita dihormati orang kena pastikan kita perlu memulakan dulu menghormati orang lain. Nak memulakan agar kita menghormati orang lain perlu kita lakukan sentiasa merendah diri terlebih dahulu. Keluarkan kata-kata yang cukup berbudi bahasa dan disenangi orang. Jangan berlagak kerana kita hendak menjual. Nak lariskan produk yang ditawarkan perlu pembetulan pada diri kita sendiri agar kita sentiasa merendah diri menghormati orang lain sentiasa.

iii.                Adakan sumber humor dalam perbualan
Menimbulkan suasana ceria dan menyeronokkan amat dituntut. Menggembirakan hati seseorang pasti menambahkan lagi keceriaan seseorang. Cari perkataan-perkataan atau frasa-frasa yang boleh mencuit hati beliau agar ia nya merasa gembira dan terhibur. Yang pasti jangan sama sekali buat lawak bodoh pula sehingga boleh mendatangkan orang akan meluat dengan kita. Tengok suasana dan keadaan terlebih dahulu.

iv.                 Kenali topik yang diminatinya
Tengok minatnya dahulu sebelum bercerita tentang dirinya terlebih dahulu. Kalau dia kaki bola bolehlah bersembang fasal bola, kena pula dia suka tang suasana ekonomi semasa sedikit sebanyak kena ambil tahu juga. Cara mudah nak kenal pasti apa yang diminatinya kena tengok akan keadaan sekeliling tempatnya. Lihat gambar-gambar yang tertera, piala yang ditayangkan, buku-buku yang ada dan sebagainya sebagai satu soalan yang boleh direka mencari minatnya nanti.

v.                   Ceriakan suasana
Jangan stress sangat apatah lagi hendak menggelabah tak tentu hala. Cool sentiasa agar kita dapat kawal suasana bertemu dengan prospek/pelanggan. Hidup satu suasana yang harmoni dan ceria agar komunikasi yang diharapkan dapat dilakukan dengan baik dan tenang sentiasa. Jauhi sama sekali perkara-perkara yang boleh menimbulkan kemarahan seseorang apatah lagi prospek/pelanggan tersebut merasa tidak selesa sama sekali.

Tidak sesukar mana kalau kita mahu melakukannya. Berusaha ke arah kebaikan demi kemajuan diri sendiri. Semakin ramai orang yang cukup senang dengan diri kita semakin mudah untuk kita melakukan jualan kepada sesiapa juga yang kita temui. Jangan mudah mengalah apatah lagi merasakan diri kita ini cukup sukar untuk berkomunikasi dengan orang ramai. Selagi kita tidak berusaha per tingkatkan diri kita selagi untuk peluang yang datang di hadapan mata kita cukup sukar untuk kita hidu dan perolehi.

 Abu Burdah r.a berkata :"Rasulullah mengutus ayah ku iaitu Abu Musa dan Muaz ke Yaman, Nabi berkata: ”Mudahkanlah dan janganlah kamu menyukarkan, Gembirakanlah dan jangan kamu menyusahkan dan ber ia sekatalah kamu.” (diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan