Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud “Amalan-amalan
yang paling disukai Allah ialah yang berterusan (konsisten) meskipun
sedikit” (Hadis Riwayat Bukhari).
Istiqamah atau konsisten mengikut
Kamus Dewan bermakna terus berpegang pada pendirian yang sama, tekal, sejajar
dan keselarasan. Ini bermakna melalui satu usaha yang konsisten adalah satu
tabiat dan sikap yang perlu dilakukan secara berterusan bagi memastikan hasil
seperti mana yang dikehendaki. Umpama seperti setitik air yang mampu dan boleh membelah
batu bukan kerana derasnya titisan air tersebut
tetapi dengan seringnya ia menitik.
Begitulah dengan tugasan kita dalam
melakukan bidang jualan ini yang berkehendakkan satu keputusan yang baik bagi
mendapatkan bukan sahaja sasaran yang diberikan dapat dicapai tetapi juga
jumlah pendapatan dan perolehan yang diidam-idamkan pasti boleh di perolehi dengan
sewenang-wenangnya tanpa perlu diragukan. Asalkan ia dilakukan dengan betul dan
kena gayanya pasti akan membuahkan hasil seperti mana yang dikehendaki.
Sememangnya kita sering diingatkan untuk
melakukan secara konsisten, tapi bagaimana untuk melakukannya? Sebenarnya
sesiapa sahaja pasti boleh melakukannya secara konsisten sedangkan Rasulullah
SAW jua menyuruh kita melakukannya walaupun bermula dengan sedikit dahulu.
Antara langkah-langkah yang diperlukan agar tugasan jualan dapat dilakukan
secara konsisten dan tanpa ada pengurangannya adalah
i.
Berazam
untuk melakukannya
Jangan
tangguh lagi untuk melakukannya, berazam dahulu untuk lakukan yang terbaik
kerana dengan melakukan jualan kita bukan sahaja dapat membantu orang seramai
yang boleh tetapi juga dapat menyelesaikan segala permasalahan yang
prospek/pelanggan hadapi selama ini. Berazam bukan setakat melepas batuk
ditangga tetapi berazam untuk melakukannya secara bersungguh-sungguh tidak kira
apa juga perkara-perkara negatif terjadi dan berlaku. Yang penting adalah
bagaimana kita melakukan jualan tersebut supaya ia nya boleh menjadi satu
realiti bagi mencapai kejayaan seperti mana yang dikehendaki.
ii.
Fokus
apabila melakukannya
Apa juga
yang kita lakukan, kita disarankan untuk fokus dan beri tumpuan sepenuhnya. Seperti
kita bersolat, nak dapatkan khusyuk dalam solat pastikan kita fokus
melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Samalah juga halnya apabila kita
melakukan jualan ke atas prospek/pelanggan kita. Kena fokus apa yang kita
lakukan supaya setiap apa yang kita lakukan nanti akan melahirkan satu
konsistensi ke atas diri kita dengan sendirinya. Jangan diabaikan sama sekali
dikhuatiri nanti kita hanya akan menjadi seperti hangat-hangat tahi ayam
sahaja.
iii.
Fikirkan
kejayaan mengatasi halangan yang ada
Kalau kita
asyik merasa kecewa, putus asa dan terlalu sukar untuk melakukan jualan, sudah
pasti ia nya akan membawa kesan negatif yang akan dirasakan jualan yang kita
lakukan sebagai satu bebanan hidup yang cukup merimaskan dan melecehkan.
Berubah demi mencapai kejayaan dengan memikirkan jualan ini mampu untuk kita
lakukan walaupun pelbagai halangan dan dugaan yang kita hadapi. Berusaha untuk
pertingkat kan dengan segera skil dan pengetahuan dalam bidang jualan dengan
secepat mungkin agar kita tidak sering berada dalam kekecewaan.
iv.
Jadikan
sebagai satu rutin kehidupan
Nak dapatkan
konsistensi perlu pengorbanan dari diri kita sendiri. Bersedia untuk sanggup
lakukan sebagai satu amalan dan tabiat dalam diri kita sendiri. Jangan sama
sekali diabaikan apatah lagi untuk ditinggalkan dan dicicirkan begitu sahaja.
Dah tahu cara dan kaedah yang kita lakukan sudah mula membuahkan hasilnya,
jangan ditangguhkan lagi, berusaha berterusan supaya kejayaan yang
dinanti-nanti akan muncul juga akhirnya.
v.
Jangan
mengeluh untuk melakukannya
Orang yang
malas tabiatnya suka mengeluh dan memberikan alasan. Elakkan dari konsisten
memberi alasan demi alasan tapi konsisten menunjukkan kesungguhan melakukan
jualan dengan penuh tanggung jawab dengan amanah yang dipikul. Jangan sama
sekali mengikut orang yang gagal melakukan jualan kerana ia nya sama sekali
tidak sampai ke mana pun. Lakukan dengan sepenuh hati dan bersungguh-sungguh
dan biarkan sahaja kejayaan melakukan jualan ditunjukkan dengan berapa banyak
amaun yang boleh kita dapati. Elakkan sama sekali kita terlalu ghairah dengan
menunjuk-nunjuk masalah yang kita hadapi.
Segeralah perbaiki skil kita dalam mendapatkan prospek dari tele
marketing, temu janji, penutupan jualan dan perkhidmatan selepas jualan kita
agar pelanggan tahu yang kita melakukannya secara bersungguh-sungguh dan
kewibawaan yang tersendiri dan boleh dipercayai. Fikirkan berapa banyak
perolehan pendapatan yang boleh kita dapati hasil dari produk yang ditawarkan
boleh diterima oleh orang lain. semakin konsisten kita lakukan penutupan jualan
semakin konsisten kita akan perolehi pendapatan yang idamkan. Kita juga yang
akan menikmati keuntungannya nanti dan tidak sama sekali orang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan