Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Rabu, 13 Jun 2012

DEMI PERHUBUNGAN ATASI HALANGAN YANG ADA


Dalam tempuh kita memberikan perkhidmatan kepada prospek/pelanggan, terdapat beberapa halangan yang perlu kita ketahui terlebih dahulu agar ianya tidak berlarutan menyukarkan lagi tugasan diri kita melakukan jualan. Apabila keadaan menjadikan ia nya sebagai satu kesukaran dan kepayahan apabila menghadapi mereka sudah pasti bukan sahaja jualan sukar untuk dilakukan tetapi juga untuk bertemu dengan mereka juga akan menjadikan amat sukar dan payah sama sekali. Adalah satu yang merugikan pada kita juga jika perkara yang sebegini boleh berlaku dan terjadi dengan sewenang-wenangnya.

Oleh itu, dalam melakukan jualan demi tugasan yang di amanahkan adalah kita amat disarankan sama sekali agar beberapa tindakan sewajarnya perlu kita ambil kira terlebih dahulu agar di kemudian hari di saat kita bertemu dengan prospek/pelanggan yang dikehendaki amat mengakibatkan satu tindakan yang mudah dan senang untuk kita capai terlebih dahulu iaitu

i.                    Bina hubungan yang baik dan mantap dengan melakukan perkhidmatan yang terbaik pernah diberikan

Selagi kita mempunyai hubungan yang baik dan dikekalkan momentum yang ada memastikan hubungan yang sedia ada berjalan lancar tanpa sama sekali kita melupakannya, sudah pasti mereka akan mudah menerima kehadiran diri kita. Bukan setakat mereka bersetuju menerima tawaran yang ditawarkan tetapi juga sanggup memberikan kepada kita beberapa nama sahabat handai mereka sebagai referral untuk kita melaksanakan jualan ke atas orang lain pula

ii.                  Jangan sama sekali menyamakan semua pelanggan yang kita temui

Apabila bertemu dengan seseorang dengan seseorang yang lain pastikan kita jangan sama sekali menyamakan seseorang tersebut dengan orang lain pula. Lain padang lain belalangnya. Semua orang yang dijadikan oleh Allah SWT ini bukan sama ragamnya. Pasti ada kelainan dan perbezaannya yang perlu kita kenal pasti terlebih dahulu. Jangan main hayun sahaja perbualan dengan mereka tanpa kita sedari apa kelainan mereka masing-masing. Layanan yang berhemah dan mesra akan lebih membuatkan mereka lebih hormat kepada kita dalam membantu diri kita untuk membantu mereka pula sebaik yang mungkin.

iii.                Jangan adanya pilih kasih berlaku

Bila kita amalkan sikap berat sebelah, pandang bulu sebelah mata sudah pasti prospek/pelanggan akan cuba menjauhkan dirinya daripada kita. Walaupun dalam keadaan yang kita rasakan mungkin dalam satu gurauan tetapi kita tidak tahu mungkin boleh melukakan hati mereka. Berhati-hati dalam melakukan sesuatu tindakan. Jangan terlalu bebas merasakan apa yang kita telah dan sedang lakukan semuanya betul sahaja. Periksa semula apa tindakan kita akan tidak sama sekali berlakunya sikap dan sifat pilih kasih kepada prospek/pelanggan kita sendiri.

iv.                 Anggap semuanya sama penting

Jangan sama sekali di perlecehkan. Kena anggap semua orang yang kita temui sama pentingnya. Tidak kira apa jawatannya, berapa pendapatannya dan siapapun dia kena adil pada semua orang. 

Lakukan sebaik mungkin, pelajari apa kesilapan kita agar tidak sama sekali diulangi lagi. Menjaga hubungan dengan mereka adalah lebih baik dikekalkan demi menjaga karier kita di bidang jualan ini. Memastikan keberkesanannya adalah dengan memastikan diri kita perlu mengetahui dengan lebih mendalam lagi tentang bagaimana cara dan kaedah yang terbaik untuk menjalinkan hubungan dengan prospek/pelanggan nanti agar semasa penutupan jualan dilakukan nanti tidak akan sama sekali timbul kekecewaan dari diri kita sendiri.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan