Bersyukur ke hadrat Allah SWT
apabila pelanggan bersetuju untuk menerima tawaran yang dikemukakan. Kerana
terlalu ghairah ataupun terlalu seronok akan keputusan yang dilakukan oleh
bakal pelanggan kita, tiba-tiba sahaja pelanggan terus menukar fikiran
mengatakan tidak bersetuju pula untuk menerima tawaran yang ditawarkan. Kenapa
tiba-tiba sahaja menjadi begitu? Apa salah kita? Apa penyebabnya? Mesti ada
sesuatu yang tidak kena.
Hanya kita terlalu ghairah dan seronok
mendapat maklum balas bakal pelanggan kita menerima tawaran yang ditawarkan
kadang-kadang tanpa kita sedari kerana keramahan dari mulut kita sendiri habis
berkecai begitu sahaja. Kerana gatal mulut ceritakan yang berlebih-lebihan pula
kepada bakal pelanggan tersebut tidak semena-mena punah terus mereka mengubah
fikirannya. Mungkin perkara-perkara sebegini menjadi penyebab antaranya
i.
Terlalu menekan sehingga bakal pelanggan merasa bosan
Terlalu gembira
dengan keputusan bakal pelanggan tersebut tanpa menghiraukan apa-apa pun kita
terus menerus ceritakan lagi memberikan penerangan tentang kelebihan dan
manfaat kepadanya lagi berulang kali. Kerana terlalu bosan dengan leteran kita
walaupun pada dasarnya beliau bersetuju, tapi malangnya langsung tak jadi pula.
Punah segala-galanya. Pada mulanya beliau merasakan mungkin akan dapat
menyelesaikan masalahnya tapi disebabkan penerangan kita yang berlebih-lebihan
pula langsung beralih fikiran pula. Alangkah ruginya masa kita.
ii.
Memperlekehkan pesaing
Telah
diperkatakan jangan sama sekali kita per lekeh kan dan memandang rendah pesaing
terdekat kita. Mungkin bakal pelanggan tersebut adalah pelanggan setia mereka
ataupun ada adik beradiknya mahupun saudara-mara yang bertugas di tempat
pesaing tersebut. Hanya kerana sibuk ceritakan tentang pesaing yang mungkin
kita benci atau tidak suka terus menerus bakal pelanggan tersebut menolak
tawaran asal yang pada mulanya beliau bersetuju untuk menerimanya.
iii.
Terlalu berikan keyakinan kepada bakal pelanggan
Bila pelanggan
sudah mengatakan ya pastikan ia nya diselesaikan segera untuk menandatangani
tanda persetujuan untuk menerimanya. Terlalu banyak input yang diberikan bagi
tujuan memberikan lagi keyakinan dan kefahaman sebaliknya terus persetujuan
asal terbiar hilang begitu sahaja. Cukuplah kalau pelanggan sudah mengatakan ya
kerana pelanggan tersebut telah benar-benar memahaminya. Melainkan jika bakal
pelanggan tersebut masih lagi mengemukakan persoalan yang perlu dijawab oleh
kita.
iv.
Janji yang keterlaluan
Sama sekali
jangan berikan janji yang bukan-bukan dan di luar kemampuan kita. Kalau kita
mengatakan kelulusan dalam masa seminggu katakan kepadanya dalam tempuh
tersebut. Jangan kata esok pula dapat keputusannya melainkan kita benar-benar
boleh lakukannya. Apabila bakal pelanggan merasakan kita mudah memungkiri janji
sudah pasti beliau akan berikan keputusan segera membatalkan dengan begitu
sahaja. Siapa yang rugi?
v.
Lupa diri cepat sangat
Jangan sama
sekali tunjukkan keghairahan terlebih sangat dikhuatiri nanti bakal pelanggan
yang berada di hadapan kita akan meluat pula ke atas kita. Walaupun gembira dan
seronok, kena kawal dahulu dan jangan sama sekali tunjukkan syok sangat.
Bertenang dan bersabar agar bakal pelanggan tersebut tidak meluat pula dengan
kita. Biasakan dengan berhemah dan bersopan sentiasa.
Situasi bakal pelanggan yang
telah mengatakan ya sahaja bukan bermakna 100% memberikan persetujuan melainkan
bakal pelanggan tersebut telah melakukan persetujuan sewajarnya mengikut apa
yang telah kita lakukan jualan terhadapnya. Keyakinan yang cepat dan segera
kadang-kadang boleh merosakkan kejayaan awal kita. Berhati-hati dengan tindakan
agar penyesalan di hujung penceritaan tidak berakhir dengan kekecewaan yang
sepatutnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan