Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Ahad, 1 Julai 2012

Jangan Jangan Jangan Lakukan ketika Pertemuan


Melakukan pertemuan setelah penetapan temu janji perlu di awasi dengan sebaiknya. Bukan setakat perancangan yang rapi sahaja yang perlu di jaga tetapi juga tingkah laku dan peradaban kita ketika pertemuan tersebut harus di kawal sama. Jangan pandang ringan apatah lagi mengambil jalan mudah tapi kesanggupan kita menjaga pantang larang adab bertemu orang harus di semai dalam pemikiran kita. Jangan asyik seronok nak lakukan presentasi dan memberikan kefahaman yang perlu di ambil berat  tetapi dari semua sudut aspek pada diri kita juga perlu di pelihara dengan baik dan sempurnanya.

Sabda Rasulullah SAW bersabda bermaksud "Bertaqwalah kepada Allah di mana jua engkau berada dan balaslah perbuatan buruk dengan perbuatan baik niscaya kebaikan itu akan menutupi keburukan dan bergaullah sesama manusia dengan akhlak yang baik." (HR Tirmidzi)

Oleh itu adalah di sarankan agar perkara-perkara berikut jangan sama sekali kita lakukan semasa pertemuan dengan prospek/pelanggan yang kita temui iaitu
  1. Jangan sama sekali kita lewat sampai ke premis mereka dan berikan pelbagai alasan
  2. Jangan sama sekali tersilap cakap apatah lagi terlepas cakap
  3. Jangan terlalu banyak penerangannya. Sebaik-baiknya hadkan dan perbanyakkan bertanya
  4. Jangan sama sekali tanyakan soalan-soalan yang kita rasakan telah tahu apa jawapannya
  5. Jangan layan, jawab mahupun menghantar mesej sms dengan telefon bimbit
  6. Jangan mudah sangat tersengih ketika pertemuan
  7. Jangan menguap
  8. Jangan selekeh, jaga penampilan
  9. Jangan ada benda-benda yang berkaitan seperti borang, pen dan sebagainya yang tertinggal
  10. Jangan mudah berburuk sangka dan melakukan andaian yang bukan-bukan
  11. Jangan mudah mengelabah
  12. Jangan buruk-burukkan pesaing kita
  13. Jangan mecelah apabila prospek/pelanggan bercakap. Dengar dengan teliti
Berwaspada sentiasa. Berhemah dan berbudi bahasa. Itu sepatutnya. Lakukan bagai seorang jurual yang mahir dan profesional. Ketenangan dan ketabahan perlu disemai dalam diri kita. Kita yakin prospek/pelanggan juga yakin akan kehadiran kita. Bak kat pepatah melayu ‘Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa’. Kesopanan adat ketimuran perlu di jaga agar pertemuan yang di lakukan pasti berakhir dengan matlamat utama kita bagi mendapatkan penutupan jualan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan