Setiap orang yang melakukan jualan pasti ada kelebihan dan kehebatan
masing-masing yang pasti tidak akan ada pada orang lain. Selagi ada pelanggan
yang berkenan dan berkehendakkan kita melakukan jualan terhadap dirinya,
pergunakan ia sebaik mungkin. Tiada siapa yang dapat menghalangnya. Tiada siapa
yang boleh berdengki dan menganggu gugat kehadiran kita pada prospek/pelanggan
tersebut. Masing-masing sudah pasti mempunyai perbezaaannya kalau tidak
ketarapun mungkin ada sedikit sebanyak dari rakan sekerja mahupun dari pesaing.
Pergunakan segala kelebihan dan kehebatan yang ada sebagai satu nilai tambah
yang baik apabila berhadapan dengan prospek/pelanggan. Bukan setakat produk
yang ditawarkan itu ada kehebatan dan kelebihannya tapi pada diri kita sendiri
juga sebagai satu tambahan istimewa kenapa pelanggan sanggup menerima produk
yang di tawarkan. Kita juga adalah puncanya juga kenapa pelanggan sanggup
berurusan dengan kita.
Mungkin perkara-perkara sebegini perlu diketahui kenapa prospek/pelanggan
mahukan kita berurusan dengan mereka. Antaranya adalah
i.
Pemikiran
Apa yang
telah kita maklumkan, memberikan penerangan dan presentasi telah memberikan
idea-idea yang bernas dan di kehendaki oleh prospek/pelanggan yang
mendengarnya. Olahan yang memudahkan dan menyenangkan mereka untuk memahami apa
yang di sampaikan boleh mempengaruhi keputusan mereka untuk menerimanya. Mereka
nampak apa yang ada difikiran kita hasil dari penerangan dan persembahan yang
kita kemukakan kepada mereka. Beri idea-idea yang bernas dan berfakta agar
mereka lebih memahami apa yang kita fikirkan untuk mereka.
ii.
Nilai tambah
Kejujuran
dan integrasi yang kita tonjolkan boleh menarik minat prospek/pelanggan untuk
menerima kehadiran kita. Kepercayaan yang kita persembahkan sememangnya unik
dan berbeza dari orang lain pasti menambahkan lagi kepercayaan
prospek/pelanggan kepada kita. Tidak seperti rakan sekerja atau pesaing yang
berkeliaran di pasaran mereka pasti dapat membezakan kehadiran kita kepada
mereka. Ada sesuatu yang positif yang mereka rasakan cukup percaya kepada kita
dan nampak nilai tambah yang telah kita berikan kepada mereka. Dapatkan
keyakinan dan kepercayaan mereka terhadap kita terlebih dahulu.
iii.
Pengalaman
Pengalaman
adalah guru terbaik untuk diri kita sendiri. Dari pengalaman akan mematangkan
lagi untuk tindakan dan usaha kita yang berterusan dan konsisten melakukan
jualan kepada prospek/pelanggan. Kita semakin mengetahui bagaimana cara dan
kaedah yang terbaik apabila kita melakukan promosi dan presentasi berhadapan
dengan prospek/pelanggan. Dari pengalaman juga akan membezakan dengan orang
lain yang melakukan jualan. Kerana itu apa juga yang kita tempuhi dan lalui pelajarilah
dengan baik segala pengalaman yang telah kita lalui untuk kita guna pakaikan
semula di kemudian hari.
iv.
Keupayaan
Sentiasa kreatif
dalam memberikan sesuatu kepada prospek/pelanggan. Berupaya memberikan yang terbaik
kepada mereka. Permudahkan jangan disukarkan. Berikan apa yang mereka inginkan
dan mahukan dengan mudah dan senang. Berupaya memberikan satu solusi kepada
prospek/pelanggan yang mereka carikan selama ini. Keyakinan diri kita akan
mendatangkan keyakinan juga kepada mereka terhadap kehadiran diri kita.
Sentiasa mahu membantu dan berikan penyelesaian terbaik buat mereka.
Itulah kelebihan dan kehebatan yang
perlu kita ketahui. Senaraikan segera apa kelebihan dan kekurangan dalam diri
kita sendiri dan buat penilaian sewajarnya. Mana-mana kelebihan yang ada
pergunakan ia sebaik yang mungkin manakala apa yang kita ketahui tentang
kekurangan yang ada perbaikilah segera untuk kita tidak ulangi sama sekali agar
prospek/pelanggan lebih percaya dan yakin atas keupayaan dari diri kita sendiri
di tokok tambah dengan kelebihan dan kekuatan dari produk yang di tawarkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan