Bertemu dengan prospek/pelanggan kerana terlalu ghairah untuk mendapatkan
penutupan jualan kadang-kadang kita terlupa. Terlupa disebabkan kita ingin
cepat memberikan satu solusi kepada mereka tanpa memikirkan tentang apa situasi
yang berada disekelilingnya. Terlalu cepat dan segera memberikan solusi tanpa
memikirkan situasi yang sepatutnya perlu kita fikirkan semula sama ada tindakan
yang kita lakukan ini adakah betul dan bersesuaian ataupun tidak.
Solusi adalah satu tindakan dalam memberikan satu penyelesaian akhir kepada
prospek/pelanggan yang di temui dengan harapan agar penutupan jualan dapat di
lakukan dengan sebaik mungkin. Situasi pula adalah berkenaan dan berkait rapat
dengan keadaan pada diri kita sendiri, prospek/pelanggan ditemui dan sekeliling
yang berada yang boleh mempengaruhi apa juga keadaan yang di hadapi. Dua
perkataan yang berbeza pengertiannya tetapi bunyi yang hampir sama.
Dalam memastikan apabila temu janji dapat di adakan dan jualan hendak di
lakukan, pastikan setiap situasi yang berada disekeliling diri kita perlu di
kenal pasti dan di ketahui terlelbih dahulu sebelum sebarang solusi boleh
diberikan. Mungkin situasi-situasi begini perlu untuk kita kenal pasti terlebih
dahulu iaitu
i.
Perbaiki mod kita terlebih
dahulu
Ada
masalah? Ada perkara-perkara yang menganggu? Rasa tidak sedap hati? Semuanya
perlu di abaikan. Latih diri kita belajar bagaimana hendak mengatasi diri kita
supaya tidak moody di hadapan prospek/pelanggan mahupun di hadapan rakan
sekerja kita. Elakkan dari memikirkan masalah kerana masalah tidak akan pernah
luput dari fikiran kita. Beri tumpuan dan fokus akan apa yang ingin kita
lakukan. Perbaiki situasi dalaman diri kita agar boleh perbaiki situasi pada
luaran diri kita juga. Jangan di turutkan masalah yang menimpa kerana semakin
kita biarkan ianya berlaku dan terjadi semakin sukar pula kita hendak mengawal
masalah tersebut. Jauhi juga dari orang-orang yang suka mengadu dumba dan asyik
menceritakan masalah dirinya kepada kita. Di khuatiri nanti segala masalah yang
ditanggung oleh mereka berjangkit dan merebak pula menjadi masalah pada diri
kita. Kerana itulah kita di saran bergaul dengan orang-orang yang berjaya
kerana mereka sentiasa memberikan input-input yang positif kepada kita yang
mendengarnya.
ii.
Sentiasa mengamalkan
persiapan rapi sebelum melakukan jualan
Persiapan
dari kita sendiri amat diperlukan. Ambil berat dan ambir tindakan serius
sewajarnya. Seperti kita sewaktu pergi kesekolah dahulu, sebelum datang hari
esok sudah pasti kita akan siapkan segala kerja-kerja rumah yang diberi oleh
guru kita dan buku-buku apa yang perlu dibawa pula untuk keesokkan harinya
mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan dari awal lagi. Semuanya bermula
dengan persiapan melainkan kita langsung tidak mengambil berat. Ambil mudah
sahaja langsung tidak menunjukkan disiplin diri yang sepatutnya. Elakkan
perkara ini berlaku. Persiapan diri amat penting dari penampilan diri,
barang-barang yang perlu di bawa dan seterusnya pemikiran kita perlu bersiap
sedia sentiasa. Semakin kita berdisiplin melakukan tugasan semakin hampir
rasanya untuk kita memperolehi kejayaan yang di perlukan.
iii.
Ketahui dan kesan segera
tentang situasi bertemu dengan prospek/pelanggan
Bagaimana dengan
keadaan sekelilingnya. Adakah bersesuaian untuk kita lakukan sebarang
presentasi ataupun tidak kepada prospek/pelanggan yang di temui? Adakah
prospek/pelanggan yang berada di hadapan kita benar-benar bersedia bertemu
dengan kita. Lihat bahasa badannya, pemerhatian dan fokusnya tatkala kita
sedang memberikan presentasi kepadanya. Berikan kefahaman yang seringkas,
sejelas dan mudah di fahami oleh mereka. Kemukakan soalan-sioalan kereatif
supaya kita dengan mudah mendapat maklumbalas dari mereka tentang apa yang
sebenarnya mereka mahukan dan perlukan. Lebih mudah kita fahami mereka makin
mudah untuk kita berikan apa solusi sebenarnya mengikut kesesuaian masalah
mereka.
Mendapatkan penutupan jualan kena ambil
tahu dahulu tentang situasi yang berlaku dan berada disekeling kita. Fahami
situasi yang ada sebelum berikan satu solusi pula kepada prospek/pelanggan di
hadapan diri kita. Apabila berikan solusi kepada prospek/pelanggan kita pastikan
pula yang ianya sememangnya boleh memberikan satu penyelesaian kepada mereka
apabila mereka bersetuju menerima tawaran dari kita supaya tidak timbul di
kemudian hari nanti satu penyelesalan dan kekecewaan yang terjadi dan berlaku
terhadap mereka. Ciptakan dan berikan kepada mereka satu situasi yang segar dan
ceria sebelum kemukakan kepada mereka satu solusi yang di perlukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan