Satu sikap dan sifat yang perlu kita
elakkan adalah sikap yang terlalu ekstrem yang amat sangat mementingkan diri
sendiri sehingga dalam apa juga keadaan dan situasi yang berlaku langsung kita
abaikan dan lupakan kepada rakan sekerja kita, prospek/pelanggan kita ataupun
organisasi tempat kita bernaung ini. Satu sikap yang buruk dan perlu di buang
jauh-jaun dari diri kita ini. Perubahan perlu dilakukan agar kepentingan demi
diri sendiri tidak berlaku sewenang-wenangnya memandangkan tugasan kita
bertugas dan bekerja adalah dalam satu kumpulan dan bersama pada sesebuah
organisasi.
Firman Allah bermaksud ‘Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat
kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan
dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, kerana
sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksanya (bagi sesiapa yang melanggar
perintahnya)’ (Surah Al-Maidah Surah ke 2).
Mungkin senario-senario begini pernah
kita lalui
Senario pertama ‘Ish bukan pelanggan aku pun. Kenapa aku pula yang di
suruh cari pelanggannya untuk terima tawaran pembelian ini. Akupun ada
pelanggan juga yang harus aku temui’
Senario kedua ‘Mentang-mentang dia cuti habis semuanya aku kena
settlekan pula kerja pending dia. Adakah adil untuk aku yang tak bercuti?’
Senario ketiga ‘Balik-balik aku.
Asyik ambil kesempatan atas aku ni yang bukan kaki melawan, asyik aku sahaja
yang disuruhnya macam dah tak ada orang lain agaknya dalam tempat ini’
Senario keempat ‘Berbulu betul di buatnya,
tiada timbang rasa di hatinya. Bila bagi kes, bila kena puji, perangai baiklah
asyik dia seorang sahaja yang dapat. Habis aku apa, batang kayu ke?’
Senario-senario begini yang amat di risaukan. Apabila kita
dalam keadaan yang cukup negatif dan berfikiran tidak elok sampai bila-bila
kita akan jadi seorang yang amat ambil berat pada diri sendiri sahaja yang
boleh mengakibatkan nanti kita akan menjadi seorang yang cukup pasif dan
bersendirian sahaja. Langsung tak mahu geng dengan orang lain pula.
Jangan di fikirkan yang tidak baik. Fikirkan sepatutnya,
mesti ada hikmah yang berlaku dan terjadi kerana Allah tidak akan jadikan
sesuatu perkara tersebut tanpa ada sebab dan musababnya. Hadapi dengan tenang,
sabar dan tabah. Kerana itu kita di saran untuk mengambil berat dan mengambil tahu
akan apa yang berlaku dan terjadi terutama kepada rakan sekerja kita supaya ia
nya dapat mengujudkan
i.
Menanam semangat yang kuat
dan jitu tentang peranan kasih sayang, kemesraan dan ambil berat ke
atas rakan-rakan sekerja dan rakan setugas kita. Cubit peha kanan peha kiri
pasti terasa.
ii.
Tolong menolong dan bantu membantu antara satu sama yang lain
kearah kebaikan dan kejayaan bersama dapat diterapkan tanpa mengira sebarang
masalah dan dugaan yang timbul dan datang.
iii.
Lebih kepada mengajar untuk bertugas dalam satu kumpulan dan
hidup bermasyarakat serta berkerja di bawah satu
bumbung.
iv.
Jangan di fikirkan kelebihan seseorang atau kepakarannya
sahaja tetapi pastikan melakukan tugasan yang di amanahkan secara berpasukan dan bekerjasama.
v.
Mengelakkan diri kita dan rakan-rakan sekerja yang lain tidak sama-sama membawa diri masing-masing dan
pentingkan diri sendiri sahaja.
vi.
Sebagai seorang manusia insan yang lemah kita amat memerlukan sokongan, bantuan dan perhatian
apabila kita pula di timpa kesusahan dan kesukaran suatu hari nanti.
vii.
Elakkan diri menjadi tamak haloba dan takabbur di hadapan rakan sekerja
yang setiap hari pasti berhadapan dan bertentangan mata dengannya.
Kebiasannya hanya orang yang hampir dan dekat dengan kita
sahaja yang sudi menghulurkan pertolongan dan bantuan yang diharapkan. Ini
adalah kerana melalui merekalah yang telah mengenal hati budi dan perasaan kita
di sebabkan tugasan kerja yang dilakukan setiap hari saling bantu membantu
mengujudkan kemesraan dan kepercayaan yang telah di bina selama ini. Oleh itu
elakkan dari terlalu berkira dan asyik mementingkan diri melakukan tugasan
seorang diri tanpa menghulur sebarang bantuan dan pertolongan kepada
rakan-rakan seperjuangan.
Rasulullah SAW
bersabda bermaksud ‘Sebaik-baik manusia ialah
memberi manfaat kepada manusia lain’ (di riwayatkan oleh Bukhari)
mohon share
BalasPadamAmat di alu-alukan. Terima kasih di atas kesudian untuk berkongsi ilmu.
Padam