Melakukan jualan secara ‘Direct approach’ atau pendekatan
secara langsung mahupun secara bersekemuka merupakan satu cabaran yang sedikit
sebanyak perlu ditempuh dengan tabah dan sabar. Selagi tiada mendapat
persetujuan prospek/pelanggan menerima tawaran yang di kemukakan selagi itu
segala kerahan tenaga, pengalaman dan skil yang ada perlu dilakukan dan
dikeluarkan semaksima yang termampu. Tiada salah untuk berusaha pendekatan ini
asalkan keyakinan sentiada ada dan wujud di dalam diri kita sendiri.
Fahami dan ketahui sentiasa apabila melakukan pendekatan
secara langsung pasti berlaku satu situasi atau keadaan yang paling kita tidak
gemar dan amat kritikal di rasakan iaitu dalam menghadapi keadaan bagaimana
mengendalikan penolakan dan bantahan dari prospek/pelanggan yang ditemui.
Sentiasa perlu diingatkan sememangnya pada permulaan pertemuan, tiada siapapun
yang suka dan gemar untuk menerima apa yang ditawarkan terlebih dahulu
melainkan prospek/pelanggan tersebut sememangnya telah lama mencari produk yang
kita tawarkan ini.
Dalam menghadapi halangan penolakan yang begitu cepat dan
segera dari prospek/pelanggan yang ditemui beberapa kaedah dalam menghadapi
situasi seperti ini perlu kita lakukan iaitu
i.
Pengetahuan
produk benar-benar difahami
Pastikan kita tahu dengan
mendalam produk apa yang kita tawarkan kepada prospek/pelanggan. Jangan main
fikir boleh buat boleh lakukan tapi pada hakikatnya bila prospek/pelanggan
memberikan bankangan jualan apatah lagi penolakan jualan terus panik kita
dibuatnya tak tahu perkataan apa yang harus kita patahkan balik hujahnya. Oleh
itu kita amat disaran agar benar-benar mengetahui tentang segala ciri-ciri dan
kelebihan produk serta apa manfaat sebenarnya kepada prospek/pelanggan tersebut
boleh dapati bagi selesaikan permasalahan yang mereka tanggung selama ini.
Bagaimana kita boleh beri bantuan kepada mereka sedangkan bantuan yang hendak
kita berikan satupun kita tidak tahu bagaimana untuk di hulurkan.
ii.
Lakukan secara
berterusan dan konsisten
Jauhi diri kita dari
melakukannya sekejap buat sekejapnya tidak. Dah bermula dengan kaedah ini kena
teruskan juga kerana sekerap mana kita lakukan akan memberikan penambahan
pengalaman dan pegetahuan selok belok dalam melakukan tugasan pendekatan
seperti ini. Jangan mengigau di siang hari kerana ditakuti nanti hanya
hangat-hangat tahi ayam sahaja. Bila dah sejuk mulalah beri pelbagai alasan dan
kegagalan pula yang di dapati. Oleh itu hadapilah ia dengan tabah dan tenang
agar apa yang kita lakukan ini sedikit sebanyak boleh membawa diri kita ke arah
kejayaan.
iii.
Sentiasa
bersikap positif dan mesra
Kena positif diri sentiasa
dan kena yakin yang kita boleh lakukan setiap masa. Tidak kira apapun halangan,
dugaan, cabaran dan masalah yang timbul pasti boleh juga kita tempuhi.
Perbetulkan minda kita selalu, berkawan dengan orang yang berjaya, dapatkan
ilmu yang membolehkan diri kita pertingkatkan lagi penambah baikan dalam diri
kita dan sentiasa fikirkan cara dan kaedah yang terbaik untuk melakukannya.
Pengalaman adalah guru yang terbaik buat diri kita sendiri. Mana yang gagal dan
salah elakkan agar tidak ia nya berulang lagi dengan mudah dan senangnya di
masa hadapan.
iv.
Bersemangat
setiap masa
Jangan kecewa, putus asa dan
merana macam orang putus cinta. Kawal diri supaya kita sentiasa bersemangat
waja dan boleh lakukan apa saja asalkan matlamat kita mendapatkan penutupan
jualan tercapai. Jangan risaukan orang lain kerana risaukan diri sendiri itu
yang lebih penting dan di utamakan. Kita bersemangat untuk membantu orang yang
kita temui semakin banyak hasilnya yang boleh kta kaut tanpa kita sendiri
jangkakan.
Jadilah
seperti seorang atlit yang sentiasa melakukan persiapan sebelum acara
perlumbaan akan dipertandingkan. Para atlit pasti akan memanaskan badannya
terlebih dahulu, mengendorkan otot-ototnya dan bersedia bukan setakat
fizikalnya sahaja tetapi juga mentalnya sekali. Buangkan kesemuanya sebelum
pertandingan yang bermula segala permasalahan dalamannya, tekanan dan kerisauan
yang dihadapinya. Apatah lagi memastikan dirinya sentiasa bersedia untuk
bertanding dan berkeupayaan untuk memenangi pertandingan tersebut. Semua itu
perlu dilakukan dengan serentak tanpa perlu merungut dan bersedih yang
bukan-bukan. Tidakkah kita sebagai seorang yang melakukan jualan perlu
melakukan juga sedemikian rupa. Persiapan bukan setakat mental sahaja tetapi
dari segi fizikal juga perlu untuk kita persiapkan sekali. Kalau mereka boleh
melakukannya kenapa kita tidak?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan