Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya makhluk yang paling buruk di sisi Allah
ialah orang-orang yang kafir, kerana mereka itu tidak beriman. Iaitu
orang-orang yang kamu telah mengambil perjanjian dari mereka, sesudah itu
mereka mengkhianati janjinya pada setiap kalinya, dan mereka tidak takut akan
akibat-akibatnya“ (An Anfal 55 – 56).
Sabda Rasulullah SAW bermaksud “Tanda-tanda munafiq ada tiga. Apabila berbicara, dia
dusta. Apabila berjanji, dia mungkiri. Apabila dipercayai, dia khianat “
(HR.Muslim).
Allah SWT berfirman, “Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu
berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah itu sesudah meneguhkannya“
(An-Nahal : 91)
Nyata disini betapa Islam memandang
tinggi mengharapkan agar apa jua yang kita janjikan perlu di kotakan tidak kira
apa juga alasan dan pelbagai tanggapan. Jangan mudah bermain janji kalau kita
rasakan kita sukar untuk menunaikannya. Elakkan diri dari menjadi seorang yang
munafik ataupun menjadi seorang yang kafir hanya kerana kita tidak menunaikan
janji-janji kita.
Jangan terlalu memandang rendah apatah lagi
melewat-lewatkan apabila kita berjanji untuk bertemu dengan
prospek/pelanggan. Bukan setakat imej kita dan organisasi akan terjejas tetapi
bagaimana pula dengan kepercayaan prospek/pelanggan tersebut kepada kita? Pasti
ini akan memberikan satu hebahan mulut yang cukup negatif terhadap kita nanti.
Begitulah juga kalau kita berjanji
kepada prospek/pelanggan. Mereka yang menunggu kita menelefon bagi tujuan
mendapatkan pengesahan dari kita terus di katakan ‘on
the way’ sahaja pada hal kita masih sibuk duduk di pejabat ataupun
sedang melayan prospek/pelanggan yang lain pula. Mungkin agaknya merasakan yang
‘on the way’ ini adalah alasan paling terbaik
untuk kita maklumkan atau khabarkan kepada prospek/pelanggan tersebut. Kenapa
boleh jadi begini? Mungkin kerana kita takut kehilangan satu temu janji ataupun
sememangnya kita bersikap acuh tak acuh sahaja akan tugasan kita. Sentiasa
diingati bahawa setiap orang yang menunggu seseorang tidak kira atas apa juga
tujuan sekalipun adalah satu penganiayaan terhadap si penunggu tersebut yang
begitu dirasakan terseksa, membosankan dan boleh mengakibatkan masanya terbuang
begitu sahaja.
Sebaik-baik tindakan elakkan dari
memberikan alasan ‘on the way’ tersebut ataupun
memungkiri janji yang telah di tetapkan kerana
i.
Baik mengaku berkata benar
memohon kemaafan di atas kelewatan ataupun penangguhan pertemuan yang
tidak dapat di lakukan supaya keadaan marah prospek/pelanggan ataupn sesiapapun
jugaboleh diredakan.
ii.
Sebaik-baik tindakan berkata benar diatas kegagalan hadir tepat
pada waktunya.
iii.
Gantikan sahaja perkataan ‘on the
way’ tersebut dengan ‘insyaAllah’
iv.
Elakkan berfikiran diri kita sahaja yang sibuk tanpa
memikirkan yang orang lain juga mungkin ada sibuknya mengatasi dari kesibukan
kita.
v.
Fikirkan
imej, kredibililiti dan kepercayaan orang lain tehadap kita
Buang jauh-jauh ‘Janji Melayu’ dan gantikan kepada ‘Janji
Islam’. Firman Allah SWT ”Dan orang yang
menyempurnakan janjinya apabila mereka berjanji, mereka itulah orang yang
benar-benar beriman dan mengerjakan kebajikan dan mereka itulah juga orang yang
bertakwa”. (Surah al-Baqarah ayat 177).Fikirkan sentiasa tanggung jawab
kita kepada janji pertemuan tersebut dan jangan sama sekali menganggap mudah
dan senang sahaja.Sekali kita mungkir bermakna bukan setakat prospek/pelangan
tersebut yang akan merasa kecewa tetapi juga integriti dan komitmen kita akan
hilang begitu sahaja. Ubahlah perangai dan jadikanlah seorang yang benar-benar
tepati janjinya kepada siapapun juga yang di janjikan. Firman Allah SWT yang
bermaksud: ”Dan sempurnakanlah perjanjian (dengan
Allah dan dengan manusia). Sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya”.(Surah
al-Israk ayat 34).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan