Sebelum mendapatkan pelanggan kita amat di perlukan mendapat prospek
terlebih dahulu. Jangan di cari suspek tapi prospek yang kena kita dapati
sepatutnya. Tanpa prospek bagaimana boleh melakukan jualan. Kerana itu kita di
saran untuk memperolehi leads sebanyak yang mungkin melakukan penapisan dan
saringan dalam mengenal pasti siapa prospek yang harus kita temui terlebih
dahulu. Perbanyakkan tele marketing, penghantaran e-mel ataupun mesej SMS
kepada prospek tersebut bagi mendapatkan satu temu janji dalam melakukan jualan
terhadap dirinya.
Layanan yang baik dan berhemah bukannya bermula dari seseorang itu menjadi
seorang pelanggan tapi perlu sama sekali di lakukan semasa seseorang tersebut
telah menjadi perhatian awal dari kita tatkala dari prospek lagi. Oleh itu
dalam mendapatkan prospek menjadi satu kejayaan yang berterusan dan di perlukan
adalah di sarankan kita melakukan perkara-perkara berikut
i.
Tiada prospek bagaimana
hendak menjual
Umpama nak
mendaki gunung, sampai sekarang tidak terdaki di sebabkan masih gagal mencari
gunung yang di kehendaki. Begitulah juga dengan menjual, selagi prospek gagal
di kesan dan di dapati selagi itu jualan sememangnya tidak boleh untuk di
lakukan. Kerana itu perlu mencari dan mendapatkan leads sebanyak yang termampu.
Empat tugasan yang wajib dilakukan adalah
ü Penuhi
ü Saringan
ü Sasarkan
ü Hubungi
Dari
langkah ini barulah kita boleh perolehi sebanyak yang mungkin prospek yang
berkualiti dan di kehendaki.
ii.
Jangan sama sekali samakan
soalan-soalan yang efektif kepada prospek
Lain padang
lain belalangnya. Begitulah juga prospek. Kena tengok dahulu prospek tersebut
semasa kita temuinya dalam kemukakan soalan-soalan efektif kepadanya mengikut
kedudukannya, perangainya dan tabiatnya. Jangan main sama sahaja soalan-soalan
tersebut. Dah namanya manusia bukannya semua orang itu sama kaedah dan caranya
untuk kita berinteraksi. Yang paling penting kita cepat untuk menyesuaikan diri
apabila kita berhadapan dengan seseorang yang kita temui tatkala proses temu
janji berjaya kita perolehi.
iii.
Prospek perlu dibelai dan di
ambil perhatian sewajarnya
Sedangkan
kucing perlu dibelai dan dimanjakan inikan pula manusia. Ambil berat dan
bertanggung jawab sentiasa dalam memastikan prospek yang di temui merasakan
diri mereka di ambil perhatian sewajarnya. Ketahui apa permasalahan mereka agar
mudah bagi kita tahu untuk berikan satu solusi kepadanya. Berilah perkhidmatan
yang terbaik mengatasi pesaing yang lain agar prospek tidak mudah beralih arah
dan menjadi pelanggan kita akhirnya.
iv.
Bukan menjual tapi dapatkan
satu temu janji
Beringat
sentiasa di dalam pemikiran kita. Apabila menghubungi prospek jangan sama
sekali melakukan jualan kepadanya tapi dapatkan terus satu temujanji ke atas
dirinya. Bila lakukan jualan sahaja terlebih dahulu dalam talian telefon
umpamanya, sememangnya berkemungkinan besar akan gagal akhirnya kerana di
talian telefon kita tidak akan tahu dan kenal pasti apa masalah sebenarnya
terlebih dahulu. Bagai mana mimik mukanya, bagaimana bahasa badannya dan apa
reaksinya apabila kita melakukan presentasi di hadapannya. Oleh itu dapatkanlah
sebanyak dan sekerap yang termampu dalam mendapatkan temu janji sepertimana
yang di kehendaki.
v.
Permudahkan jangan
disukarkan
Dari
peringkat prospek lagi kita di perlukan untuk di permudahkan lagi segala urusan
dengannya. Sesukar mana sekalipun perlu di permudahkan. Sekali prospek melihat
ianya cukup sukar dan memayahkan tindakan baginya selagi itu penutupan jualan
pasti tidak akan berhasil. Jangan sama sekali bagi prospek tersebut tawar hati
dan kecewa atas perkhidmatan kita terutama sekali apabila sesuatu perkara
tersebut telah kita janjikan. Janji yang diberi perlu dikotakan. Perkhidmatan
yang diberikan perlu ‘First Class’. Pernyataan yang diberikan biarlah secara
berfakta dan ada kejujurannya.
Selagi prospek
gagal kita hadapi selagi itulah suspek sahaja yang akan membebani kita. Jangan
biarkan suspek memenuhi senarai bakal pelanggan kita kerana akan pasti tiada
tindakan apapun dari kita mendapatkannya. Perlu ada kesungguhan dan usaha yang
berterusan mendapatkan prospek yang sepatutnya untuk kita tukarkan pula ia nya
menjadi seorang pelanggan yang setia kepada pengguna produk yang di tawarkan.
Buang jauh-jauh angan-angan Mat Jenin dalam diri kita tapi jadikanlah ia satu
realiti dalam tugasan jualan kita mendapatkan seramai yang termampu menjadi
pelanggan dan terus berurusan dengan kita. Pat pat siku lepat siapa cepat dia
dapat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan