Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Rabu, 4 Julai 2012

Elakkan melakukannya pabila booth dibuka


Sememangnya kita di saran pelbagai aktiviti jualan dan antara yang perlu di lakukan adalah dengan pembukaan booth. Walupun tujuan utama pembukaan booth adalah untuk mencipta kesedaran kepada bakal pelanggan atau pelanggan sedia ada namun peluang untuk mendapatkan penutupan jualan tetap ada. Mendapatkan leads-leads yang di perlukan ketika pembukaan booth sememangnya menyeronokkan kerana amat mudah mendapatinya sama sekali bagi tujuan kita melakukan susualan di kemudian hari. Peluang yang terhidang di depan mata jangan sama sekali di abaikan. Rajin mencari dan mendapatkan oportuniti pasti memberikan hasil seperti mana yang di mahukan.

Kadang-kadang kita terlupa, apa juga yang kita lakukan dalam jualan ini mesti ada perkara-perkara yang perlu di elakkan untuk kita jauhi sama sekali. Peradaban kena jaga. Tingkahlaku perlu di awasi. Jangan sama sekali main seronok dan sesuka hati sahaja apabila kita sedang berada di tempat tapak pameran. Walaupun begitu, perkara-perkara berikut jangan sama sekali kita lakukan semasa pembukaan booth iaitu

Ø  Sibuk bergayut dengan telefon sahaja
Ø  Sibuk bermain mesej SMS/BBM
Ø  Bersembang dengan rakan sekerja macam 10 tahun tidak pernah bersua
Ø  Duduk melepak memerhati dan termenung sahaja di kerusi yang ada
Ø  Mengunyah chewing gum (gula-gula getah)
Ø  Menguap apatah lagi terlelap
Ø  Berjela-jela memberikan penerangan. Biar ringkas, padat dan mudah mereka fahami.
Ø  Berdiri tegak menengok orang yang lalu lalang sahaja tanpa melakukan apa juga yang sepatutnya
Ø  Tidak mengikut dan menghiraukan arahan sepatutnya dari ketua yang ditugaskan
Ø  Edar flyer kepada pengunjung tanpa sebarang penerangan yang serba ringkas
Ø  Buat-buat tak ingat sasaran produk yang perlu di capai ketika berada di booth
Ø  Tidak jaga penampilan diri
Ø  Membiarkan booth tanpa ada sebarang hiasan dan kekemasannya
Ø  Terbiar kosong tiada siapapun yang menjaganya
Ø  Datang lewat balik awal dan ambil masa rehat yang berlebihan
Ø  Tidak mahu menghadiri taklimat ringkas sebelum dan selepas pameran di adakan

Elakkan diri dari melakukan perkara-perkara diatas kerana imej organisasi perlu di jaga sama. Jangan main suka hati sahaja lakukan perkara yang kita suka tanpa mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan. Jaga imej, jaga budi pekerti, jaga percakapan dan jaga tingkah laku. Perolehi leads sebanyak yang boleh dan kalau dapat lakukan penutupan jualan itu sudah di kira cukup baik sama sekali. Teruskan usaha perbanyakkan lagi aktiviti jualan agar jualan kita tidak terputus di tengah jalan. Usaha tangga kejayaan.




 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan