Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Ahad, 29 Julai 2012

KEYAKINAN DALAM MENJUAL


Bila menjual semua dari kita mengharapkan agar prospek/pelanggan yang di temui akan melihat diri kita mempunyai satu keyakinan yang tinggi dalam melakukan jualan. Bila orang tengok kita yakin berikan presentasi, menangani bangkangan mahupun dalam proses perundingan bagi mendapatkan penutupan jualan sudah pasti prospek/pelanggan tersebut pasti berkeyakinan juga terhadap apa yang kita sampaikan. Biarlah baru sahaja prospek/pelanggan tersebut mengenali dan mengetahui diri kita tetapi hanya disebabkan keyakinan dan ketrampilan kita yang menarik sudah pasti ini boleh dijadikan sebagai satu kelebihan buat kita bagi melakukan jualan.

Yakin dalam diri kita bukanlah satu bakat semulajadi ataupun turun temurun di terima dari nenek moyang kita sendiri. Yakin yang di maksudkan adalah datang dari kepercayaan dan mengetahui yang diri kita sebenarnya sememangnya layak dan boleh untuk melakukannya biarlah apa juga cabaran, halangan dan dugaan yang mendatang. Untuk mendapatkan keyakinan diri yang mutlak dan jitu pada diri kita sendiri adalah disarankan agar perkara-perkara berikut dapat di lakukan iaitu

i.                    Pengetahuan dalam produk

Nak menjual kena tahu terlebih dahulu apa produk yang nak ditawarkan. Tahu tentang ciri-cirinya, kelebihan dan manfaat kepada pelanggan nanti. Jangan tahu secara luaran sahaja tapi kena tahu dari A sampai ke Z tentang produk tersebut. Jangan sama sekali main agak-agak dan main hentam sahaja apabila berhadapan dengan prospek/pelanggan. Nanti kalau berlaku sebarang pertanyaan ataupun bangkangan sudah pasti terkebil-kebil mulut kita hendak menjawabnya semula.bila berlaku dan terjadinya situasi sebegitu sudah pasti akan menghilangkan keyakinan diri kita secara automatik nanti. Bila dah tidak yakin pada produk bagaimana nak menjual?

ii.                  Sentiasa bersemangat untuk melakukannya

Biarlah badai melanda taufan menjelma walau apapun yang berlaku dan terjadi jual tetap jual. Orang lain nak menjual ke atau pesaing nak bersaing sama tetap kita lakukan tugasan jualan kita. Biarlah apa orang lain nak perkatakan kita akan terus melaksanakannya. Tiada satupun yang boleh mematahkan dan mematikan semangat yang telah dibina oleh diri kita sendiri. Jauhi sama sekali dan jangan mudah di layan sikap putus asa, mudah kecewa dan putus harapan supaya semangat yang tinggi dalam melakukan tugasan boleh di perteguhkan setiap detik dan masa.

iii.                Mendalami skil jualan dan pengetahuan

Nak jadi orang pandai kena belajar. Sebaik-baiknya kena ada sifu. Ada orang tolong tunjukkan macam program realiti Mentor di TV3 tu. Bila berguru pasti ilmu yang kita dapat susah dan sukar untuk di lupakan dan pasti akan di amalkan setiap masa. Jangan cakap besar dan takabbur pula takut nanti malu pula yang kita akan perolehi pula. Tambah ilmu juga dari buku-buku yang ada di pasaran, artikel-artikel ataupun menghadiri seminar, kursus dan taklimat walaupun terpaksa mengeluarkan bayaran dari duit poket kita sendiri. Jangan lupa juga bergaul dengan orang yang telah berjaya dan cemerlang dalam bidang yang telah beliau ceburi. Dapatkan tips-tips dari beliau supaya kita juga boleh dan dapat melakukannya. Semakin bermotivasi semakin yakin kita akan apa yang kita lakukan sentiasa.

iv.                 Lakukan setiap hari

Tiada alasan tiada masalah yang perlu di berikan atau diceritakan kepada sesiapapun juga. Lakukan secara konsisten dan bersungguh setiap masa dan ketika. Apabila di lakukan dengan tetap dan sebaik-baiknya berkala sedikit sebanyak ianya akan menjadi satu amalan dan tabiat untuk kita lakukan sentiasa setiap hari. Apabila sudah menjadi amalan dan sebati dalam diri kita sudah pasti keyakinan diri dapat diterapkan dengan mudah senang sama sekali

v.                   Tawadduk

Allah SWT berfirman bermaksud “Dan janganlah kau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah kau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong takbur, lagi membangga diri.” (Surah Luqman, ayat 18).  Kerana itu kita di saran selalu merendah diri dan jangan sama sekali berlagak, tunjuk keegoaan dan tinggi diri. Selagi kita tidak bertawadduk selagi itulah kita tidak yakin denga apa yang kita lakukan. Bila berjaya sedikit dah tinggi diri bila gagal lesap terus langsung tak muncul-muncul hanya kerana malu dan takut di atas perbuatan kita yang meninggi diri. Tawadduk sentiasa agar apa yang kita lakukan sentiasa di hormati orang yang sering kita berurusan dengannya.



Hanya dengan keyakinan yang tinggi sahaja kita mampu dan boleh melakukan jualan sepertimana yang di kehendaki. Yakin kepada diri sendiri adalah sumber terbaik bagi motivasi diri setiap masa. Bila kita yakin dengan apa yang kita lakukan segala apa juga yang mendatang pasti boleh di hadapi dengan tabah dan tenang. Jangan mudah merasa cuak dan teragak-agak kerana hendak berjaya perlu penerapan keyakinan yang tinggi dalam diri kita sendiri. Keyakinan sahaja yang berjaya mencipta kepercayaan pada diri sendiri bagi mencapai apa juga yang di ingini.
 
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan