Tiada siapapun yang melakukan jualan mahukan kesilapan terutama ketika
berlakunya proses presentasi dan perundingan dihadapan prospek/pelanggan.
Seboleh-bolehnya perlu mengelak dengan memberikan perkara-perkara yang betul
dan berfakta sahaja. Mungkin kalau ada sedikit kesilapan yang telah dapat di
kesan oleh prospek/pelanggan tersebut akan mengakibatkan hilang kepercayaan
mereka kepada kita. Ini yang harus di risaukan dan di elakkan sama sekali.
Bagi mengelakkan perkara ini terjadi supaya kesilapan dapat di elakkan dan
kesalahan dapat di jauhkan, beberapa kaedah perlu di ambil kira supaya apa yang
kita bentangkan dan apa yang kita persembahkan dapat menyakini
prospek/pelanggan tersebut dengan cara
i.
Bagaimana hendak bertutur
bukannya membantah
Belajar
untuk bercakap kerana bercakap bukannya satu anegerah tapi satu latihan yang
berterusan dan konsisten. Seperti seorang yang ingin memasuki pertandingan
pemidato sudah pasti setiap masa dan hari latihan demi latihan akan dilakukan.
Apabila sudah pandai bercakap memberikan promosi, presentasi dan perundingan
jangan sama sekali pula menunjuk-nunjuk pandai dan berikan bantahan selalu di
hadapan prospek/pelanggan tersebut mengatakan apa yang mereka perkatakan
semuanya salah dan tidak betul melainkan apa yang kita pertuturkan sahaja yang
betul sama sekali. Itulah kesilapan besar yang harus sama sekali perlu dielakkan.
Jangan sama sekali menunjukkan kepandaian kita di takuti nanti
prospek/pelanggan akan menyampah pula tindakan kita.
ii.
Yakin pada diri sendiri
Apa juga
tugasan yang kita lakukan mesti ada keyakinan terlebih dahulu. Tanpa ada
keyakinan pasti tidak dapat untuk melakukannya. Bila tidak yakin mengakibatkan
kita akan berada dalam keadaan tergagap-gagap, serba salah dan tersekat-sekat
apa yang ingin kita perkatakan. Bila ini semua terjadi sudah pasti sebarang
kesilapan dan kesalahan pasti ada berlaku dan terjadi. Elakkan ia dengan
mengetahui produk lebih mendalam, tahu dan kenalkan ia betul-betul dan
banyakkan berlatih secara ‘role-play’
ataupun di hadapan cermin bagi membina keyakinan diri. Bila dah yakin,
apa juga halangan, cabaran dan dugaan sudah pasti akan dapat di hadapi dengan
tenang dan sabar sentiasa tidak kira dengan siapapun kita berhadapan dengannya.
Sudah pasti kita akan berjaya menempuhinya juga.
iii.
Berkata benar dan jujur
Tiada
siapapun yang inginkan berkawan dan bersahabat dengan seorang yang kaki penipu
dan pembohong. Elakkan ia nya berlaku keatas kita. Apabila orang telah ketahui
yang kita ini seorang kaki penipu, pembohong, putar alam dan pembelit sampai
bila-bilapun orang tidak akan mudah percaya lagi ke atas kita. Tidak salah
berkata benar dan jujur semata-mata walaupun kadang-kadang kita ketahui ada
kala dan ketikannya ia nya amat pahit untuk di telan. Tidak mengapa, selagi
terdapatnya kejujuran dan keikhlasan dalam diri kita ini, insyaAllah bukan
sahaja Allah SWT akan turut membantu kita tetapi prospek/pelanggan akan lebih
percaya di atas kewibawaan dan kesungguhan kita melakukan jualan. Bila kita
berkata benar dan jujur secara berhemah dan bertimbang rasa semua kesilapan
yang kita khuatirkan akan hilang begitu sahaja.
iv.
Elakkan dari takut dan malu
Hati kena
kering. Muka selamba sahaja. Selagi kita merasa takut dan malu apabila
berhadapan dengan prospek/pelanggan selagi itulah kita akan gagal melakukan
jualan. Prospek/pelanggan akan berasa selesa apabila berhadapan dengan
seseorang yang yakin melakukan jualan. Yakin dalam menyampaikan presentasi
apatah lagi yakin dalam proses perundingan bagi mendapatkan penutupan jualan.
Semuanya bagai sinar mentari yang memberi sinaran harapan kepada
prospek/pelanggan yang di temui dengan rasa tenang, tabah dan sabar selalu.
Belajar untuk menjadi seorang yang berkeyakinan tinggi dan mempnyai integriti
yang boleh di percayai oleh prospek/pelanggan. Lagi anda yakin lagi mudah
mendapatkan penutupan jualan asalkan kita tidak sama sekali menjadi takabbur
dan bongkak diri dengan mudah dan senang sekali.
v.
Banyakkan bertanya untuk
memahami
Apabila peluang
di berikan, banyakkan bertanya untuk memahami. Ini bermakna kita perlu
mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan produk kita apa yang boleh di
sesuaikan untuk mereka. Elakkan dari bertanya ke arah soalah-soalan yang lebih
peribadi keatas mereka apatah lagi soalan-soalan yang di kira terkeluar dari
sebab sebenar kita melakukan jualan. Lagi banyak bertanya apa yang di mahukan
lagi kita fahami dan tahu untuk tentukan apa produk yang sesuai baginya untuk
di tawarkan keatasnya. Sebaik-baiknya apabila kita rasakan kita sudah
mengetahui apa yang mereka mahukan, tanyakan semula sebagai satu pengesahan
supaya tiada sebarang salah taksiran berlaku nanti. Lebih baik berhati-hati
dahulu dari mudah melakukan kesimpulan terlebih dahulu.
Selagi boleh kita elakkan itulah tindakan yang sebaik-baiknya. Jangan
bermain api kelak membakar kita juga yang susah. Bila kerap sangat berlaku
kesilapan dan kesalahan yang kita lakukan periksa balik adakah tindakan selama
ini yang kita lakukan masih betul atau tidak. Selagi kita tidak muhasabah
selagi itulah kita akan berasa selesa dan menganggap segala tindakan kita
selama ini adalah betul dan benar semata-mata. Pertingkatkan pengalaman dan skil
kita. Tambahlah ilmu di dada dengan di isi sebanyak yang boleh. Ilmu tidak akan
pernah habis dan ilmu tidak akan menunggu kita. Carilah dia kerana ilmu ini
berada sentiasa di sekeliling kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan