
Hanya kerana hadirnya Ramadhan ini kita hanya fokus untuk berpuasa sahaja
tanpa menilai perkara-perkara ibadah yang lain yang sepatutnya kita amat
bersemangat untuk melakukannya. Hanya kerana kita melakukan jualan yang sering
keluar masuk pejabat demi untuk bertemu prospek/pelanggan, kita terlupa dan
terabai ibadah kita terhadap Allah. Ini yang perlu kita risaukan. Ini yang
perlu kita elakkan.
Seperti mana yang telah
diperkatakan, di masa inilah kita perlu mengambil kesempatan kerana ganjaran
yang bakal kita peroleh cukup besar ganjaran yang tidak akan boleh kita dapati
semasa bulan-bulan yang lain. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya
"Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa
dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata "
Melainkan puasa, kerana ia untuk Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka
meninggalkan syahwat dan makanannya kerana Ku." Bagi orang yang berpuasa
akan mendapat dua kegembiraan iaitu kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan
semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana
berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Kasturi." (Hadis Riwayat
al-Bukhari dan Muslim dari hadith Abu Hurairah RA.)
Bersedialah kita untuk memberikan
khidmat yang terbaik kepada prospek/pelanggan kita ketika melakukan jualan.
Tiada ada satu pun perkara yang senang apatah lagi yang mudah untuk dihadapi
melainkan usaha yang berterusan dan konsisten yang kita lakukan walaupun kita
dalam keadaan berpuasa. Antara yang perlu dilakukan adalah
i.
Sentiasa berniat untuk membantu
Dalam jualan
kita berpuasa atau tidak, kita disarankan untuk membantu orang ramai. Lagi
ramai yang kita bantu lagi besar ganjaran yang Allah akan berikan kepada kita.
Jangan dikira berapa ganjarannya tapi dikira berapa ramai yang telah dapat kita
bantu orang yang kita temui merasa gembira dengan produk yang kita tawarkan.
Ini yang sepatutnya kita lakukan dan bersyukur ke hadrat Allah yang sentiasa
memberikan kesihatan yang terbaik, ketabahan dan kesabaran untuk kita dapat
melakukannya. Daripada Abu Hurairah Rasulullah SAW bersabda bermaksud ‘Sesiapa
yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan
diampuninya segala dosanya yang telah lalu. (Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn
ah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud majah, Ibn Habban
dan Baihaqi)
ii.
Jangan sama sekali menipu atau berbohong
Dari Abu Hurairah, telah berkata, Rasulullah SAW telah
bersabda bermaksud " Barang sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata
dusta, dan tetap mengamalkannya, maka Allah sekali-kali tidak berhajat (atas
amalannya) meskipun dia meninggalkan makanannya serta minumannya ". (Hadis
Riwayat Al-Bukhari ). Berlaku jujur sentiasa agar amal ibadah kita dapat dikira
sebagai seorang yang penat berpuasa sahaja menahan diri dari makan dan minum.
Jangan kerana kepentingan diri sendiri kita sanggup berbohong,berdusta dan
kelentong semua orang yang kita temui.
iii.
Jangan mencari alasan
Sebarang apa juga masalah, dugaan dan rintangan yang di
hadapi jangan sama sekali mencari alasan untuk melepas diri. Kerana berpuasa
kita elakkan diri untuk melakukan itu dan ini walaupun kita tahu ini adalah
tugasan kita. Cari banyak alasan elakkan diri untuk melakukan jualan pada
prospek/pelanggan. Elakkan sama sekali. Bertawakal sentiasa agar apa yang kita hadapi
dan harungi perlu dilalui dengan tabah dan tenang. Berhati-hati dengan apa yang
kita lalui. Dari Abu Hurairah, telah berkata, Nabi Muhammad SAW telah bersabda
maksudnya " Puasa itu tidaklah menahan makan dan minum semata-mata, tetapi
puasa juga adalah menahan dari perbuatan sia-sia dan keji. Jika ada orang
mencela kamu, maka katakanlah : Aku berpuasa, aku berpuasa [Hadis Riwayat oleh Ibnu Khuzaimah)
iv.
Banyakkan berdoa
Pastikan berdoa
sentiasa kerana doa adalah senjata terbaik bagi orang-orang Mukmin. Sabda
Rasulullah SAW bermaksud "Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang
berpuasa, doa orang yang dizalimi, dan doa orang yang musafir" (Hadis Riwayat
al Bukahri Ahmad dan Tarmizi)

Lakukanlah sebaik yang
mungkin kerana perancangan merebut peluang amat penting
seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “Rebutlah
lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama, masa sihat sebelum sakit.
Kedua, masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga, masa lapang
sebelum tiba masa sibuk. Keempat, masa muda sebelum datang masa tua, dan
kelima, masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi). Lakukanlah
sebaik mungkin di kala Allah mengizinkan lagi ketika bernafas di muka bumi ini.

SALAM RAMADHAN AL
-MUBARAK 1432H, MOHON KEMAAFAN DAN SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan