Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 5 Julai 2012

Akibat kalau Tumpuan tidak diberikan


Adat orang menjual, apabila kita memberi perhatian sepenuhnya malang buat kita kerana prospek/pelanggan seperti buat endah tak endah sahaja kepada kita. Berikan penerangan sewajarnya, beri apa yang ada dalam produk kita di tambah nilainya namun prospek/pelanggan masih lagi di tahap yang sama. Itulah dugaan bagi kita yang melakukan jualan pasti ada halangan, cabaran dan dugaan yang perlu kita tempuhi dengan ketabahan dan kesabaran yang tinggi dan sepatutnya.

Apa jadi kalau prospek/pelanggan yang memberikan perhatian sepenuhnya kepada kita tapi kita pula yang buat endah tah endah sahaja? Tidak serius dan mengambil berat akan apa yang telah diberikan oleh prospek/pelanggan yang berada di hadapan kita. Sesuatu yang perlu dielakkan oleh kita hanya disebabkan kita tidak memberikan perhatian sepenuhnya kepada mereka. Terdapat banyak kesan negatif jika sikap kita tidak memberikan perhatian sepenuhnya kepada prospek/pelanggan yang berada di hadapan kita iaitu

i.                    Kewibawaan kita di ragui
Prospek/pelanggan pasti akan terasa hati hanya di sebabkan kita tidak fokus dan berikan perhatian yang tidak sepatutnya. Sampai bila-bila nanti mereka pasti tidak akan mempercayai apa yang kita perkatakan nanti walaupun apa yang kita perkatakan adalah benar dan jujur terhadapnya. Hanya kerana sikap kita yang negatif ini habis kepercayaan orang terhadap kita. Bila mereka sudah tidak mempercayai kita bagaimana kita boleh lakukan jualan lagi. Inilah masalah yang kita cipta sendiri yang perlu di tanggung  juga oleh kita sendiri juga.

ii.                  Nama kita akan terjejas
Bila prospek/pelangan sudah tidak percaya kepada kita bermakna reputasi dan nama kita akan habis dan memberi kesan yang tidak baik dalam satu jangka masa yang panjang. Hanya kerana tidak berikan tumpuan dan perhatian imej kita sendiri terjejas teruk. Kalau setakat nama kita sendiri sahaja yang terjejas mungkin tak apalah tapi masalahnya rakan sekerja dan organisasi yang kita wakili ini akan turut sama terjejas teruk. Inikah yang kita mahukan? Tepuk dada tanyalah selera bagaimana.

iii.                Kesan kepada hebahan mulut
Jangan terkejut kalau kita rasakan cukup sukar lakukan jualan tidak sepertimana rakan seperjuangan kita yang lain lakukan. Hanya kerana seorang dua prospek/pelanggan yang kita tidak seberapa berikan tumpuan dan berikan perhatian sepenuhnya musnah karier kita dalam melakukan jualan. Jangan menduga sama sekali ianya cukup mudah melakukan jualan. Kena fikirkan sekali tentang emosi dan perasaan seseorang yang telah kita kecewakan begitu sahaja. Kerana itu kita sendiri kena fikirkan dahulu apa tindakan yang sewajarnya sebelum kita lakukan apa juga. Tindakan yang salah pasti akan membawa satu keputusan yang salah juga. Berhati-hati dalam setiap tindakan dan layanan kita kepada prospek/pelanggan

iv.                 Jangan pilih kasih atau berat sebelah
Ini yang kita takuti. Terlalu memandang darjat, pangkat dan keturunan kita kurang berikan tumpuan dan perhatian sewajarnya. Semua prospek/pelanggan yang berada di hadapan ataupun yang di temui, kita kena anggap semuanya sama sahaja layanannya. Jangan dibezakan apatah lagi ada perbandingan pula kita berikan. Elakkan ia terjadi. Tidak kira siapa juga prospek/pelanggan kita layan, presentasi dan penerangan kena bagi sama kefahamannya. Tumpuan dan perhatian sepatutnya perlu kita berikan dengan sepenuh hati dan jiwa kita.

v.                   Jangan anggap mudah
Bukan dipermudahkan tapi jangan sama sekali memberi anggapan kepada seseorang dengan begitu senang sama sekali. Lakukan tugasan dengan sambil lewa, tiada kesungguhan dan tiada rasa tanggung jawab sudah pasti kita sendiri yang akan merasa pahit dan merana nanti. Kita sendiri yang menghancurkan karier kita sendiri. Jangan anggap mudah tapi sentiasa kena ingat untuk serius dan bersungguh melakukan tugasan dalam jualan. Hanya kita sendiri sahaja yang dapat membetulkan diri kita dan menjadikan kita leih berdisiplin dan bertanggungjawab akan apa yang telah di amanahkan kepada kita.

vi.                 Tabiat yang tidak baik akan berlarutan
Selagi kita tidak fokus dan tidak mahu berubah, selagi itu kita akan merasa amat sukar untuk mengecapi kejayaan. Hendak berjaya kita kena berubah untuk mencapai kemenangan. Jangan asyik terleka dan merasakan apa yang kita telah lakukan selama ini betul sahaja. Fikirkan kesannya. Tinggalkan sifat dan kelakuan kita yang tdak baik. Berubah segera kepada yang memberikan impak yang positif kepada diri kita sendiri demi kemajuan karier kita dalam jualan. Selagi kita kekalkan apa yang tidak baik dikhuatiri nanti ianya akan kekal menjadi satu tabiat yang negatif berkekalan dalam diri kita sendiri.

Pastikan selepas ini bila berhadapan dan bersemuka dengan mana-mana prospek/pelanggan, beri perhatian dan tumpuan sewajarnya. Jangan sama sekali kita buat endah tak endah sahaja. Kita yang lakukan jualan sepatutnya kita yang kena bagi lebih tumpuan kepada mereka dan bukan sama sekali mereka pula yang beri tumpuan sepenuh hati kepada kita. Terlepas satu oportuniti tidak bermakna kita boleh terlepas lagi di masa-masa akan datang. Perbetulkan segera sikap kita agar prospek/pelanggan akan menjadi lebih mudah lagi menerima tawaran dari kita nanti.
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan