Apabila prospek/pelanggan berada di
hadapan kita, bermula episod tanya menanya sama ada kita bertanya kepada
prospek/pelanggan atau sebaliknya. Yang pasti penerangan dan kefahaman harus
diberikan dengan sebaik mungkin dan pastikan juga agar ianya tidak mudah sama
sekali kita sewenang-wenangnya berkata ‘TIDAK’. Itulah perbualan yang perlu di
jaga terlebih dahulu. Jangan sama sekali berkata ‘TIDAK’ kepada
prospek/pelanggan yang di temui melainkan setelah kita mendalami perbualan
tersebut dan ternyata transaksi urusniaga atau penawaran tidak dapat di lakukan
barulah kita di benarkan mengatakan ‘TIDAK’.
Kenapa jangan berkata ‘TIDAK’? Apabila
kita dengan mudah berkata ‘TIDAK’ ini bermakna
i.
Sebagai
satu penamat atau penutup perbualan
ii.
Mematikan
harapan prospek/pelanggan yang di temui
iii.
Mengakibatkan
terputusnya hubungan
iv.
Mematikan
ayat perbualan
v.
Tiada
fleksibiliti akan di lihat oleh prospek/pelanggan dari pihak kita
vi.
Mudah di
fahami oleh sesiapapun
vii.
Ianya
tiada maksud yang terselindung ataupun yang tersirat
Fikir
dahulu sebelum mudah mengatakan ‘TIDAK’. Impaknya sungguh besar kepada
prospek/pelanggan. Sepatutnya mungkin satu produk sahaja yang beliau tidak
layak dan mungkin pula tidak semua produk yang beliau tidak boleh. Lakukan
secara berhemah dan berbudi bahasa dengan penggunaan perkataan yang baik dan
mudah di terima orang. Yang penting jangan beri prospek/pelanggan tersebut
mudah merasa tersinggung dan berasa hati hanya kerana perkataan ‘TIDAK’ yang
kita perkatakan kepadanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan