Ada kenalan mengatakan orang yang
menceburi bidang jualan ini sama sahaja macam orang politik. Bahagian kalau nak
goreng bukan main lagi hebatnya. Betul ke? Tak sangka pula ada orang yang akan
membandingkan orang yang melakukan jualan ini macam orang politik pula. Katanya
masing-masing akan cuba menjual menggunakan kemahiran dan skil yang ada cuma
yang bezanya adalah cara dan kaedahnya sahaja.
Termenung juga di buatnya. dengan
berdasarkan niat di hati untuk membantu seramai yang boleh, selesaikan
permasalahan orang, berkeupayaan memperolehi komisen dan maju dalam karier
jualan masih ada lagi yang mengganggap seumpama seperti orang yang menceburi
bidang politik. Memang tidak pernah terfikir tapi elok juga kita fikirkan
kebenarannya.
Bagi menguatkan lagi hujahnya berikut di
berikan perbandingannya
ORANG POLITIK
|
ORANG YANG MENJUAL
|
Tawar harapan
|
Tawar produk
|
Berkempen
|
Presentasi
|
Bantu orang ramai apa yang tidak
kepuasan hatinya
|
Bantu orang selesaikan apa juga
masalah yang dihadapinya
|
Berkehendakkan kuasa
|
Berkehendakkan komisen
|
Jual tunjukkan kepimpinan
|
Jual tunjukkan produk
|
Tarik sokongan
|
Tarik pelanggan
|
Utamakan penyokong
|
Utamakan pelanggan
|
Mahir berkata-kata
|
Mahir berikan penerangan
|
Sasaran utama : PRU
|
Sasaran utama : Pendapatan
|
Pelbagai ideologi
|
Pelbagai produk
|
Terpampang di akhbar-akhbar
|
Terpampang di flyers-flyers
|
Kumpul nama bakal-bakal penyokong
|
Kumpul nama bakal-bakal pelanggan
|
Sentiasa fikirkan pengaruh
|
Sentiasa fikirkan pulangan
|
Mewakili parti
|
Mewakili organisasi
|
Bagaimana? Apa pandangan kita semua pula?
Adakah perlu kita di kaitkan dengan orang yang menceburi bidang politik?
Fikirkan ia dari satu sudut yang positif. Jangan tersalah anggap kerana bidang
jualan adalah terlalu besar dan banyak yang perlu kita ketahui lagi tentang
skil dan kemahirannya. Bertuah untuk kita semua kerana masih menjadikan lagi
karier jualan sebagai punca rezeki dan pendapatan utama.
Berikan perhatian sewajarnya dalam
melakukan jualan. Perhatikan apa yang orang politik lakukan. Ambil iktibar dan
pengajaran yang sepatutnya. Cuma tindakan berhati-hati perlu ada. Antara yang
perlu kita berhati-hati dalam melakukan jualan adalah
i.
Setelah berikan komitmen, tunaikan.
Jangan
malukan nama kita sendiri apatah lagi nama organisasi yang kita wakili. Apa
juga komitmen yang telah kita berikan dan sampaikan kepada pelanggan kita,
tolong jangan buat-buat lupa dan tangguhkan. Tunaikan dan jalankan kewajipan
kita segala perkara yang telah kita janjikan. Sampai mati nanti pelanggan
tersebut tidak akan percaya pada kita andai kata kita memungkiri mereka. Kerana santan pulut binasa kerana mulut habis
diri kita pula yang binasa dibuatnya kalau kita sendiri tidak menjaga apa-apa
komitmen yang telah diberikan.
ii.
Berkata apa sahaja asalkan prospek/pelanggan bersetuju
Jangan
pandai berkata-kata manis sahaja. Matlamat menghalalkan cara. Jangan amalkan.
Kerana inginkan penutupan jualan boleh di perolehi habis semuanya kita katakan,
tabur pelbagai janji-janji manis asalkan pelanggan dengan mudah cukup
terpengaruh dengan apa yang kita sampaikan. Janji dapat jual. Fikir semula
tindakan kita di takuti nanti pelbagai perkara dan tanggapan negatif akan
datang semula kepada kita.
iii.
Kita insan yang masih banyak lagi kekurangannya
Jadilah
seorang yang mudah di tegur dan di beri pembetulannya semula agar segala
tindakan kita tidak tersasar jauh dari landasan yang sepatutnya. Jangan jadikan
diri kita apabila di kritik dan di beri teguran, habis melenting di buatnya.
Mengadu dumba ke sana ke sini mencari simpati pula asalkan diri sendiri
merasakan apa yang kita buat selama ini betul dan benar sahaja. Kita merasakan
apa yang orang lain itu kata semuanya salah dan tidak betul sama sekali.
Sentiasa beringat yang kita di jadikan manusia bukanlah sentiasa betul dan
benar, pasti ada kelemahan di mana-mana. Berubah ke arah yang lebih positif
tidak mengapa asalkan ianya boleh perbetulkan diri kita semula ke jalan yang
sepatutnya.
Orang politik biarlah dengan cara dan stailnya sendiri. Kita yang melakukan
jualan biarlah pula dengan cara dan kaedah kita pula. Jangan di samakan apatah
lagi perlu di tiru segala-galanya. Jangan sampai pelanggan kita memberikan dan
menyalurkan maklumat dan info kepada kenalannya yang kita ini terlalu sibuk
melakukan jualan di sebabkan ingin mendapatkan seberapa banyak imbuhan dan
pulangan kepada diri kita sendiri. Perbetulan cara kerja kita agar kita lebih
banyak tertumpu kepada menolong dan membantu seseorang memberikan penyelesaian
kepada permasalahan yang di tanggungnya selama ini. Banyak pahala nanti Allah
anugerahkan kepada kita di samping pemberian rezeki yang melimpah ruah tidak
terkira dan terduga oleh kita sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan