Tension juga kalau di fikirkan tatkala
dalam melakukan penutupan jualan, prospek/pelanggan masih enggan dan sukar
memberikan kata putus darinya. Penat macam ni. Dah diberi penerangan tapi prospek/pelanggan
masih buat muka blurr sahaja. Nak di paksa tak boleh nak di pujuk nanti di
katakan tak beri peluang kepadanya buat keputusan. Habis tu agak-agak nak buat
macamana? Mesti ada sesuatu yang perlu dilakukan terlebih dahulu.
Dalam keadaan seperti ini, adalah
penting buat kita untuk memahami dahulu kenapa perkara seperti ini berlaku.
Mungkn ada sebabnya kenapa liat dan sukar sangat nak berikan keputusan sama ada
menerimanya ataupun tidak. Antaranya berkemungkinan mungkin di sebabkan
i.
Prospek/pelanggan
merasakan bukan ada kepentingan buat dirinya
ii.
Prospek/pelanggan
tidak mahu terburu-buru melakukan keputusannya
iii.
Prospek/pelanggan
tahu yang mereka bukanlah orang yang melakukan jualan
iv.
Prospek/pelanggan
belum bersedia untuk membelinya
v.
Prospek/pelanggan
hanya hendak ambil tahu sahaja
vi.
Prospek/pelanggan
merasakan kita hanya mengganggu masa mereka sahaja
Macam-macam sebabnya kenapa masih tak
boleh lagi berlaku penawaran yang di lakukan tetap masih tidak di terima.
Sentiasa perlu di ingati setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Jadi jangan
mudah untuk di kuatiri apatah lagi perlu di takuti. Yang penting dan perlu
untuk di ingati setiap langkah dan perbuatan kita jangan sama sekali kita
pastikan tiada langsung bersikap terburu-buru, terhegeh-hegeh ataupun kemaruk
perasaan di tunjukkan dan di tonjolkan kepada prospek atau pelanggan di hadapan
kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan