“Tiada perbuatan yang baik akan berakhir di situ sahaja. Satu perbuatan
baik akan disambung dengan suatu perbuatan baik yang lain. Contoh yang baik
akan diikuti. Satu perbuatan yang baik akan
menghasilkan akar yang akan bergerak kesemua arah, yang mana akar-akar
ini akan tumbuh menjadi pokok baru. Apa yang paling hebat terhasil daripada
perbuatan baik terhadap orang lain ialah ia menjadikan orang yang berbuat baik
itu baik terhadap dirinya sendiri.” - Amelia Earhart
Semua orang yang menceburi bidang jualan pasti
berkehendakkan kejayaan. Belum pernah lagi didengari sesiapa yang memasuki
bidang ini berkehendakkan kepada kegagalan. Apabila memerlukan kejayaan adakah
kita telah melakukan perkara yang sewajarnya? Sepatutnya kita perlu elakkan
segala perkara-perkara yang tidak mendatangkan kebaikan didalam diri kita yang
membolehkan dan menyebabkan kita begitu longlai dan jatuh tersungkur menemui
kegagalan pula. Berubah segera supaya tidak sama sekali menjadi satu tabiat dan
amalan yang tidak sepatutnya dilakukan.
Ketahui apa yang sepatunya tidak elok untuk dilakukan
dengan sewenang-wenangnya. Elakkan sama sekali menjadi seorang yang melakukan
jualan menjadi seorang penjual yang teruk di pandang orang. Tiada langsung
inisiatif untuk berubah mencapai kejayaan. Ini yang perlu di elakkan dan jangan
sama sekali diterapkan. Apa yang dimaksudkan perangai atau kelakuan yang teruk
adalah
Ø Lemah
atau mungkin tiada perancangan dan persiapan sebelum semasa dan selepas
melakukan jualan
Ø Masih
teraba-raba melakukan pencarian prospek atau bakal-bakal pelanggan.
Langsung tiada satu sistem yang terbaik buat diri kita untuk melakukannya
Ø Tidak pernah
tepat
pada waktunya ketika menemui prospek setelah temu janji di perolehi
Ø Soalan-soalan
yang di kemukakan bukan ke arah memahami keadaan yang diperlukan
untuk mencari penyelesaian masalah prospek
Ø Presentasi
dan penerangan yang diberikan tidak selari dengan kehendak organisasi
yang diwakili.
Ø Tidak prihatin dan
peka
kehendak dan kemahuan prospek yang ditemui
Ø Menangguh-nangguhkan
tindakan sewajarnya
dan tiada tindakan segera yang perlu di lakukan
Ø Terlalu mementingkan
diri sendiri sahaja tanpa menghiraukan semangat berpasukan dan rakan
sekerja yang lain
Ø Terlalu di manjakan
sehingga mengharapkan sentiasa orang lain yang membekalkan pelanggan kepada
dirinya tanpa perlu bersusah payah untuk
mencarinya
Ø Merasakan dirinya
sahaja yang betul
sehingga teguran yang diberikan tidak diendahkan sama sekali.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud ‘Bersegeralah melakukan perbuatan yang baik kerana akan
terjadi fitnah laksana sepotong malam yang gelap’ (Hadis Riwayat
Muslim)
Perkara-perkara
yang negatif ini sebenarnya ada banyak lagi yang boleh di ketengahkan untuk
tatapan kita semua. Cukup lah sekadar apa yang ada ini untuk kita sama-sama
berubah menjadi seorang insan yang positif dan tahu apa yang perlu dilakukan.
Ketahui amanah yang perlu di pikul dan diusahakan. Keputusan akhir dalam
tugasan jualan adalah kejayaan karier kita dalam melakukan jualan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan