Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Jumaat, 27 Julai 2012

Berkongsi Idea Walaupun Melakukan Jualan


Kita umpama seorang konsultan yang sentiasa bertemu dan berjumpa prospek/pelanggan bagi tujuan mengetahui demi cuba sedaya upaya bagaikan seorang doktor perubatan untuk selesaikan segala permasalahan yang di hadapinya. Apa yang perlu kita lakukan apabila berhadapan dengan mereka adalah dengan tujuan kenal pasti apa masalah yang di hadapinya, menerangkan dengan baik dan jelas tentang apa yang telah kita fahami dari permasalahan yang telah di maklumkan kepada kita serta menjadi pendengar  yang terbaik setelah kita kemukakan kepada mereka soalan-soalan berkualiti untuk mereka memberi jawapannya semula kepada kita.

Tunjukkan kepada mereka yang kita benar-benar serius dan bersungguh untuk membantu mereka. Cari dan ciptakan nilai tambah apa yang ada dari kita kepada prospek/pelanggan berkenaan dengan menawarkan kepada mereka

i.                    Bagaimana untuk membantu sebaik yang mungkin
Jangan fikirkan perolehan komisen atau pendapatan tambahan terlebih dahulu. Tapi fikirkan apa sumbangan diri kita untuk membantu prospek/pelanggan tersebut sebaik mungkin. Biar prospek/pelanggan merasakan kehadiran diri kita amat berlainan sangat dengan kehadiran pesaing yang telah bertemu dengan mereka terlebih dahulu.

ii.                  Nyatakan penyelesaian terbaik kepada mereka
Sesuaikan apa produk yang sepatutnya. Jangan disamakan satu produk pada semua orang. Ketahui apa masalahnya supaya kita lebih peka dan tahu kesesuaian produk yang di tawarkan kepadanya

iii.                Apa tindakan sepatutnya untuk mereka lakukan
Cadangkan dan beri alasan yang kukuh dan logik kepada prospek/pelanggan kenapa produk yang di tawarkan amat berguna kepada mereka. Tunjukkan tindakan-tindakan yang perlu mereka lakukankan seiring dengan aturan, polisi dan prosidur tempat kita bertugas mahukan. Bantu mereka untuk permudahkan jangan disukarkan. Kelak nanti di akhir waktu akan berjalan lancar seperti mana yang di kehendaki.

iv.                 Dimana ketelusan mereka menerima apa yang kita telah cadangkan dan utarakan.
Sentiasa ingatkan dan jangan sama sekali diabaikan. Beri kefahaman yang jelas, padat dan ringkas kepada mereka agar mereka benar-benar fahami dan tiada alasan untuk mereka menolak apa lagi yang di perlukan oleh mereka. Selagi prospek/pelanggan tidak fahami selagi itulah pelbagai alasan, bangkangan dan berdiam diri sahaja akan berlaku keatas mereka.

Cuba berikan idea-idea yang baik dan bernas kepada mereka. Tunjukkan kita sanggup berkongsi idea kepada mereka seolah-olah kita begitu prihatin kepada mereka. Jangan kedekut ilmu apatah lagi begitu risau yang kita gagal memberikan idea-idea menarik kepada prospek/pelanggan tersebut. Keyakinan diri amat di perlukan di sini. Selagi idea-idea dan buah fikiran tidak di lontarkan kepadanya selagi itulah berkemungkinan prospek/pelanggan akan kabur dan sukar lagi untuk menerima apatah lagi melakukan keputusan untuk menerima tawaran yang di tawarkan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan