
Tidak dinafikan melihat ketika
bertemu dengan prospek akan memberikan satu kelebihan kepada kita untuk
melakukan jualan dengan lebih baik lagi ketika terdapat satu suasana yang ceria
dan segar. Prospek yang tidak kenali apatah lagi prospek yang juga tidak
mengenali kita amat mengharapkan agar ada unsur-unsur bersopan santun dan
berhemah kelakuan terjadi dan berlaku terlebih dahulu. Sebaik-baiknya jangan
berlaku di awal pertemuan mengeluarkan idea-idea yang humor dan sinis kepada
prospek yang kita temui kerana di takuti prospek tersebut akan mudah terasa
hati apatah lagi mungkin boleh mendatangkan kemarahan seseorang. Walaupun niat
kita itu cukup murni dan suci tapi perlu berhati-hati dengan tindakan kita
walaupun kita hanya melakukannya untuk
i.
Menarik minat prospek
kepada kita
ii.
Menonjolkan kebolehan kita
yang cukup kreativiti
iii.
Seolah-olah mengambil berat
yang dirasakan cukup tegang dan memboringkan
iv.
Menghidupkan suasana yang
mungkin hambar dirasakan
v.
Memberikan satu hiburan
terlebih dahulu
vi.
Ingin merapatkan lagi
hubungan dan silaturrahim dengan prospek yang ditemui

Tiada ulasan:
Catat Ulasan