Jangan biarkan prospek/pelanggan yang ditemui merasa berseorangan dalam
menentukan keputusan dapat dicapai. Berikan idea-idea yang bernas lagi logik
supaya prospek/pelanggan boleh berfikir secara rasional dan baik. Kerana itu
kita di tuntut melakukan presentasi yang agak ringkas dan mudah untuk di
fahami. Banyakkan memberikan idea-idea yang berfakta supaya logik akal dapat
dipergunakan dengan baik sama sekali.
Sentiasa perlu diingati, memberi dan menyatakan buah fikiran dan idea-idea
tentang produk yang di tawarkan ini terlebih dahulu kepada prospek/pelanggan
adalah di kira amat penting juga di sebabkan
i.
Perolehi dan dapatkan kebenaran dari prospek/pelanggan untuk kita berkongsi idea dan
maklumat kepada mereka
ii.
Sedaya upaya mencuba untuk berikan satu jalan penyelesaian terbaik ke atas permasalahan
mereka.
iii.
Cipta dan naikkan semangat mereka supaya
prospek/pelanggan tersebut ingin tahu
dengan lebih mendalam lagi
iv.
Buang andaian yang mereka telah mengetahuinya
terlebih dahulu tanpa penerangan sewajarnya dari kita.
v.
Permudahkan dan jangan sama sekali di sukarkan
kepada prospek/pelanggan untuk menerima tawaran yang di kemukakan.
Teruskan usaha demi mendapatkan seramai prospek/pelanggan yang di
kehendaki. Jangan sama sekali membirkan satu peluang yang terhidang di hadapan
mata akan terlepas begitu sahaja. Kena belai terlebih dahulu. Nak dapatkan
perhatian orang kena berbaik-baik dahulu, berkongsi idea dan pendapat
seterusnya selesaikan apa juga masalah yang di tanggungnya selama ini dengan
baik sama sekali. Jangan mudah sangat putus asa kerana selagi cepat kita
berputus asa lagi cepatlah kejayaan paling liat untuk menghampiri diri kita.
Yakin dan tenang sentiasa ada dan perlu di semai pada diri kita sendiri. Ilham
yang datang pasti memberikan curahan idea kepada kita apabila berhadapan dengan
prospek/pelanggan. Bersyukur kehadrat Allah SWT atas pemberian ilham kepada
kita yang tidak pernah putus-putus dan lokek kepada kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan