Melihat Dr Azizan Osman LIVE di marketingpower.com.my/live pada seminar
terakhirnya MARKETING POWER secara yang di adakan di Dewan Menara PGRM, Cheras
pada 30hb Jun 2012 memang menyeronokkan. Banyak ilmu-ilmu baru yang boleh kita
dapati dan manfaatkan untuk karier kita. Satu inisiatif yang baik dari Dr
Azizan Osman membenarkan Seminarnya ditunjukkan pada umum sebagai satu tatapan
dan pengetahuan kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan ilmu dan
pengetahuan yang dicari-cari selama ini.
Antara perkara yang menarik minat saya adalah katanya ‘JANGAN MENJUAL’. Ia
Jangan Menjual tapi fokus kepada membantu. Kenapa pula perlu membantu? Ini
menurut beliau dalam perniagaan, 2 matlamat asas kepada perniagaan adalah
i.
Bantu selesaikan masalah orang lain
ii.
Menambah nilai kepada hidup orang lain
Inilah yang dimaksudkan oleh Dr Azizan, katanya kena berkongsi sama apa
juga yang kita lakukan dengan orang lain. Bantu selesaikan apa masalah yang
ditanggungnya dan memberi nilai tambah kepada kehidupan orang lain. Yang perlu
diutamakan terlebih dahulu dalam melakukan jualan sebelum memikirkan pulangan
yang bakal kita hadapi.
Satu konsep yang betul dan benar. Sebelum menikmati keuntungan yang banyak,
bantu dan tolong orang terlebih dahulu. Fikirkan kebajikan dan bantuan pada
orang lain sebelum boleh fikirkan keuntungan yang bakal kita perolehi. Seperti
konsep berdakwah, jangan difikirkan kesukaran kita melakukan dakwah kepada
orang tetapi fikirkan berapa ramai yang boleh dimanfaatkan ilmu yang telah kita
dakwahkan ke jalan yang benar lagi lurus perbetulkan hidup dan kesetiaan kepada
yang Maha Esa. Memang akan terjadi dan berlaku banyak dugaan, cabaran dan
dugaannya tidak terperi. Tapi ganjarannya? Hanya Allah sahaja yang
mengetahuinya.
Kerana itu apabila kita hendak melakukan jualan apa yang harus kita lakukan
adalah
i.
Niat dengan betul supaya tindakan kita
diperbetulkan dahulu.
ii.
Bantu dan tolong seramai yang mungkin
iii.
Fikirkan pada orang lain dahulu sebelum fikirkan
tentang diri kita terlebih dahulu. Senang mereka senang juga kita nanti.
iv.
Mendidik diri kita agar tidak tamak dan
pentingkan diri sendiri
v.
Keuntungan akan datang dengan sendirinya apabila
orang telah berpuas hati dengan apa yang telah kita jualkan
vi.
Ganjaran Allah akan kita peroleh kerana niat dan
tindakan kita terlebih dahulu adalah untuk membantu dan memenuhi apa yang
mereka mahukan dan perlukan
vii.
Untung di dunia untung di akhirat
Suatu kisah yang diriwayatkan oleh 'Umar bin Jabir, pada suatu hari, di
waktu tengah hari beliau ('Umar bin Jabir) sedang berehat-rehat bersama-sama
Rasulullah, tiba-tiba datang satu kaum yang sangat miskin dalam kehidupan
seharian pekerjaan mereka sebagai pemburu, di mana keadaan ekonomi ketika itu sangat
susah dan lemah. Rasulullah amat simpati dan berubah wajah baginda menampakkan
kesedihan. Oleh kerana kaum ini sangat mundur dan berhajat kepada pertolongan
pada waktu itu, maka Rasulullah s.a.w. masuk ke dalam rumah kediamannya,
kemudian beliau keluar dan menyuruh Bilal melaungkan azan dengan tujuan
memanggil orang ramai supaya berhimpun. Kemudian Rasulullah sembahyang sunat
dua rakaat dan baginda terus berpidato dengan tujuan meminta dan menyeru kepada
orang ramai agar memberi pertolongan dan bantuan kepada kaum yang datang supaya
dapat melapangkan keadaan ekonomi kaum tersebut.
Tidak lama kemudian datanglah seorang lelaki bersedekah dengan memberi wang
ringgit, pakaian dan juga bahan-bahan makanan, selepas itu diikuti beberapa
orang lelaki yang terdiri daripada golongan Ansar dengan memberi bantuan seperti
makanan, pakaian yang secukupnya kepada kabilah tersebut, sehinggalah
Rasulullah s.a.w. berkata: "Bersedekahlah kamu walaupun sebiji buah
tamar", kata-kata Rasulullah itu memperlihatkan wajahnya kembali bersinar
putih bersih tanda kegembiraan di atas sambutan oleh orang ramai itu, kemudian
Rasulullah bersabda:
‘Sesiapa yang menyumbang ke arah pembangunan Islam akan satu
sumbangan yang baik, maka baginya pahala di atas apa yang disumbangkan dan
pahala sesiapa yang beramal dengan sumbangan tersebut dengan tidak mengurang
sedikit pun pahala mereka, dan sesiapa yang menyumbang dalam Islam ke arah
keburukan adalah baginya dosa dan dosa orang yang beramal dengannya selepas
dari mereka, tanpa mengurang sedikit pun dosa mereka yang sedia ada’
(Riwayat Muslim)
Pengajaran daripada hadis di atas dapat difahami bagaimana Rasulullah
membuka jalan sebagai laluan kepada orang Islam untuk menolong saudaranya yang
dalam kesusahan, kegawatan ekonomi, menghadapi situasi mengharungi arus
kehidupan, serta membasmi kemiskinan dan kefakiran dengan apa sahaja yang mampu
diberi sebagai tanda simpati serta menghulur bantuan sama ada makanan, pakaian
ataupun wang ringgit.
Imam Malik pernah berkata ‘Apabila seseorang insan itu tidak memperlihatkan
kebaikan pada dirinya maka orang ramai tidak mengakui kebaikan padanya’.
Firman Allah SWT bermaksud “Tolong-menolonglah kamu dalam perkara
kebaikan dan ketakwaan, dan jangan sekali-kali kamu memberi pertolongan di atas
perkara kejahatan dosa yang membawa kepada perseteruan, dan takut oleh mu akan
Allah. Sesungguhnya Allah akan mengenakan seksaan yang amat dahsyat’.
(Surah Al-Maidah: 2)
Sabda Rasulullah SAW ‘Allah akan sentiasa membantu hamba Nya selagi
mereka saling membantu antara satu sama lain’ (Diriwayatkan oleh Imam
Ahmad dan Imam Abu Daud)
Jadi tunggu apa lagi,
jelas di paparkan di sini betapa terlalu banyak kebaikannya dalam kita membantu
dan menolong pada orang yang benar-benar memerlukannya. Bantu seramai yang
termampu dan ketepikan seketika berapa banyak komisen yang akan kita peroleh.
Lagi banyak yang kita bantu lagi banyaklah perolehan yang bakal kita peroleh.
Jangan gentar dan jangan dirisaukan. Kerana ini semuanya janji Allah kepada
kita atas ganjaran dari Nya untuk kita hanya disebabkan niat dan perbuatan kita
untuk membantu dan menolong orang seramai yang termampu.
luar biasa, tulisan yang menginspirasi...
BalasPadambaiklah giliran awak nak bantu sesama,
silakan pak cik cek blog awak, awak nak bantu pak cik sekalian, insyaAllah berkah
http://jsstripler-jatim.blogspot.com/