Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Jumaat, 20 Julai 2012

JANGAN SALAH SOALAN KETIKA PENUTUPAN JUALAN


Detik paling merisaukan apabila melakukan proses jualan adalah tatkala kita dalam satu situasi  menghadapi penutupan jualan. Berdebarpun ada. Rasa sangsipun ada. Adakah prospek/pelanggan akan menerimanya atau tidak. Penat dah lakukan presentasi dan penerangan sewajarnya. Tapi masih gagal lagi mendapatkan penutupan jualan daripada mereka. Pasti ada silap di mana-mana. Ini yang perlu kita fikirkan bersama di mana silap dan salahnya untuk kita perbetulkan semula.

Mungkin kerana diri kita terlalu ghairah untuk mendapatkan persetujuan prospek/pelanggan dalam penutupan jualan. Kadang-kadang kita akan tersilap langkah dalam kemukakan soalan-soalan kepada mereka. Dari sepatutnya niat untuk membantu mereka memberikan maklum balas persetujuan sebenarnya mungkin akan memberikan tekanan pula kepada mereka. Ghairah sangat sehingga langsung tiada kesabarannya. Sebaik-baik tindakan semasa melakukan penutupan jualan jangan sama sekali menyentuh emosi seseorang itu tetapi berikanlah ia satu ruang yang bersesuaian supaya berfikir untuk menerimanya secara sedar dan sepatutnya.

Mungkin soalan-soalan sebegini perlu dielakkan

                “Agak-agak bagaimana?”

                “Boleh ke atau tidak ni?”

                “Bagaimana setuju ke tidak ni....?”

                “Apa lagi yang perlu di fikirkan lagi...”

                “takkan masih tak boleh buat keputusan lagi?”

                “tunggu apa lagi?”

Nampak macam mendesak sahaja. Perlu berhati-hati. Kalau betul usaha dan tindakan kita, takkan lari gunung yang di kejar. Bersabar dan tenang selalu. Jauhkan dari medesak tapi pujuklah dengan baik dan beretika. 

Mungkin soalan-soalan sebegini pula kita perlu kemukakan pada mereka

                “boleh kita teruskan?”

                “ada apa-apa lagi bahagian yang tidak di fahami atau di ragui?”

                “minta turunkan dahulu tandatangan Encik pada borang ini”

“tiada siapa yang boleh mempengaruhi Encik melainkan diri Encik sendiri atau ada orang lain boleh memberikan persetujuan?” 

Selagi kita berhemah dan menunjukkan rasa bertanggungjawab dengan tugasan jualan sudah pasti prospek/pelanggan akan menerima baik presentasi dan kefahaman yang telah beliau perolehi dengan sewajarnya. Selagi beliau merasakan produk yang ditawarkan dapat memberikan penyelesaian kepada masalah yang beliau hadapi selagi itulah kita tidak perlu berada dalam keadaan yang merisaukan. Tunjukkan keyakinan yang kita hadir dihadapannya hanya untuk membantu beliau bagi mengatasi dan selesaikan masalah yang beliau hadapi selama ini. Sudah pasti sesuatu yang mengembirakan seperti mana yang kita harapkan pasti menjelma jua akhirnya




Tiada ulasan:

Catat Ulasan