Sesuatu perkara yang kita lakukan mesti
bermula dengan minat. Tanpa minat bagaimana nak melakukannya. Bukan ia nya
boleh di paksa-paksa. Apatah lagi kena lakukan sesuatu perkara itu tanpa rela
dan di suruh-suruh. Pasti kelak tidak akan menjadi akhirnya. Begitulah dalam
melakukan jualan. Selagi kita tidak berminat dengan menjual bagaimana kita
hendak tawarkan produk yang ada. Nak berjaya kena usahakannya dahulu. Nak
usahakannya perlu ada pengorbanan. Nak berkorban perlu ada minat untuk
melakukannya. Semuanya kena bermula dengan minat. Tiada minat pasti akan
terkubur dan layu begitu sahaja.
Bagaimana dengan pekerjaan kita selama
ini. Adakah kita sememangnya telah berminat? Atau sekadar berlakun sahaja hanya
di sebabkan tekanan hidup yang memerlukan pendapatan tetap setiap bulan? Atau
mungkin desakan keluarga yang mahukan kita berdikari diatas kaki sendiri tanpa
bergantung lagi kepada mereka. Semuanya kena bermula dengan minat. Tanpa minat
pasti kita tidak kemana. Bagi kita yang bertugas pada majikan, melakukan jualan
minat kita perlu merangkumi
i.
Pada organisasi
Disinilah
tempat kita bernaung. Di sini jugalah tempat kita mencari rezeki. Perlu untuk
kita mengetahui dengan lebih baik dan mencintai tempat kita bertugas ini. Kalau
kita tidak suka tempat kerja sudah pasti kita tidak bersungguh dan tidak serius
melakukan jualan seperti mana yang di harapkan. Tanamkan sifat suka dan mencintai
organisasi tempat kita bertugas ini agar minat kita melakukan jualan akan lebih
mudah dsn senang lagi tatkala ada prospek/pelanggan ingin mengetahui tentang
majikan kita.
ii.
Pada produk yang ditawarkan
Apa juga
produk yang ditawarkan kena ambil tahu segala ciri-cirinya, kelebihan dan manfaat
yang ada pada produk tersebut dengan lebih bersungguh dan fahami dengan
sebenar-benarnya. Tanamkan minat yang mendalam apabila kita betul-betul mahir
pada produk tersebut. Benda yang kita minat sudah tentu mudah untuk kita beri
penerangan, menangani bangkangan apa tah lagi memberikan pandangan yang baik
dan nasihat sewajarnya ketika penutupan jualan.
iii.
Pada tugasan
Jangan
kita bekerja dengan tugasan yang tidak mendatangkan minat kita kelak nanti apa
yang di lakukan pasti tidak ke mana. Mungkin pada permulaan agak sukar untuk
menerima melakukan jualan merasakan sesuatu yang amat menyukarkan tetapi kalau
kita mendalaminya dengan ilmu pengetahuan, menambah baik skil yang ada dan
pertingkatkan lagi komunikasi sudah pasti lama kelamaan kita mula mudah jatuh
cinta dengan apa yang kita ceburi. Apabila kita berminat untuk melakukannya,
apa juga halangan, cabaran dan dugaan sudah pasti akan kita tempuhinya dengan
mudah dan tenang.
iv.
Pada amanah yang di berikan
Kalau
dah minat, apa juga amanah dan tanggungjawab yang diberikan sudah pasti kita
akan dapat lakukan. Jangan merasa gentar apatah lagi merasa gerun. Semuanya
kita akan berhadapan dengan baik dengan hati yang terbuka. Berilah berapa
banyak sasarannya, berilah apa juga tugasan yang di perlukan dan berilah siapa
juga prospek/pelanggan yang perlu di temui semuanya dapat dilakukan dengan baik
sama sekali. Itulah pentingnya kenapa kita perlu minat dengan apa yang kita
lakukan.
v.
Pada ketua kita sendiri
Sabda Rasulullah SAW bersabda "Taatilah
kepada pemerintah kamu bagaimanapun keadaannya, sekiranya mereka memerintahkan
kamu dengan perintah yang sesuai dengan ajaranKu, maka mereka akan diberi
pahala dan kamu juga akan diberi pahala kerana mentaati mereka; sekiranya
mereka memerintah kamu dengan perintah yang tidak sesuai dengan ajaranKu, maka
dosanya ditanggung oleh mereka dan kamu terselamat dari dosa."
(Riwayat Al-Tabari). Adat orang makan gaji, apa yang bos kita mahukan mesti di
turuti kerana masing-masing memerlukan antara satu sama yang lain saling
berkaitan walaupun kadang kala kita merasa tidak di beri perhatian dan merasa
di pinggirkan. Selagi kita bertugas mengikut prosidur dan tata cara kerja yang
ditetapkan anggaplah apa yang berlaku dan terjadi itu ada hikmahnya. Jalinkan
hubungan yang baik dan saksama serta kekalkan sikap harmoni dan tolong menolong
antara satu sama yang lain.
Percaya
pada diri sendiri yang kita betul-betul minat segala-galanya sebelum kita
melakukan jualan. Apabila minat telah berada pada tahap sebenarnya, apa juga
kita lakukan pasti berjaya juga akhirnya. Hanya kerana minat kejayaan pasti
hadir tanpa perlu memberikan sebarang alasan dan musabab yang tidak masuk akal
hanya di sebabkan kita tidak berminat. Umpama kita mendengan sebuah lagu,
apabila kita mendengar lagu tersebut dan terus berminat sudah pasti kita akan
menghafal lirik lagu tersebut sambil mencari untuk mengetahui siapa penyanyi
dan tajuk lagu tersebut sebelum kita war-warkan kepada sahabat handai kita
untuk mereka juga turut menyukainya. Kalau dah minat apa juga yang kita lakukan
sudah pasti memberikan satu kemudahan dan kesenangan bagi kita lakukannya
sehingga bila-bila
Tiada ulasan:
Catat Ulasan