Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Isnin, 30 Julai 2012

TENTUKAN SEPATUTNYA DALAM DIRI KITA


Semua orang nak berjaya, tapi apa tindakan kita? Sekadar cakap berbuih-buih mulut katakan nak berjaya tapi tidak selari dengan tindakan kita apa gunanya. Kena ada sesuatu yang perlu dilakukan. Mengeluh dan mudah merasa kecewa bukannya satu penyelesaian tapi satu penyeksaan. Kena periksa dahulu apa penyebabnya dan kenapa kita tak boleh-boleh juga nak kecapi kejayaan yang kita mahukan dan perlukan sama sekali. Seperti kata bidalan berfikir sebelum berkata berunding sebelum di buat. Nak buat apa sekalipun pastikan berfkir dahulu sebelum sebarang tindakan dapat dilakukan.

Perbaiki terlebih dahulu apa yang ada pada diri kita dan jangan mudah katakan nak dapat kejayaan tapi terasa bagai sukar yang amat sangat. Kena lakukan muhasabah segera untuk kita ketahui apa yang tidak betulnya dan di mana kekurangannya pula. Ini perkara-perkara yang dicadangkan.

i.                    Programkan diri sendiri perbetulkan
Kena bagi minat dahulu. Dah minat apa yang kita lakukan tentukan pula apa yang perlu di lakukan seterusnya. Set kan dia supaya ianya lama kelamaan menjadi satu habit dan tabiat yang perlu di lakukan setiap masa. Bila kita dah programkan dia apa yang perlu kita lakukan dan buatkan sudah pasti ia nya akan lebih menyenangkan tugasan kita. Jangan mengeluh kerana perkara yang kita lakukan kerana minat apa juga rintangan, halangan dan dugaan pasti kita akan tempuh dengan ketabahan dan kesabaran yang tinggi.

ii.                  Kenal pasti terlebih dahulu apa yang kita cari dan kejarkan
Kepuasan bekerja? Memperolehi pendapatan yang tinggi? Menjawat jawatan yang tertinggi? Semuanya boleh di perolehi asalkan kita tahu dan fahami apa yang ingin kita lakukan. Jangan tipu diri kita apa yang kita ingini. Kerana naluri dan kata hati kita pada hakikatnya yang mahukan ini dan itu tapi pada kudrat dan tenaga kita tidak selari dengan apa yang di kehendaki. Jadi kena seimbangkan dia dahulu baru boleh dilaksanakan. Ketahui apa sebenarnya kita cari-carikan selama kita melakukan jualan ini. Tetapkan ia, senaraikan apa yang di mahukan, fahaminya betul-betul dan berazam untuk mencapainya sebaik yang mungkin

iii.                Muhasabah diri kita
Muhasabah sentiasa. Ketahui apa kekuatan dan kelemahan kita. Perbaiki diri kita dan jangan di ulangi sama sekali jika ianya berlaku kesilapan dan kesalahan yang di lakukan. Semakin di perbaiki semakin sempurna apa yang kita lakukan. Melakukan jualan memang banyak cabarannya. Semakin kita tabah dan sabar semakin utuh semangat kita untuk melakukannya. Bandingkan diri kita dengan orang yang berjaya. Apa yang beliau lakukan dan bagaimana kejayaan boleh diperolehi. Pelajari dan dalami agar kejayaan juga dapat menghambat diri kita.

iv.                 Perkemaskan diri kita
Berazam menajadi seorang yang cukup hebat dalam sesuautu tugasan yang di lakukan. Kemas dalam berpakaian, ceria sentiasa dan semangat hebat dalam melakukan jualan. Segala skil dan kemahiran di perkemaskan sekali agar diri kita paling tidakpun setanding dengan orang yang hebat tidak kira dari rakan sekerja kita ataupun dari pesaing di luar. Biar semua orang tahu kita orang yang hebat melakukan bidang jualan ini dan tidak sama sekali orang tahu yang kita adalah orang yang cukup bongkak dan sombong dengan apa yang ada pada kita. Biar orang kata ‘Low Profile’ tapi tang pendapatan ‘High Income’. Itu baru betul. Bukan takabbur tapi tawadduk. Ini yang perlu dilakukan sentiasa.

v.                   Cukupkah ilmu di dada?
Menurut Imam Muhammad bin Idris Assyafie katanya ‘Sesiapa yang inginkan cemerlang didunia, maka tuntulah Ilmu. Sesiapa yang ingin cemerlang di akhirat, maka tuntutlah ilmu. Sesiapa yang ingin cemerlang kedua-duanya, maka tuntulah ilmu’. Jangan mudah dan cepat merasakan diri kita ini seorang yang dah pandai segala-galanya dan mudah lupa diri. Cari ilmu dan tidak sama sekali menunggu ilmu itu datang secara sendirinya.  Sampai mati kena cari ilmu. Oleh itu jangan sama sekali berhenti dari mencari ilmu melainkan nafas kita telah berhenti buat selama-lamanya.

Jangan pandang ke belakang lagi. Jangan takut pada bayang-bayang sendiri. Usaha kena lebih. Ilmu kena cukup. Tidak sama sekali mengenal penat lelah dan putus asa sama sekali. Kena pandai main peranan bagaimana hendak dapatkan prospek dahulu baru boleh fikirkan bagaimana untuk menjual. Handal dalam jualan tapi masih terkial-kial nak dapatkan prospek bagaimana nak lakukan jualan. Yakin dan percaya pada diri kita sendiri pasti kejayaan akan mengikut sekali





Tiada ulasan:

Catat Ulasan