Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Jumaat, 13 Julai 2012

TINDAKAN YANG PERLU DALAM PENGHASILAN E-MEL


Telah di maklumkan bahawa apabila melakukan sebarang penghantaran atau makluman berbentuk e-mel kepada prospek/pelanggan terdapat beberapa perkara yang perlu di kenal pasti. Apa yang penting kandungan dalam e-mel yang di hantar tersebut perlulah mengandungi 



i.                     Menyatakan dan sampaikan maklumat berinfomasi kepada sasaran prospek/pelangan yang betul dan tepat


ii.                   Beri kesedaran dan kefahaman yang sewajarnya kepada prospek/pelanggan yang menerimanya.


Bagi memastikan e-mel yang di hantar kepada prospek/pelanggan tersebut mendapat sambutan dan di baca dengan baik sesuatu tindakan perlu di lakukan. Jangan mudah bagi mereka membuang (delete) e-mel yang di kirimkan begitu sahaja. Yang penting biar mereka merasakan bahawa maklumat yang diterima oleh mereka cukup berbaloi dan berfaedah untuk mereka. Bagi memastikan perkara sebegini dapat di lakukan sebaik-baiknya pastikan tindakan kita melakukannya dengan


i.                    Sentiasa fikirkan kita berada di tempat mereka

Ambil tindakan sewajarnya dengan memikirkan ambil langkah seperti berikut

·         Apa kecenderungan dan info yang mereka cari selama ini

·         Apa maklumat sepatutnya yang di perlukan oleh mereka

·         Promosi yang perlu di war-warkan dapat menarik minat mereka

·         Fikirkan cara untuk mereka memberi maklum balas semula kepada kita

·         Sebaik-baiknya adakan risalah elekronik yang mengandungi tentang produk, pandangan pengguna, testimonial ataupun nasihat yang baik kepada pengguna dan sebagainya.


ii.                  Rancang sebaik-baiknya e-emel sebelum penghantaran di lakukan

Perancangan yang baik akan pasti memberikan hasil yang baik. Lakukan sepatutnya dengan

·         Memberikan kempen yang terbaik

·         Berikan kemudahan dan kesenangan kepada prospek/pelanggan tersebut

·         Laburkan masa dan fikirkan tindakan sebaiknya supaya memberikan hasil yang terbaik

·         Rekabentuk yang menarik pasti menarik minat orang untuk membacanya 


iii.                Membina senarai e-mel

Seperti juga dalam melakukan ‘tele-marketing’ satu senarai nama penerima-penerima e-mel perlu di wujudkan oleh kita. Tanpa senarai penerima bagaimana nak lakukan penghantaran e-mel yang dimaksudkan? Bila sudah ada senarai yang baik dan banyak maka inilah tugasan kita agar melakukannya dengan

·         Sasarkan prospek/pelanggan tersebut yang kita rasakan ada potensi yang besar untuk membaca, mengetahui dan berminat kepada produk yang di tawarkan

·         Pengasingan senarai tersebut kepada yang sepatutnya supaya tidak tersalah prospek/pelangan

·         Beri tumpuan sewajarnya

·         Menjimatkan masa dengan penyimpanan alamat-alamat yang di hantar di dalam senarai ‘contact’ pada e-mel yang di gunakan


iv.                 Memastikan maklumat yang di hantar bukan untuk dapatkan penutupan jualan

Seperti juga dalam tele marketing, apabila mendapat maklum balas dari prospek/pelangan dengan cara membalas e-mel semula atau menghubungi diri kita, pastikan satu temu janji boleh di perolehi mengikut kesesuaian masa yang sepatutnya dengan cara

·         Berikan fakta yang sepatutnya

·         Tunjukkan produk yang di tawarkan dapat membantu prospek/pelanggan selesaikan permasalahan mereka

·         Berikan kesesuaian yang sewajarnya kepada mereka dengan menyatakan jangan disukarkan tapi mempermudahkan lagi kepada mereka


Masih banyak lagi kaedah yang boleh di lakukan dalam memberikan maklumat dan pemberitahuan produk kepada prospek/pelangan yang di sasarkan. E-mel adalah antara caranya. Lakukan kerana ianya mudah, senang, cepat dan percuma. Cuma kena kreatif sedikit. Jangan cepat melatah di kuatiri apa yang di rancangkan takut tidak menjadi pula. Kena ingat sentiasa Man Jadda Wajada, siapa yang berusaha pasti akan berjaya. Tak lakukan secara konsisten mana nak tahu hasilnya.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan