Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Rabu, 18 Julai 2012

Kreatif dalam menunggu mendapatkan Keputusan


Memang menyukarkan tapi situasi sebegini perlu ditempuhi suka ataupun tidak. Setiap perkara yang berlaku timbul masalah sudah pasti ada penyelesaiannya. Jangan digundahkan jangan dirisaukan. Kreativiti amat diperlukan. Jangan mudah mengalah atau putus asa. Sekali kita mengalah sudah pasti kita akan hilang kesabaran untuk melakukan jualan lagi dan lagi. Elakkan supaya apa juga yang berlaku dapat kita atasi dengan baik dan berhemah.

Bagi mengelakkan perkara sebegini berlaku dan terjadi kepada kita adalah di sarankan agar kita melakukannya dengan

i.                     Memastikan kita terlebih dahulu melakukan sasaran prospek/pelanggan yang betul dan tepat 

ii.                   Apabila presentasi dan persembahan telah dilakukan, jangan lupa sama sekali ulang semula lakukan ‘follow-up’ sepatutnya agar prospek/pelanggan merasakan kita benar-benar serius dan bersungguh dalam melakukan jualan.

iii.                  Langkah yang betul dan berstrategi menghasilkan keputusan yang sepatutnya dan sukar untuk menerima kekecewaan.

iv.                 Apabila berhadapan dengan prospek/pelanggan cuba jangan di keluarkan habis-habisan idea yang ada untuk memikat mereka. Sediakan persediaan yang sewajarnya dari presentasi, menangani bangkangan dan seterusnya mencapai penutupan jualan.

v.                   Tunjukkan dan tonjolkan produk yang ditawarkan adalah penyelesaian kepada permasalahan kepada masalah yang di tanggungnya selama ini.

vi.                 Bersikap jujur dan berkata benar sentiasa dalam melakukan jualan.

Jangan mudah putus asa. Jangan mudah kecewa dan patah hati di buatnya. Bertenang dan sabar sentiasa. Kalau betul kita lakukan jualan sepertimana yang di rancang hasilnya pasti lumayan. Takkan lari gunung di kejar. Yang penting berusaha dan tetap berusaha demi mencapai apa yang di idamkan. 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan