Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Isnin, 16 Julai 2012

Tukarkan sahaja dari TIDAK kepada.....


Bagi memudahkan apa yang di perkatakan ini, semasa melakukan jualan sebaik-baiknya perkataan ‘TIDAK’ harus di gantikan dengan perkataan ‘MUNGKIN’. Lembut bunyinya sedikit. Mengelakkan kekecewaan sesiapapun yang mendengarnya. Seolah-olah memberi satu ruang dan harapan lagi kepada prospek/pelanggan untuk berurusan lagi dengan kita apatah lagi dengan organisasi yang kita wakili. Sekurang-kurangnya apabila berkata dengan perkataan ‘MUNGKIN’ boleh membawa maksud kepada

i.                     Sama ada boleh atau tidak, YA ataupun TIDAK BOLEH

ii.                   Satu pengharapan yang besar kepada prospek/pelanggan untuk berurusniaga lagi

iii.                  Satu janji yang perlu di laksanakan di kemudian hari

iv.                 Mencari jalan atau satu oportuniti bagi kedua-dua belah pihak

v.                   Kekecewaan seseorang boleh di elakkan secara langsung

Kerana itu kita di saran banyakkan pertanyaan kepada prospek/pelanggan dan mengurangkan presentasi kepada mereka. Lebih banyak bertanya akan lebih banyak memberikan kefahaman kepada kita apa yang di perlukan dan apa masalah yang di tanggungnya selama ini.Pertolongan dan bantuan sukar di berikan jika kita masih tidak mengerti lagi apa masalah yang di hadapinya. Fahami dahulu kemudian baru kita boleh mengatakan sama ada boleh ataupun tidak. Sekurang-kurangnya apabila kita mengatakan ‘TIDAK’ satu sebab yang kukuh dan alasan yang baik dapat di kemukakan kepada mereka supaya mereka faham dengan jelas dan tidak perlu melenting semula. Bersabar dan tenang sentiasa. Kemukakan soalan-soalan yang berkualiti dan boleh memberi kefahaman yang jelas kepada diri kita sendiri selesaikan apa yang mereka mahukan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan