Setiap hari dalam melakukan jualan sudah pasti antara sedar atau tidak
kadang-kadang apa yang kita perkatakan adalah sesuatu yang berpandangan negatif
tanpa kita sedari. Kita merasakan bahawa hasil penat lelah tugasan seharian
dalam mengharungi dunia jualan ini amat memenatkan. Bila badan dah penat di
campur pula dengan masalah karenah pelanggan dan mungkin tekanan dari bos kita
sendiri, punyalah marah habis pelbagai bahasa dan perkataan yang kita keluarkan
sesedap mulut tanpa berfikir dahulu.
Antara perkara yang di luar dari apa yang kita sedari adalah samada tentang
apa yang kita telah ucapkan kepada seseorang
atau yang didengari dari orang lain dengan berkata seperti berikut :
“Ambil mudah jer, buat cara
senang.”
Berapa ramai yang ambil cara, kaedah dan pendekatan dengan melakukan
tugasan secara bekerja kuat dan bersungguh tapi pada akhirnya semua itu
mengambil jalan mudah sahaja? Biarkan orang yang malas sahaja yang suka
melakukan perkara yang mudah-mudah sahaja tapi malangnya hasil berkesan beliau
tidak ke mana. Cukup pandai berkata-kata tapi hasilnya bagaimana? Tidak mahu
membuang masa tapi asyik duduk dimeja pejabat mengadap komputer atau asyik
hilang sahaja katanya bertemu dengan pelanggan tapi sebelah petang langsung
tiada hasil seperti yang di mahukan. Cukup pandai bermain kata-kata.
“jangan kerja kuat/teruk
sangat”
Fikirkanlah adakah ayat di atas menunjukkan satu nasihat yang baik kepada
rakan sekerja kita? Mungkin akan ada yang menerimannya tapi bagaimana keputusan
akhir nanti? Siapa yang lebih gemilang dan cemerlang, adakah orang yang
menyampaikan kata-kata begitu atau orang yang hanya suka menunjukkan keputusan
akhir sahaja yang betul tindakannya? Nak percaya dan terima kena periksa dahulu
prestasinya sama ada prestasinya bagus ataupun tidak. Hanya orang-orang yang
gagal sahaja akan suka berkata pada ayat seperti di atas.
“tak percaya tak apa, inipun
aku cakap atas pandangan peribadi aku sahaja”
Yang penting jangan terlalu memaksa pada orang yang mendengarnya. Berikan
satu ruang bagi mereka yang mendengarnya melakukan penilaian buat dirinya.
Kadang-kadang ada perkara yang positif akan menjadi sebailknya dan begitu
seterusnya jika ada yang negatif tidak mustahil pula akan menjadi yang positif.
“issshhh jangan risau, aku
ok jer, tak ada apa-apa pun”
Situasi yang kononnya tidak mahu menyusahkan orang lain tapi sebenarnya
akan lebih memberikan kesan kepada si pendengar tersebut. Tak tolong salah, nak
berikan pertolongan tak di beri pula. Sememangnya orang yang menerima
semestinya berada dalam dilema terutama rakan sekerja yang sama-sama bekerja di
satu tempat bertugas. Kena fikirkan dahulu, kalau soal kesihatan pada yang
mengatakan itu berilah pertolongan kepadanya sebaik yang mungkin, tapi kalau
soal mod seseorang itu sebaik-baiknya jauhkan daripada dirinya takut di
jangkiti pula perkara yang negatif tersebut kepada kita. Biarkanlah dia
selesaikannya sendiri dari kita menyibuk selesaikan bagi pihak dia.
“nak buat macamana dah,
nasib aku.....”
Kadang-kadang apa yang kita perkatakan kita terlupa tentang Qada &
Qadar Allah SWT. Sentiasa kena ingat sesuatu yang berlaku itu sudah pasti akan
ada hikmahnya yang pada mulanya pasti kita tidak tahu dan dapat mengesannya
begitu sahaja. Apa yang kita pandai adalah merungut, merungut dan terus
merungut seolah-olah diri kita sahaja yang betul dan yang berlaku itu tidak
sama sekali salah dan silap dari diri kita sendiri. Mungkin Allah hendak
menguji sejuah mana kesabaran dan ketabahan diri kita sama ada kita boleh
menghadapi atau sebaliknya. Ingatlah sentiasa semua ini adalah satu ujian dari
Allah SWT dan pastikan apa yang berlaku perlu di pandang dari sudut yang
positif sentiasa.
Apa yang kita perkatakan itu adalah doa. Jadi jagalah ia dan
berhati-hatilah dengan apa yang ingin kita perkatakan. Jangan main sesedap
mulut habis laser yang di keluarkan pula. Jaga hati jaga perasaan jaga
tingkahlaku itu yang sepatutnya kita amalkan. Tunjukkan budi pekerti yang baik
dan berhemah sentiasa. Sekali kita berbuat baik sepuluh ganjaran akan Allah
berikan. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak
kata buruk padahnya. Siapa nanti yang rugi? Kita juga kalau perkara ini masih
dan tetap kita lakukan jua.
Firman
Allah SWT bermaksud “Memohonlah (mendoalah) kepada-Ku, Aku pasti
perkenankan permohonan (doa) mu itu” (Surah Al-Mukmin Ayat 60).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan