Tidak dinafikan kemajuan masa kini telefon bimbit digunakan dengan amat
meluas sekali. Bukan setakat berhubung dan di hubungi tetapi juga penghantaran
secara teks juga dapat dilakukan melalui mesej. Ada yang lagi canggih lagi
penggunaan Internet boleh dilayari di mana sahaja asalkan sahaja telefon bimbit
dibawa bersama. Cukup canggih dan menyenangkan penggunaannya.
Begitulah dengan kita yang melakukan jualan. Telefon bimbit yang ada di
tangan perlu dilakukan dengan sebaik-baiknya. Kena pandai ambil kesempatan.
Kena bijak dipergunakan. Rugi rasanya beli mahal-mahal tapi setakat telefon dan
hantar SMS sahaja perlu di per luaskan lagi penggunaannya. Majoriti telefon
bimbit kini sudah pasti ada kamera di dalamnya sekali. Pergunakan kamera yang
ada untuk memudahkan lagi tugasan jualan kita. Tak perlu beli kamera yang
berasingan cukup sekadar kamera yang sedia ada pada telefon bimbit kita. Tak
perlu megapixel yang tinggi-tinggi tapi cukuplah sekadar boleh menghasilkan
gambar yang jelas, terang dan mudah untuk di lihat semula. Yang penting telefon
bimbit yang ada serba guna dan benar-benar membantu serta menyenangkan lagi
melakukan tugasan.
Apa yang kamera pada telefon bimbit tersebut boleh membantu kita dalam
melakukan jualan adalah
i.
Ambil direktori-direktori
Apabila ke
jabatan-jabatan kerajaan yang tinggi seperti Wisma Darul Aman atau Wisma Persekutuan
sudah pasti di tingkat bawah akan tersedia direktori-direktori yang disediakan
bagi memudahkan pengunjung mencari dan mengenal pasti arah tujuan mereka. Tak
perlu di salin atau diingati hanya gunakan sahaja kamera pada telefon bimbit
kita untuk di ambil gambar pada direktori tersebut sebagai memudahkan kita
membuat rujukan dan susulan di kemudian hari.
ii.
Carta organisasi
Ambil
gambar segera jika terdapat carta organisasi di pejabat-pejabat atau di
premis-premis jabatan kerajaan. Ada carta organisasi lagi mudah kenal orang,
tahu jawatannya dan bagaimana untuk mencarinya. Sasaran pelanggan lebih teratur
dan mudah untuk dikenal pasti.
iii.
Iklan-iklan tapak pembinaan
Tak perlu
cari kertas dahulu, berhentikan sekejap
kenderaan di tepi jalan dan ambil sahaja gambar pada iklan yang di
paparkan bagi memudahkan lagi menghubungi pemaju dan tahu nama projek yang
dilakukan. Tidak akan salah pada catatan kalau dilakukan. Gambar yang diambil
adalah bukti kukuh dan memudahkan tugasan.
iv.
Penghargaan dari
pelanggan-pelanggan
Tukarkan
pada mod video sebaik-baiknya minta kebenaran darinya untuk kita rakamkan
penghargaannya kepada kita. Bukan untuk membanggakan diri dan berlagak sombong
kerana ada pelanggan memuji cara tugasan kita tapi sebenarnya ia adalah satu
testimonial terbaik untuk ditunjukkan pula kepada prospek/pelanggan kita yang
lain membuktikan tahap perkhidmatan cemerlang kita kepada pelanggan-pelanggan
sedia ada bagi menambahkan lagi keyakinan prospek/pelanggan tersebut kepada
kita.
v.
Pengganti mesin fotokopi
Nak cepat dan
sukar pula mendapatkan mesin fotokopi, ambil sahaja gambar melalui kamera
telefon bimbit kita untuk ambil gambar mungkin dokumen-dokumen yang tertinggal
seperti kad pengenalan, slip gajinya dan sebagainya untuk kita perbetulkan
semula apabila kita sampai ke pejabat. Yang penting hasilnya segera kita dapati
dan mudah untuk kita per lengkapkan tugasan kita mengikut peraturan polisi yang
telah ditetapkan.
Mudah sahaja kan. Tunggu apa lagi.
Pergunakan sebaik mungkin bagi membantu tugasan kita. Tak perlu bazirkan wang
ringgit membeli kamera yang canggih-canggih untuk ambil gambar pada apa yang
diperlukan. Yang penting jelas, terang, mudah di lihat dan benar-benar membantu
tugasan kita. Bukan nak tunjukkan telefon bimbit kita paling hebat kepada orang
tapi tunjukkan telefon bimbit yang ada pada kita bagi pergunakan bagi
kepentingan diri kita sendiri. Itu lebih baik. Elakkan
pembaziran kerana kamera tersebut berada hanya di tangan kita sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan