Setiap kali apabila melakukan jualan, presentasi dan penerangan yang betul
dan difahami amat di perlukan agar prospek/pelanggan yang mendengarnya dan
mengikutinya dapat memahami dengan baik dan berkesan sama sekali. Gunakan
ayat-ayat yang menarik, jelas dan mudah difahami agar apa yang kita sampaikan
benar-benar difahami dan cukup mengerti oleh prospek/pelanggan.
Kerana itu kita amat di saran agar apabila melakukan jualan jangan sama
sekali mengajar. Bagai seorang guru yang mengajar anak muridnya di sekolah.
Seorang guru akan pasti memberikan penerangan yang jelas walaupun terpaksa
melalui penerangan yang berjela-jela panjangnya semata-mata memastikan anak
muridnya benar-benar fahami dan tahu apa yang ingin di sampaikan. Adakah
menjual juga seperti mana mengajar?
Memberikan penerangan bukan bermakna kita memberikan pengajaran kepada
prospek/pelanggan. Menjual perlu lebih banyak berikan apa manfaat dan kelebihan
produk yang kita tawarkan untuk prospek/pelanggan tahu dan fahami bagi
selesaikan masalah yang dialaminya. Walaupun secara berfakta namun matlamat
utama kita adalah bagi mendapatkan persetujuan prospek/pelanggan menerima
produk yang ditawarkan.
Fahami tugasan jualan agar kefahaman sentiasa dapat disampaikan dengan baik,
jelas, ringkas dan mudah difahami iaitu dengan
i.
Sebab utama
Kenapa kita
tawarkan produk padanya. Apa yang perlu diketahuinya. Fahamkan dia dengan
segala yang kita ketahui tentang produk yang ditawarkan secara mudah
difahaminya bukannya kita yang mudah fahami. Bila prospek/pelanggan sudah
mengerti bahawa tujuan sebenar dan sebab kenapa produk kita amat beliau
perlukan barulah dia dengan hati yang terbuka dan senang hati dapat menerima
dia dengan amat baik sama sekali.
ii.
Apa manfaatnya
Bila
berjumpa pastikan segala manfaat dan kelebihan produk disampaikan terlebih
dahulu. Jangan cerita sama sekali tentang ciri-ciri ataupun secara teknikalnya
terlebih dahulu. Tarik minatnya. Tanyakan soalan-soalan kreatif agar kita lebih
fahami apa yang dia mahukan. Sesuaikan produk yang ditawarkan degan apa yang
dicarikan selama ini supaya dia tahu kita hadir untuk temui penyelesaian kepada
masalah yang di alaminya.
iii.
Selesaikan masalahnya
Kerana itu kita
amat di saran untuk membantu orang seramai yang termampu. Selesaikan apa yang
masalah selama ini yang ditanggungnya. Bila di merasakan dia dihargai melihat
produk yang kita tawarkan dapat selesaikan masalahnya sudah pasti dia akan
dapat menerimanya dengan hati yang terbuka.
Elakkan semasa memberikan presentasi dan penerangan kepada
prospek/pelanggan seolah-olah kita mengajar kepada anak murid tetapi berusaha
berikan penerangan yang sewajarnya tentang segala kelebihan dan manfaat yang
bakal diterimanya. Tarik minatnya. Jangan sama sekali sekadar beri pengetahuan
kepada mereka. Selagi mereka tidak berminat selagi itulah produk kita tidak
akan sampai ke mana. Buat penat bercakap sahaja. Buang masa dan tenaga tak
tentu hala. Pastikan minat mereka dapat ditarik terlebih dahulu sebelum
perkara-perkara yang lebih terperinci dapat disampaikan dengan sebaik yang
mungkin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan