Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Sabtu, 11 Ogos 2012

KETAHUI PERSOALAN PROSPEK


Satu persolan yang perlu kita ketahui tentang apa yang prospek fikirkan dan mahukan. Tindakan kita melakukan jualan perlu seiring dengan apa yang di mahukan oleh mereka. Jangan syok sendiri. Jangan main hentam keromo sahaja. Kerana itu kita amat di sarankan untuk memikirkan seolah-olah sedang berada didalam situasi yang sama dengan prospek yang dihadapi supaya kita lebih fahami dan ketahui apa sebenarnya yang mereka perlukan.

Mungkin persoalan-persoalan berikut perlu kita ketahui terlebih dahulu akan apa yang sedang difikirkan oleh prospek/pelanggan yang di temui iaitu

i.                     Siapa pengguna utama produk yang kita tawarkan

ii.                   Apa kaitannnya dengan dirinya pada produk yang kita tawarkan

iii.                  Bagaimana produk yang ditawarkan dapat membantu dirinya

iv.                 Bagaimana kedudukan diri kita dalam membantu dan menolong dirinya

v.                   Boleh percaya ke atau tidak apa yang telah kita sampaikan kepadanya

vi.                 Info yang diberikan adakah berfakta, logik dan mudah di fahami

vii.                Telahkah kita maklumkan tentang promosi terkini yang disediakan

viii.              Adakah sesiapa kawan-kawannya yang telah menerima tawaran produk dari kita

ix.                 Majikan kita ini betul atau tidak kewujudannya

x.                   Adakah kita ini wakil yang sah dari syarikat yang menawarkan produk ini.

xi.                 Adakah nilai yang di nyatakan benar-benar munasabah dan mempunyai nilai kepada pengguna

xii.                Dengan penerimaan produk ini tidakkah kita akan menanggung kerugian

xiii.              Ada caj-caj yang tersembunyi ke

xiv.              Kenapa perlu kena terima tawarannya hari ini bukan esok atau lusa

xv.               Kenapa dia yang kita sasarkan

xvi.              Kalau diterima bagaimana mutu perkhidmatan kita selepas jualan

xvii.            Berapa lama tempoh yang diberikan untuk produk diterima selepas persetujuan

xviii.           Adakah ini tawaran terbaik

xix.              Mengarut kah atau terbaik

xx.               Ikhlas atau tidak kita dalam memberikan bantuan kepadanya

xxi.              Mudah atau tidak untuk menghubungi diri kita semula

xxii.            Kita tahu ataupun tidak keupayaan dirinya untuk menerima tawaran dari kita

Kita boleh atasi persoalan diatas bermakna kita telah bersedia dengan sepenuh hati. Bersedia untuk menangani bangkangan dan khidmat terbaik sepertimana yang prospek/pelanggan harapkan. Jangan rasa ragu dan susah hati. Selagi kita telah lakukan persiapan diri yang terbaik selagi itulah kita akan terus dan terus memburu kejayaan tanpa perlu berhenti di mana-mana.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan