Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Isnin, 6 Ogos 2012

IKTIBAR DAN PENGAJARAN NUZUL QURAN


Salah satu peristiwa penting dalam kalendar Islam adalah Nuzul Quran. Bermula dari 17 Ramadhan, malaikat Jibrail  tahun ke 41 daripada keputeraan Rasulullah SAW diturunkan kepada baginda sedikit demi sedikit tanda bermulanya peristiwa zaman jahiliah kepada sinaran keislaman. Kesesatan digantikan dengan kebenaran dan umat manusia yang hidup bertuhankan hawa nafsu terus di ubah mentaati dan bertuhankan Allah yang satu.

Firman Allah SWT bermaksud “Ramadan adalah bulan diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi  manusia dan penjelasan daripada pembeza (antara yang hak dan batil).” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Ketahuilah kenapa Allah SWT menurunkan al-Quran secara beransur-ansur dan bukan sekali gus. Pasti ada hikmatnya tersendiri. Antara hikmat kenapa al-Quran diturunkan secara sedikit-sedikit dan beransur-ansur itu adalah untuk

·         Lebih mudah untuk difahami dan dilaksanakan. Orang tidak akan melaksanakan suruhan dan larangan jika diturunkan sekali gus dengan banyak sama sekali

·         Antara ayat itu ada yang hukum hakam yang pasti boleh diubah dan hukum yang dibatalkan tidak boleh dipergunakan lagi, bersesuaian dengan permasalahan waktu itu. Ini tidak dilakukan jika al-Quran diturunkan sekali gus.

·         Turun ayat sesuai dengan peristiwa yang berlaku memberi satu tanda bagi lebih mengesankan dan mempengaruhi di hati.

·         Mudahkan penghafalan kepada Rasulullah SAW dan orang-orang yang menerimanya. Orang Musyrik bertanya mengapakah al-Quran tidak diturunkan sekali gus seperti disebut dalam al-Quran dan Firman Allah SWT bermaksud: “Mengapakah al-Quran tidak diturunkan kepadanya sekali gus? Dijawab dalam ayat itu sendiri: Demikianlah, dengan (cara) begitu Kami hendak menetapkan hati mu.” (Surah al-Furqan, ayat 32)


Kerana itulah kita di sarankan kenapa perlu kita hayati peristiwa yang berlaku ini untuk menjadi tunjang dan asa kepada keimanan diri kita sendiri bahawa apa yang ada pada Al-Quran tersebut isi kandungannya adalah datang dari Allah SWT sendiri melalui Malaikat Jibrail. Inilah tandanya satu-satunya Agama yang benar dan betul serta diredai oleh Allah SWT.

Menghayati Nuzul Al-Quran ini begitu penting kepada kita sebagai seorang yang mengakui kebenaran tentangnya. Lihatlah bagaimana Al-Quran yang di turunkan sedikit demi sedikit, ada malaikat sebagai yang menurunkan ia kepada Rasulullah SAW dan bagaimana pula sikap Rasulullah SAW menerimanya dengan cukup berlapang dada. 

Adaptasikan peristiwa ini dan ambil pengajarannya dalam melakukan jualan kerana banyak perkara yang boleh kita pelajari daripadanya. Antaranya adalah
        I.            Pentingnya ilmu untuk kita pelajari dan jangan sama sekali untuk kita abaikan.

      II.            Jangan mudah dan cepat merasa kita ini serba tahu dan pandai. Banyak kelemahannya lagi untuk kita belajar dan terus belajar

    III.            Carilah seseorang sebagai mentor atau tok guru untuk kita terus belajar atau seseorang yang boleh menegur diri kita tatkala kita melakukan kesilapan, berkongsi masalah atau mempelajari sesuatu yang baru

    IV.            Jangan terlalu gelojoh mencari ilmu sehingga apa yang kita pelajari langsung tidak dapat dipraktikkan. Bersabar sentiasa. Praktik kan apa yang kita pelajari sedikit demi sedikit.

      V.            Fahami segera apa yang kita pelajari dan kita dapati. Praktik kan dan jangan apabila kita terima ilmu tersebut kita simpan sahaja dalam buku catatan kita sahaja.

    VI.            Berkongsi ilmu dan mudah merasa cepat kedekut dan lokek apa yang kita dapati untuk kita sampaikan pula kepada orang lain pula

  VII.            Jangan mudah bongkak dan mudah meninggi diri.

VIII.            Belajar dari pengalaman yang ditempuh. Praktik kan apa yang betul dan benar. Tinggalkan mana-mana yang tidak betul dan tidak membawa manfaat kepada diri kita sendiri.

    IX.            Bersabar dan tabah dalam menghadapi apa jua rintangan, halangan dan masalah yang dihadapi.

Hayatilah dengan sebaik yang mungkin. Tidak mudah tapi tidak mustahil untuk dilakukan. Kejayaan yang datang bukannya datang bergolek begitu sahaja tapi perlukan pengorbanan dan usaha yang berterusan dan konsisten setiap masa. Merendah diri dan bersopan sentiasa adalah tindakan terbaik apabila melakukan jualan. Jangan hiraukan apa yang orang kata tapi fikirkan apa tindakan sewajarnya yang perlu kita lakukan. Teruskan usaha hayati apa yang Rasulullah SAW terima setiap kali wahyu yang datang padanya dapat kita amalkan dan lakukan dengan sabar, tenang dan tawaduk. Insya-Allah niat yang baik akan dibalas juga dengan tindakan yang baik juga dari Allah SWT terhadap segala tindakan kita hidup di dunia ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan